2 • 6

11.1K 119 6
                                    



Waktu berjalan begitu cepat, tidak terasa sudah 3 bulan Mus berada dibumi Lebonan. Walaupun pada dasarnya masih2 terpaksa menahan gejolak nafsu di dalam diri rentetan berjauhan dengan isteri masing2, tetapi ada juga dalam kalangan mereka mengambil jalan singkat untuk melampiaskan nafsu mereka.

Menjadi tentera tidak kisahlah sama ada darat,laut mahupun udara, mereka sudah terbiasa dengan adventure aktiviti. Di sini juga masing2 terkadang ada melakukan aktiviti mendaki, juga berkhemah di dalam hutan. Mungkin yang mengikuti aktiviti itu tidaklah ramai, namun keseronokan yang dirasai di negara orang itu merupakan pengalaman baru yang berharga sekali.

Pada awalnya Zack dan Zairul bercadang untuk berkhemah pada hujung minggu mendapat perhatian Brenton.
Sudah agak lama rasanya Brenton tidak melakukan aktiviti sebegitu tatkala rakan2 yang rapat dengannya telahpun pulang ke negara masing2. Menukar angin baru apabila setiap hujung minggu di hari cuti mereka akan pergi ke pekan, kali ini mereka ingin merasai pengalaman yang berbeza sedikit dari sebelumnya. Awalnya Mus agak tidak bersetuju dengan idea rakan-rakannya, namun apabila Brenton sendiri meyakinkan Mus tempat yang akan mereka tujui itu menjadi tempat yang selalu orang luar melakukan aktiviti berkhemah disitu.

Jika Mus menolak ajakan rakannya itu, sudah psti hujung minggunya akan dihabiskan di dorm sahaja tanpa melakukan apa2 aktiviti. Jadi sekali sekala Mus dan yang lain juga inginkan merasai pengalaman yang baru disini.

Hari ditunggu2 telahpun tiba. Beberapa persiapan seperti khemah, dan barang2 keperluan sudahpun mereka siapkan. Setiap hari minggu kepada siapa yang cuti akan diberikan jeep untuk mereka keluar outing. Jadi mereka tidaklah hanya duduk di dalam kem tanpa ada hiburan luar. Kebebasan juga diberikan supya mereka yang berada disana tidak terlalu tertekan dengan tugasan.

Perjalanan mereka ke tempat berkhemat hanyalah mengambil masa lebih kurang 45 minit dari kem. Tidak terlalu jauh juga. Hanya 10 minit sahaja mereka meredah sedikit rimba sebelum sampai ke tapak tersebut. Jika nak dikira klau hanya melalui laluan utama mungkin akan lebih cepat sampainya.

Turun sahaja dari jeep, terlihat ada beberapa kumpulan juga turut berkhemah dikawasan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Turun sahaja dari jeep, terlihat ada beberapa kumpulan juga turut berkhemah dikawasan itu...Tidaklah terlalu sunyi buat mereka.
Khemah di pacakkan terlebih dahulu dan hanya 2 khemah digunakan . Zack dan Mus manakala Brenton dan Zairul. Segala barangan telahpun diletakkan di dalam khemah masing2 dan mereka bergantian mencari kayu kayuan sebelum hari semakin gelap untuk dijadikan unggun api.

Malam itu cuaca sungguh baik ditemani dengan bunyi cengkerik di dalam hutan sangat mengamit kenangan mereka sewaktu menjalani kursus di dalam hutan saat di tanah air. Mereka menghabiskan masa 3 hari 2 malam disitu. Malam pertama sangat seronok apabila mereka berempat sangat menikmati moment2 bersama sambil menyanyi ditepi unggun api yang dinyalakan.
Sehinggalah larut malam dan tidur di dalam khemah masing2..

Menjelang awal pgi hanya Mus dan Zack bangun terlebih dahulu. Lebih seronok apabila tapak yang mereka berkhemah sangat dekat dengan air terjun disitu. Jadinya Mus dan Zack tidak melepaskan peluang yang ada untuk terjun untuk mandi. Zack dan Mus hanya memakai seluar pendek sahaja kerana skrg tidak lagi musim sejuk. Jadi peluang yang ada ini digunakan sebaik yang mungkin.

Tentera Kurang Belaian Si Isteri (Vol.2)Where stories live. Discover now