Bab Akhir

32 5 0
                                    

Setahun kemudian.... Hubungan Qaila Laudya menjadi rapat dan menjalani hubungan yang serius. Qaila Laudya sudah menamatkan sekolahnya. Manakala Uwais Talha sudah mempunya anak syarikat di Melbourne. Ku Afiffah dan Khusyairi Azhar sudah meninggah 5 bulan lalu. Kerana mereka berdua kemalangan jalan raya ketika Khusyairi Azhar memandu saat khayal. Hazim Lutfi dan Syarul  Azwan sudah mendirikan rumah tanga bersama dengan wanita yang mereka cintai. Sekarang cuma tinggal Qaila Laudya dan Uwais Talha yang masih belum kahwin.

"Qaila!" Panggil Uwais Talha.

"Yup," nyaut Qaila Laudya.

"Kita dahlah bercintakan?"

"A ah. Why?" Balas Qaila Laudya.

"Kita kahwin nak?"

Air yang disedut Qaila Laudya tersembur keluar.

"Kau okay tak ni?" Tanya Uwais Talha.

"Aku okay. Kau seriuslah nak kita kahwin?" Tanya Qaila Laudya yang tidak percaya.

"Aku serius Qaila. Kau pun dah habis sekolahkan. Sekarang tiba masanya untuk kita kawan. Aku takut nanti kita tak sempat kahwin," jawab Uwais Talha.

"Apa maksud kau takut kita tak sempat kahwin?" Tanya Qaila Laudya ingin kepastian.

"Takde apa-apapun. Yelah aku takut kau tinggalkan aku dan kahwin dengan orang lain," kata Uwais Talha.

"Hish kau ni lawaklah... Aku dah ada kau. Takkan aku nak kahwin dengan orang lain pula," balas Qaila Laudya.

Uwais Talha hanya diam sambil memandang pandangan dari atas bukit ampang.

Hari yang di tertunggu-tunggu dah tiba. Ramai sanak saudara dari keluarga besar dua pihak pengantin yang hadir ke Majlis pernikahan Uwais Talha dan Qaila Laudya. Akhirnya mereka akan diijab kalbu sekejap lagi.

Uwais Talha melihat dirinya di cermin. Dia begitu kacak dengan pakaian baju melayu satin warna putih. Kepalanya di pakai songkok hitam dan memakai cermin mata hitam menambahkan lagi ketampaanya.

"Dah handsome tu," Kata Syarul Azwan.

Uwais Talha memandang kedua-dua kawan baiknya.

"Kau janganlah nampak nervous sangat," kata Hazim Lutfi.

"Nampak sangat ke?" Tanya Uwais Talha.

Syarul Azwan dan Hazim Lutfi mengangguk. Lalu Uwais Talha duduk di birai katil dengan wajah risau.

"Kau kenapa? Macam tengah fikirkan sesuatu je?" Tanya Hazim Lutfi.

"Aku rasa tak sedap hatilah. Macam ada benda yang akan terjadi jap lagi," jawab Uwais Talha.

"Perasaan kau je kot. Mungkin kau nervous nak nikah kot," kata Sharul Azwan.

"Hmm...."

"Kau tak payah fikirkan apa-apa. Kau focus je pernikahan kau dengan Qaila," kata Hazim Lutfi.

Majlis pernikahan pun tiba... Tok kadi dan Uwais Talha sudah duduk sedia. Tetamu-tetamu yang hadir sudah berkumpul untuk menyaksikan pernikahan itu.

"Baiklah. Pengantin lelaki, kamu dah sedia?" Tanya Tok kadi.

"Saya dah sedia tok," jawab Uwais Talha.

"Baiklah. Raja Ku Uwais Talha, aku nikahkan engkau dengan Tengku Qaila Laudya Binti Tengku Zainal dengan mas kahwin sebanyak RM 25,000 ringgit dan set peralatan solat di bayar tunai!" kata Tok kadi.

"Aku terima nikah Tengku Qaila Laudya Binti Tengku Zainal dengan mas kahwin tersebut di bayar tunai!" balas Uwais Talha.

"Macam mana saksi?"

"Sah!"

"Sah!"

Tok kadi pun membaca doa selepas ijab kabul.

Ketika Uwais Talha nak menyarung cincin ke jari Qaila Laudya, beberapa orang anggota polis datang.

"Assalamualaikum!!! Maafkan kami kerana menganggu majlis. Kami di arahkan untuk membawa Uwais Talha ke balai," kata salah satu dari anggota itu.

"Waalaikumussalam... Ye, anak saya ada buat salah ke?" Tanya Raja Ku Ruzaini.

"Encik Uwais telah melakukan satu pembunuhan ke atas Tengku Zainal," jawab anggota polis itu.

Semua orang memandang ke arah Uwais Talha dengan terkejut.

"Uwais, betul ke apa yang polis katakan tu?" Tanya Qaila Laudya ingin kepasti.

Uwais Talha mengangguk.

"How dare you Uwais!!! Sanggup kau bunuh ayah aku!  Sebabkan nilah kau berbaik dengan aku kerana nak tembus kesalahan kau?" Marah Qaila Laudya.

"Aku mintak maaf Qaila. Aku tak sedar apa yang terjadi masa tu. Aku terlalu ikutkan perasaan aku. Pasal aku dekat dengan kau, aku memang ikhlas nak berkawan dengan kau," jawab Uwais Talha.

"Aku benci kau Uwais Talha!"

Qaila Laudya larikan diri ke luar rumah.

"Qaila!!!" Panggil Uwais Talha sambil mengejar Qaila Laudya.

Belum sempat Qaila Laudya melintas, sebuah kereta melanggarnya dan terpelanting agak jauh dari rumahnya. Uwais Talha tergamam dan terkejut apa yang terjadi depanya. Dia duduk tepi bahu jalan sambil menjerit-jerit. Rambutnya di tarik-tarik.

"Qaila.... Maafkan aku.... Qaila maafkan aku... Maafkan aku....", kata Uwais Talha seperti orang gila.

Di dalam mahkamah....

"Raja Ku Uwais Bin Raja Ku Ruzaini, kamu sabit kesalahan membunuh Tengku Zainan dengan seganja. Kamu akan dihukum gantung sampai mati!!!"  Kata ketua hakim...

Uwais Talha hanya sengih. Dia seperti tidak ada perasaan. Keluarganya dan keluarga Qaila mengalir air mata selaju-lajunya.

~TAMAT~

Cerpen:Depression©Where stories live. Discover now