Takde tajuk.

113 3 7
                                    

BUNYI gegelung jongkang-jongkit yang sedikit berkarat kedengaran kuat. Mata aku terus jatuh pada bahagian jongkang-jongkit sebaik sahaja tiba di taman tersebut.

Perhatian aku dicuri oleh sesusuk tubuh kecil yang sedang duduk di sisi hujung salah satu papan jongkang-jongkit. Kening aku ternaik apabila melihat wajah budak lelaki itu muram. Curious.

Aku mendekati papan jongkang-jongkit yang sama. Budak lelaki tersebut nampaknya tidak menyedari kehadiran aku di sini. Tidak berlengah, aku duduk di sisi hujung papan yang sama tetapi bertentangan dengan budak lelaki tersebut.

Merasakan perubahan tenaga ayunan, budak lelaki tersebut mengangkat mukanya dan memandang ke hadapan. Wajahnya berkerut melihat aku.

"Sorang?" Soal aku. Pendek.

Budak lelaki itu memandang aku dengan pandangan berwaspada. Dia ragu-ragu sama ada mahu menjawab soalan aku.

"Sorang ke?" Soal aku lagi.

Budak lelaki itu menggeleng. Aku memalingkan wajah ke belakang. Kemudian, ke kiri dan kanan. Tak ada orang lain. Pelik.

"Kau datang dengan siapa? Mak?" Aku menyoalnya lagi.

Budak lelaki itu diam.

"Ayah?" Teka aku.

Barulah dia mengangguk.

"Kau.. Bisu ke?"

Ternaik kening budak tersebut dengan soalan aku. Dia menggeleng kuat.

"Dah tu kenapa kau tak bercakap?" Soal aku tidak puas hati.

"Mak pesan jangan cakap dengan orang asing." Polos sahaja jawapan budak itu.

Aku tergelak kecil.

"Mana ayah kau?" Mata aku melilau mencari ayah si kecil itu.

"Dia ada dekat-dekat sini. Jumpa mama." Balas budak lelaki itu.

"Mama?" Soal aku. Emak dan mama bukan sama ke? Atau..

"Bakal.. Bakal mama." Jawab budak lelaki itu.

Aku terangguk-angguk. Dia rupanya.

"Kau tak suka ke mama kau tu?" Soal aku, ingin tahu.

Budak lelaki itu menggeleng.

"Bukan tak suka. Tapi, ayah.. Ayah dah berubah sejak jumpa mama. Ayah dah tak macam waktu mak hidup." Budak lelaki itu melepaskan hela nafas yang berat.

"Maksudnya, kau okaylah dia dengan mama asalkan perangai dia masih macam dulu?" Aku menyoalnya bagi meminta kepastian.

Budak lelaki itu mengangguk.

"Aku.." Budak lelaki itu bersuara lagi. Aku mengangkat wajah. Memandangnya.

"Aku tak nak 'hilang' ayah pula." Air mata mula bergenang di tubir mata si kecil itu.

Aku berdiri dan beralih dari jongkang-jongkit. Seterusnya, aku menghampiri budak lelaki itu. Rambutnya aku usap.

Si kecil itu akhirnya menghamburkan tangisan sepuas-puasnya.

Aku memeluk tubuh kecil itu.

"Menangislah. Selepas ni, kau jangan risau. Aku akan pastikan kau gembira selama aku masih hidup, Qir" Bisik aku padanya.

Selepas itu, aku meleraikan pelukan dan berjalan menjauhinya. Tidak aku toleh lagi ke belakang. Budak lelaki itu pastinya kebingungan memikirkan dari mana aku mengetahui namanya.

Aku tersenyum. Aku pasti takdir akan mempertemukan kami lagi tapi waktu itu sebagai adik-beradik!

IDEAWhere stories live. Discover now