P R O L O G

94 20 137
                                    

TAP! TAP! TAP! Dengan nafas yang semakin mengah, dia cuba mengekalkan momentum lariannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAP! TAP! TAP! Dengan nafas yang semakin mengah, dia cuba mengekalkan momentum lariannya. Namun hampa, semakin laju dia berlari, semakin rakus jugalah 'mereka' mengejar.

Motif dia dikejar? Dia tidak tahu!

Tap! Lariannya terhenti dek dinding besar di hadapan. Wajahnya mulai pucat, apabila sedar salah seorang dari mereka kini berada di belakangnya. Menghunus sebilah pisau kecil di hadapan kerongkongnya.

"Don't move," bisik si penyerang itu sebelum menetak kuat lehernya. Dia jatuh tersungkur, sebelum didakap erat si penyerang untuk dibawa masuk ke sebuah kereta hitam.

Si penyerang tersenyum puas,mangsa yang tidak sedarkan diri diikat kuat. Sebelum dia menoleh ke arah seorang lagi yang memakai baju serba putih. Satu isyarat dilakukan lalu dia terus memandu keretanya pergi.

Insan yang memakai pakaian putih itu menggaru pipinya sedikit melihat persekitarannya. Beberapa alatan dikeluarkan dari beg sebelum dia mula melakukan proses 'pembersihan'.

 Beberapa alatan dikeluarkan dari beg sebelum dia mula melakukan proses 'pembersihan'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


JANTUNGNYA berdegup laju. Keadaan persekitaran yang kelam tanpa apa apa cahaya membuatkan jiwanya ketakutan. Lagi lagi apabila menyedari dirinya kini berada di sebuah tempat yang amat sempit.

Dinding besi di hadapannya diketuk kuat, sambil dia melaung merayu untuk dilepaskan.

"Tolong! Lepaskan aku!" Laungnya kuat dengan suara serak.

"Stop jelah jerit! Diorang takkan lepaskan kita!"

Dia terdiam. Suara garau yang membalas laungannya tadi membuatkan dia tertanya. Adakah dia tidak berkeseorangan selama ni?

"Ada orang lain kat sini?" Soalnya.

"Saya! Saya orang lain kat sini!" Satu suara yang agak lunak pula menjawab.

"Korang kena tangkap jugak ke?" Soalnya lagi, dengan wajah ingin tahu. Mendengar beberapa suara lagi menjawab soalannya dengan jawapan positif, dia mengeluh lega.

Sekurang kurangnya dia tidak berkeseorangan.

Dia terbatuk beberapa kali, tekaknya yang perit akibat kekurangan air diurut perlahan. Matanya kini semakin terbiasa di dalam gelap. Keadaan struktur dinding di sekelilingnya disentuh, cuba untuk mengenalpasti di mana lokasinya sekarang.

"Diorang kurung kita dalam loker..." ujarnya apabila menghidu bau karat besi.

"Tak sangka kau baru tahu," balas satu suara dengan nada remehan.

Dia mencebik mendengarnya. Sekali lagi dia cuba mengetuk kuat pintu poker supaya terbuka. Ingin menendang, malangnya ruang untuk menghayunkan kaki tidak cukup di dalam tempat ini.

"Bunyi apa tu?"

Perbuatannya lekas terhenti apabila mendengar bunyi pintu dibuka dengan kasar. Keadaan luar yang gelap tadi bertukar cerah dengan kehadiran seorang gerangan yang memakai pakaian serba hitam ke dalam kawasan itu. Di tangannya terdapat sebuah alatan yang agak besar, mendekati satu persatu loker yang ada.

Bunyi renjatan kedengaran, bersama dengan jeritan kesakitan beberapa orang. Dia terbeliak apabila melihat gerangan tersebut kini mendekati area di mana dirinya berada.

Bunyi jeritan kesakitan semakin kuat kedengaran, menambahkan rasa curiga dan takut di jiwanya semula.

Tap!

Kini gerangan itu berdiri di hadapan lokernya. Mata merahnya yang kelihatan dingin memandang tajam ke arah si mangsa seakan-akan mahu membunuhnya.

"Who are you?" Soalnya dengan nada ketakutan yang amat. Alatan di tangan gerangan tersebut sudah diangkat tinggi.

"No need to know about me."

Bzzttttt!

Dirinya direnjat kuat. Kepala yang seperti ingin pecah dipegang kuat sebelum dia memejam mata rapat. Akhirnya dia dan yang lain tidak menyedarkan diri, untuk dibawa pergi ke neraka dunia.

DI sebuah tempat, seorang lelaki beriris hitam pekat cuma melihat perkara yang terjadi di skrin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


DI sebuah tempat, seorang lelaki beriris hitam pekat cuma melihat perkara yang terjadi di skrin. Gerangan berpakaian putih di sebelahnya sudah tergelak suka melihat apa yang jadi, seakan itu satu bentuk hiburan baginya.

"Serius tho? Kenapa diorang pengsan macam spageti?" Soal gerangan tersebut sambil mengulang semula gaya mangsa terjatuh apabila direnjat.

Lelaki di sebelahnya membuat wajah datar. Skrin tersebut ditukar kepada skrin tempat lain.

"Kerja Ael dah selesai, kau tak nak bersiap?" Soal lelaki itu apabila gerangan tadi masih elok berada di sebelahnya. Siap dengan sebungkus bertih jagung di tangan? Hahaha, kau jangan main main...

Gerangan tersebut tersengih apabila dijeling tajam. Bertih jagung di tangan diserahkan kepada lelaki tersebut sebelum dia menekan sesuatu pada papan kekunci.

"First game, unlocked. Hahaha!"

QUESTION 1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

QUESTION 1

What is your favourite English song?


©Du0M4n14c

FUNNY TIME || 001 -ʜɪᴀᴛᴜs-Where stories live. Discover now