Bab Satu

45 8 0
                                    

Di belakang Chow Kit...

Uwais Talha parking keretanya di bahu jalan. Dia keluar dari keretanya dan menutup pintu dengan kuat. Qaila Laudya yang berada di dalam kereta itu terkejut. Pintu tempatnya di buka.

"Kau keluar sekarang!" Arah Uwais Talha.

Qaila Laudya menurut arahan lelaki itu. Dia sudah mula cuak dan takut. Qaila Laudya melihat sekelilingnya. Di kini berada di tempat sunyi dan gelap.

Dia nak buat apa kat aku? Kat tempat macam ni? Ya allah selamatkan aku.

Doa Qaila Laudya dalam hati.

"Baru sekarang nak ingat tuhan?" Perli Uwais Talha.

Qaila Laudya terdiam tunduk.

"Aku nak kau nongak kepala," kata Uwais Talha.

Qaila Laudya mengakat kepalanya dengan perlahan-lahan.

"Kau tengok arah tu?" Arah Uwais Talha sambil suluh flash light ke hadapan menggunakan telefonnya.

Qaila Laudya pun tengok arah yang lelaki itu suluh.

"Kau nampak apa?" Tanya Uwais Talha.

"Aku nampak beberapa orang tengah duduk dan baring dengan badan mengigil. Dan ada seorang terbaring kaku dengan mulut berbuih," jawab Qaila Laudya.

"Okay. Apa yang menbuatkan mereka jadi macam tu?" Tanya Uwais Talha. Sudah macam cikgu mengajar anak murid.

"Sebab kelaparan dan kena keracunan," jawab Qaila Laudya tanpa fikir.

"Kepala hotak kaulah. Kalau kau nak tau, mereka ni najis dadah tau tak? Kalau kau ambil benda tu tadi, kau pun akan jadi tertagih macam mereka ni juga tau. Kau nak jadi najis dadah ke yang merosak masa depan kau? Aku tau kau budak sekolah lagikan? Takkan kau nak musnahkan masa depan kau macam tu je? Kau tak sayang nyawa ke? Kau nak mati macam dia tu? Yang tidak ada sesiapa-siapa yang peduli? Kalau kau stress dengan keluarga kau, tak perlulah ambil benda haram ni," kata Uwais Talha panjang lebar.

Qaila Laudya hanya diam.

Huh!!!

"Aku mintak maaf sebab kasar dengan kau. Aku tak bolehlah tengok anak muda apatah lagi budak sekolah macam kau ni. Aku tau kau ni sebenarnya budak baikkan? Kau jadi macam ni sebab ikut kawan-kawan yang tak ada masa depan. Dahlah jom aku hantar kau balik," ajak Uwais Talha.

Qaila Laudya mengangguk. Mereka berdua pun masuk ke dalam kereta.

.......

Keesok harinya, Qaila Laudya pergi sekolah seperti biasa. Dia naik basikal fixie ke sekolah. Sampai di sekolah, basikalnya parking di tempat khas basikal. Sebelum masuk, dia membetulkan rambut dan baju sekolahnya terlebih dahulu.

"Hai Qaila!" Tegur Ku Afifah.

"Hai," balas Qaila Laudya.

"Macam mana semalam? Best tak?" Tanya Ku Afifah.

"Macam mana apa? Apa yang best taknya?" Tanya Qaila Laudya.

"Yela. Semalamkan kau dibawa oleh seorang lelaki kacak," jawab Ku Afifah.

"Oh maksud kau lelaki Uwais?"

"Jadi nama dia tu Uwaislah ye?".

"A ah,"

"So, apa yang kau orang buat berdua?"

"Buat apa bendanya. Dia bawa aku ke port tempat najis dadah selepas tu ceramah kat aku. Selepas tu dia hantar aku balik," jawab Qaila Laudya.

"Lah tu je ke? Aku fikirkan kau orang buat ehem ehem semalam," Kata Ku Afifah.

"Ee kau ni tak senonohlah. Jomlah masuk,"

"Yela,yela,"

Mereka pun pergi.

Pov Uwais Talha ..

Dia hanya mampu duduk diam. Ratapannya hanya mampu terbuku di dalam hati. Angin membawa nyanyian pengenalan terakhir. Air mata lelaki itu mengalir perlahan di pipinya. Dia memandang sedih ke arah pelangi di langit. Manusia sudah mengambil warna. Kini pelangi tiada warna, tiada jiwa. Pelangi itu sama rata seperti yang lain, sama seperti senyuman di skrin wanita itu. Pelangi sudah tiada makna lagi. Sama seperti segala-galanya, sudah terlambat. Manusia hanya menunggu kesudahannya.

"Selamat hari lahir, semoga panjang umur." Pemberitahuan muncul dengan emoji seolah-olah mengatakannya sambil tersenyum. Tetapi dia tidak benar-benar tersenyum. Ia hanya imej pada permukaan yang rata.

“Terima kasih,” balasnya dengan riak wajah yang senada dengan gadis yang mengatakannya. Tetapi dia itu berbeza. Dia benar-benar tersenyum kepada teman bicaranya.

Uwais Talha sudah lama terperangkap di dunia. Dunia  yang meracuni ekspresi. Di mana orang sudah tidak peduli tentang rasa, mereka hanya mementingkan imej. Sentiasa ingin berada di barisan hadapan berlari di atas ombak yang cenderung ke satu arah, kemasyhuran.

"Woi!" Sergah Hazim Lutfi.

"Kus semangat. Haih kau ni bagilah salam dulu," marah Uwais Talha.

"Sorry. Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam... Ada apa datang bilik aku?" Tanya Uwais Talha.

"Aku dah siasat budak perempuan semalam tu," jawab Hazim Lutfi.

"So, apa yang kau dapat?"

"Aku dapat sikit je pasal budak tu. Sebab tentang budak perempuan tu low profile,"

"Okay,"

"Okay. Budak perempuan bernama tu Tengku Qaila Laudya Binti Tengku Zainal. Berusia 17 tahun dan menetap bersama keluarganya di Selangor. Orang tuanya mempunyai sebuah syarikat masing-masing. Dan ayahnya kaki mabuk dan kaki perempuan. Mak dia pula sibuk dengan kerjanya. Setiap hari orang tuanya bergaduh sebabkan ayah dia. Dia anak sulung dari 2 adik beradik. Adik bongsunya kini berada di rumah nenek mereka dekat Melaka. Oh sebelum tu, dia juga punya kawan baik bernama Ku Afifah. Tetapi teman lelaki baiknya merupakan seorang token dadah terbesar di Kuala Lumpur dan juga ahli kumpulan gangster bernama Taik Kucing," kata Hazim Lutfi panjang lebar.

"Tu je yang kau dapat?" Tanya Uwais Talha ingin kepastian.

"Yup. Tu jelah,"

"Okay thank Zim," ucap Uwais Talha.

"Benda kecil je. Sekarang time lunchkan? Jomlah pergi makan,"

"Ah boleh juga tu. Ajak sekali Syarul,"

"Dia lunch dengan tunang dialah,"

"Okay,"

Uwais Talha menutup suis komputer ribanya dan mencapai suit yang tergantung di belakang pintu.

~bersambung~

~happy reading~

Cerpen:Depression©Where stories live. Discover now