Bab tiga

38 5 0
                                    

Hari ini, Qaila Laudya tidak sihat. Seluruh badan terasa sakit dan lemah. Dia berniat untuk tidak ke sekolah hari ini dan memilih untuk meneruskan tidur. Tidak sampai beberapa minit dia tidur semula, terdengar suara Tengku Zainal menjerit meminta dia segera bangun.

"Qaila! Bangun, kamu tak pergi sekolah ke? Kamu tengok jam dah pukul berapa? Bangun cepat Dinar." jerit Tengku Zainal dari ruang makan.

Dengan rasa malas Qaila Laudya segera bangun dari katil, dan berjalan tergopoh-gapah menuju ke ruang makan. Dia menghampiri ayahnya yang sedang menyediakan sarapan pagi, masih memakai baju tidur. Tengku Zainal yang melihatnya dalam keadaan baru tersedar segera kembali mengomel.

"Ya allah! Qaila! Kenapa kamu belum mandi lagi? Kamu pergi cepat mandi, pergi sekolah. Macam mana kamu nak lambat?" Tanya Tengku Zainal dengan nada tinggi.

“Ayah,ibu Qaila tak pergi sekolah hari ni. Qaila tak sihat, nampaknya Qaila nak demam," kata Qaila Laudya dengan nada sedih.

Tengku Miranda pegang dahinya Qaila Laudya.

"A ahlah sayang. Kamu nak demam ni. Mesti kamu lepak sampai subuhkan?" Tanya Tengku Miranda.

Qaila Laudya mengangguk.

“Mir, kamu jangan manjakan sangat budak ni! Sekarang Qaila pergi mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Ayah tak nak dengar sebarang alasan, kamu kena betulkan markah corot kamu. Faham?" Kata Tengku Zainal sambil melihat surat khabar.

Qaila Laudya memandang Tengku Miranda dengan sedih tapi ibunya hanya bisa mengakat bahu kerana tak berani nak masuk campur kalau ayahnya tengah marah.

Flash back tamat...

Bahunya Qaila Laudya di cuit oleh Uwais Talha. Qaila Laudya cepat-cepat sedar dari lamunan.

"Kau termenung apa?" Tanya Uwais Talha.

"Aku ingat ayah," jawab Qaila Laudya.

"Orang yang dah takde tak perlu di kenangkan. Nanti arwah tak tenang kat sana," kata Uwais Talha.

"Aku dulu selalu gaduh dengan ayah. Boleh dikatakan setiap hari lah. Aku selalu melawan cakap ayah dan maki hamun ayah. Bila ayah takde, baru aku rasa menyesal dengan apa yang aku buat. Aku dah jadi anak durhaka kan? Mesti allah marah aku sebab tulah dia ambil ayah awal," kata Qaila Laudya.

"Shh!!! Tak baiklah kau cakap macam tu. Semua yang terjadi sudah tertulis. Allah dah menentukan apa yang baik buat kita. Aku yakin allah dah maafkan kau. Dia tahu kau tak sengaja. Selepas ni kau balik, ambil air sembahyang dan solat taubat. Agar hidup kau tenang. Dan akhir sekali sedekahkan Al-Fatihah kat arwah ayah kau," pesan Uwais Talha.

"Thank Uwais sebab selalu beri aku nasihat dan jadi kawan aku saat aku tengah sedih dan duka," ucap Qaila Laudya.

Uwais Talha mengangguk sambil senyum.

Kalaulah kau tau, aku yang bunuh ayah kau, mesti kau dah tak nak berkawan dengan aku selepas tu kau akan meninggalkan aku. Aku mintak maaf sebab buat kau sedih.

~bersambung~
~happy reading~

Cerpen:Depression©Where stories live. Discover now