B A B 9

14.1K 1.5K 235
                                    

MELIRIK mata ke kanan, Luthfan tersengih-sengih seperti kerang busuk. Sesekali menyenggol lengan jejaka terhangat di pasaran di sebelahnya itu. Cukup dua kali, tubuhnya ditolak jauh-jauh. Luthfan hambur ketawa lepas.

"So macam mana? Cantik kan cikgu tu..." Meleret-leret nada Luthfan. Ada maksud tersirat sebenarnya.

Emiir pejam mata sesaat. Meluruskan pandangan kepada Eshaq yang hanya senyap makan di hadapannya, nafas dihembus perlahan. Menyilang tangan ke dada sambil merenung anak tunggalnya tanpa suara.

Eshaq masih sama. Walaupun terasa diperhatikan, dia tidak berani untuk membalas renungan sepasang mata helang tersebut. Berpura-pura tidak ambil kesah walaupun sebetulnya hati rasa teruja bila dengar kata-kata Luthfan tadi.

'Cikgu? Cikgu cantik ke?' Eshaq simpul senyum dalam diam.

"Kau dah bagitahu dia kan hajat kau tu?"

Emiir geleng kepala. Hela nafas panjang. Berat sangat bunyinya. Terlalu berat mulut untuk dia suarakan 'hajat' yang dimaksudkan itu kepada gadis bernama Jelita itu. Terlalu sukar. Rancangan Luthfan semua tak boleh pakai.

"Habis tu, kau tak cakap apa-apa dengan dia? Tak bincang apa-apa pun? Sikit pun tak walau sebesar kuman?"

"Tak ada, Luthfan Haris. Tak ada. Aku cuma hantar dia balik. Faham?"

Luthfan mengeluh kasar. Panjang muncungnya mendengar jawapan Emiir. Punyalah payah dia 'atur' pertemuan Emiir dengan Jelita. Tapi langsung tak ada hasil? Dasar Emiir tak pandai menghargai!

"You just waste my time, Luthfan. That's not gonna work."

"Tapi kita boleh cuba lagi kan? Ni semua untuk Eshaq. Untuk anak kau. Apa salahnya kalau kau berkorban sikit. Lagipun, Jelita tu bukannya teruk sangat pun. Aku yakin..."

Cerlungan anak mata hitam pekat itu membuatkan Luthfan terdiam. Pantas mengalih wajah ke depan. Memandang Eshaq yang setia mendengar perbualan mereka tadi. Luthfan tepuk dahi. Terlupa pula Eshaq ada sekali.

Emiir berdehem membetulkan suara. Menghantar isyarat mata kepada Luthfan agar tidak membuka perihal Jelita di depan Eshaq. Dia tahu betapa sukanya budak itu dengan kehadiran Jelita. Tapi Emiir tidak mahu ambil risiko untuk kedua-dua belah pihak.

"Dah habis makan pergi naik bilik," ujarnya kepada Eshaq. Nadanya kedengaran tegas. Bukan tidak sayang tapi terlampau sayang penyebab dia jadi begini.

Senyuman Eshaq mati. Angguk kepala, kaki dicecahkan ke lantai. Eshaq melambai perlahan kepada Luthfan sebelum tubuh kecil budak itu hilang di sebalik dinding. Memanjat satu per satu anak tangga dengan wajah masam.

Eshaq tahu daddy sengaja tak mahu benarkan dia dengar perbualan tersebut. Setiap langkahnya menghentak-hentak lantai dengan kuat. Tunjuk perasaan. Tercebik-cebik bibir, bergumam sesuatu yang tidak jelas.

Emiir melepaskan keluhan lega. Memanah kembali wajah Luthfan tajam-tajam. Rasa nak robek-robek saja bibir yang sedang menyengih itu. Rahang tajamnya bergerak-gerak, gigi berlaga. Masih memeluk tubuh, kini dia bersandar pula. Cuba menstabilkan kembali emosi.

"Jangan cakap pasal perempuan tu depan Eshaq. Aku tak mahu Eshaq terlalu berharap. Sekalipun aku setuju, belum tentu perempuan tu setuju juga."

"Mana kau tahu dia tak setuju? Kau belum tanya apa-apa lagi pun kan. Kau ni buta ke atau pura-pura tak tahu? Perempuan-perempuan kat luar tu ramai yang tergilakan kau. Berebut-rebut nak jadi isteri kepada Raja Emiir Farran..."

Bersungguh-sungguh Luthfan mengingatkan Emiir. Agaknya lelaki itu lupa kut 'status' yang dipegang. Raja Emiir Farran bukan orang biasa-biasa. Nama lagi 'raja'. Sudah tentu ramai perempuan berebut tempat untuk naik 'takhta' permaisuri. Ya, tak?

Mr. Cold Dictator [ BAKAL TERBIT ]Where stories live. Discover now