Matahari mulai menyingsing memberi tanda hari sudah menjelang pagi. Meskipun tidurnya tidak terlalu lena tapi tugas harus dia jalankan. Seawal pagi Emy sudahpun bersiap untuk pergi ke kerja. Sempat dia mendaratkan sebuah ciuman di dahi lelaki yang sedang lena tidur di atas tempat tidurnya. Dalam heningnya suasana pagi Emy meletakkan kepalanya sebentar di atas dada Saiful seakan-akan rindu dengan belaian daripada lelaki itu.
"Emy rindu pelukan dari abang..."Bisiknya di dalam hati sebelum melangkah keluar dari bilik.
Sarapan pun telah diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katilnya.Sebelum Emy berangkat ke tempat kerja, sempat dia memesan driver Mr Kenneth untuk datang ke tempat di mana kereta Saiful berada untuk dibawa kerumah Emy. Oleh sebab Emy terburu-buru untuk menghadiri meeting penting jadinya dia tidak sempat untuk menunggu sehingga Saiful terjga.
***********************************************
"You dah bangun Saiful .....?"Tanya sebuah suara yang muncul di saat Saiful membuka matanya."Eeeee mcam mana saya boleh ada dekat sini..?
". saya dekat mana skrg ni...?"Berbagai pertanyaan yang muncul dari mulut Saiful sebaik sahaja terjaga dari lena tidurnya..
***********************************************Saiful terkejuat apabila saat dia membuka mata sudah berdiri sosok lelaki lanjut usia dihadapan tingkap sambil memandang ke luar. Wajah dan suara itu tidak asing buat Saiful lagi.
Berbekalkan tenaga yang masih tersisa tatkala tubuhnya masih terasa begitu lelah, dia cuba untuk bangun.
"Kenapa you tiba-tiba jadi mcamni Saiful..?"
Suara MrKenneth memecah kesunyian suasana di dalam bilik Emy itu.."..Eerrrr skrg saya ada di rumah Mr Kenneth ke..?"
Tanya Saiful kembali dengan suara yang terketar-ketar."it's Emy house!.. You skrg dkat rumah dia...
"you xnampak gmbar siapa dekat sblah you?..."
Jawab Mr Kenneth sambil menatap wajah Saiful dengan tajam dimana tangannya menunjukkan gmbar yang diframekan di atas meja."..I tak tahu apa masalah kamu berdua...
"tapi pls be professional.!!
"..I dapat tahu luka bibir Emy tempoh hari you buat.... betul ke..?..."Saiful membatukan diri seakan tersentak daripada lamunan apa yang telah dia lakukan terhadap Emy. Lantaran terpancing emosi tempoh hari jadinya Saiful tidak dapat mengawal emosinya lalu tanpa sedar tumbukannya telahpun singgah ke muka Emy. Namun tidak sedikitpun Emy melawannya saat itu dan hanya menatap wajah Saiful sahaja dengan tatapan hambar.
Perbualan mereka berlanjutan sehingga Saiful sendiri menjelaskan segalanya kepada Mr kenneth dan mengatakan bahwa Emy hanya mempermainkan dirinya selama mereka dekat. Hal itu turut disangkal oleh Mr Kenneth sendiri yang sudahpun menganggap Emy seperti anaknya. Mr Kenneth terpaksa berterus terang mengapa Emy cuba untuk menjauhkan diri daripda Saiful oleh sebab dirinya terancam. Dan jika mereka masih terus berjumpa dan rapat maka Saiful juga akan dalam bahaya.
Sejenak Saiful terkelu tanpa kata. Muncul perasaan serba salah atas apa yang telah terjadi. Dia masih ingat hinaan yang dilemparkan kepada Emy tempoh hari sudah tentu akan menghancurkan hati insan yang berhati lembut itu.Selesai berjumpa dengan Saiful, Mr Kenneth kembali ke office manakala Saiful masih berada di rumah Emy. Menjejakkan kaki untuk kali pertama dalam hubungan mereka dirumah Emy membuat Saiful terkesima. Dengan segalanya serba lengkap dan hidup mewah tetapi tidak sedikitpun Emy meminta apa2 daripada Saiful. Malah melayan Saiful tanpa ada jurang perbezaan sama sekali.
Memandang ke sebelahnya dimana ada sebuah foto yang diletakkan dimana gambar itu Emy&Saiful. Emy sempat mempotraitkan gambar mereka berdua sewaktu di Terengganu sebelum Emy diterbangkan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan terbaik disana. Saiful mengambil gambar itu lalu menatapnya.
YOU ARE READING
Tentera Kurang Belaian Si Isteri (Vol.2)
FantasyKonflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awalnya dia sama sekali tidak pernah merasakan apa 'nikmat' bersama lelaki, tetapi seiring berjalannya w...