Suara riuh bergema di dalam Liquid Club. Qaila Laudya dan kawan baiknya bernama Ku Afifah serta teman lelaki kawan baiknya bernama Khusyairi Azhar. Kawan baiknya dengan teman lelakinya baru sahaia kenal tak sampai seminggu. Tapi mereka sudah macam belangkas setiap masa bersama. Mereka akan lepak di situ untuk melayan muzik dan mengambil d*d*h.
"Wei, Aku ada barang baru ni. Kau nak try tak?" Tanya Ku Afifah.
"Barang baru? Kau dapat mana?" Tanya Qaila Laudya.
"Aku dapat dari abang besar akulah. Dia bagi upah sebab semalam aku tolong dia kekah budak," jawab Khusyairi Azhar.
"Seriously?" Tanya Qaila Laudya.
"Yela. Kalau kau nak tau, pakwe aku ni bukan biasa-biasa. Dia token dadah terbesar tau kat KL ni. Sebut je barang apa nak. Sekejap barang tu sampai," jawab Ku Afifah.
"Wah! Untunglah kau dapat balak token dadah. Selepas ni, bolehlah kau ambil bekal free tak payah bayar. Sebab balak kau boleh bagi," kata Qaila Laudya.
"Semestinya. Kau tak nak try ke benda ni? Benda ni terhad je tau. Benda ni kalau nak dapat payah. Sebab kena tempah baru dapat. Lagi satu benda ni mahal boleh mencecah berpuluh-puluh ribu tau sebab sekali kau makan, kau akan rasa nikmati dia lain macam," kata Khusyairi Azhar.
"Jap lagilah aku makan. Aku nak pergi tandas Perut aku tiba-tiba sakit,"
Ku Afifah dan teman lelakinya mengangguk.
Berdiri di bawah lampu, Uwais Talha menari-manari bersama dengan kawan-kawanya bernama Sharul Azwan dan Hazim Lutfi.Sedang menari, ada orang melanggarnya dan keluarlah isi-isi yang di makan tadi dari mulut. Uwais Talha pegang tekaknya yang perit.
"Uwais, kau okay tak ni?" Tanya Hazim Lutfi.
"Aku okay," jawab Uwais Talha.
"Kalau kau tak okay, kau duduklah," kata Sharul Azwan.
"It's okay. Aku nak pergi tandas cuci muntah kat baju aku ni," balas Uwais Talha.
"Ah okay. Take care,"
Uwais Talha pun pergi dari situ. Dia lap mulutnya dengan jaket kulitnya. Dia mencepatkan langkahnya kerana hendak muntah lagi.
Ketika dia nak masuk ke dalam tandas , dia tidak sengaja melihat Qaila Laudya sedang membuka bungkusan kecil yang diberi oleh kawan baiknya.
"Biar betul minah ni? Dia nak ambil dadah tu? Takkan dia tertekan pula? Ye pun tertekan takkanlah nak ambil benda haram tu? Tak boleh jadi ni, aku kena bertindak ni," kata Uwais Talha.
Dia tidak membuang masa terus pergi dekat Qaila Laudya lalu merampas bungkusan itu.
"Kau dah gila ke ambil benda ni? Kau nak rosakkan diri sendiri ke ah? Kau tak kesian ke dekat keluarga kau? Kalau diorang tau kau ambil benda ni, apa yang mereka fikirkan?" Marah Uwais Talha.
"Bak sini benda tu. Kau tak berhak nak marah-marah aku. Oh ye, buat pengetahuan kau, orang tua aku takkan ambil kisah pun kalau aku ambil benda ni," jawab Qaila Laudya.
"Kalau ye pun kau ada masalah dengan keluarga kau, kau tak perlu bahayakan diri kau ambil benda ni. Kau tau tak apa risiko kalau dah ambil benda ni?"
"Suka hati akulah. Dengan benda nilah aku boleh rasa tenang dan lupakan segala-gala masalah aku," kata Qaila Laudya.
Pang!!!! Pipi kiri Qaila Laudya di tampar oleh Uwais Talha.
"Kau ikut aku sekarang!"
Lelaki itu menarik lengan Qaila Laudya. Orang-orang yang ada dalam itu melihat mereka termasuk kawan-kawan mereka berdua.
"Wei, lelaki tu nak bawa Qaila pergi mana tu?" Tanya Ku Afifah.
"Alah biarkan jelah dia. Mungkin dia dah sampai bulan tu selepas makan benda tu," jawab Khusyairi Azhar.
"Ah betul juga tu. Jom kita dance biy," ajak Ku Afifah.
"Jom,"
"Aduh, Uwais bawa budak perempuan mana pula tu? Maklong tahu ni, masak kita nanti," kata Sharul Azwan.
"Jom kita ikut mereka. Aku pun risau juga kalau budak tu terkena apa-apa kalau dah berada tangan Uwais," balas Hazim Lutfi.
Mereka pun mengejar Uwais Talha dan Qaila Laudya.
~bersambung~
🦋🦋🦋🦋
Note...
Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa diambil. Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan, suntikan, merokok, pengingesan, penyerapan melalui tampalan pada kulit, supositori, atau melarutkannya di bawah lidah.
Beberapa ubat penyalahgunaan boleh menyebabkan atau memburukkan lagi kemurungan, sama ada dalam keadaan mabuk , penarikan diri dan daripada penggunaan kronik. Ini termasuk alkohol , ubat penenang (termasuk benzodiazepin preskripsi ), opioid (termasuk ubat penahan sakit preskripsi dan ubat terlarang seperti heroin), perangsang (seperti kokain dan amfetamin ), halusinogen dan inhalan .
So, yaya harap kau orang jauhilah dadah... Dadah boleh membawa mati...
~happy reading~
YOU ARE READING
Cerpen:Depression©
General FictionTentang seorang lelaki yang menyembunyikan kesakitannya disebalik senyumannya dan seorang gadis bertekad untuk melindunginya Uwais Talha cuba membunuh diri dan ibunya yang tertekan serta ayahnya yang tidak membantu. Kawan baiknya cedera parah kerana...