"Pak Nab, budak tu siapa?" Harraz menyoal setelah sekian lama berkira-kira mahu bertanya atau tidak.
Pak Nab menoleh ke luar kedai makannya - melihat budak yang dimaksudkan oleh Harraz. Budak lelaki yang sedang memetik ukulelenya. Ada sebuah tabung kecil tak jauh daripada budak lelaki tersebut. Mencari wang dengan menyanyi.
"Itu.. Haris. Dia memang selalu dekat situ setiap hari untuk cari duit. Tolong ibu dia." Ujar Pak Nab.
Harraz memandang lama budak lelaki yang bernama Haris tersebut. Haris pada ketika ini sedang berehat sebentar.
"Berapa umur dia?" Soal Harraz lagi.
"Pak Nab tak pasti. 9 atau 10 tahun kot." Jawab Pak Nab dengan kesangsian pada nadanya.
"Kenapa Harraz tanya?" Soal Pak Nab kemudiannya.
Harraz geleng kepala.
"Sebab dah dua tiga kali nampak dia setiap kali makan kat kedai Pak Nab." Jelas Harraz.
Pak Nab tersenyum. Keningnya berkerut
"Itulah. Kamu baru lagi. Semua pelanggan Pak Nab tahu pasal Haris ni. Pak Nab ni kalau berduit, dah lama tolong dia. Ramai yang nak tolong dia tapi tak berani. Pak Nab pun cuma selalu bagi dia makan minum je." Ujar Pak Nab.
Harraz memandang Pak Nab penuh tanda tanya.
"Tak berani? Kenapa?" Soal Harraz.
"Keluarga Harraz tu dulu kaya. Tapi, ada sesuatu terjadi dan keluarga dia bankrup. Bapak dia lari dan tinggalkan mak dia. Jadi Haris dibesarkan oleh mak dia seorang diri dan terpaksa tanggung hutang bapak dia. Bapak dia berhutang dengan ah long." Panjang lebar Pak Nab menjelaskan.
Terangkat kening Harraz mendengar cerita daripada tuan kedai makan tersebut.
"Kesian budak tu. Pak Nab rasa dia selalu kena pukul dengan mak dia. Tapi bila Pak Nab tanya, dia takmo mengaku." Ujar Pak Nab lagi.
"Kenapa Pak Nab cakap macam tu?" Soal Harraz.
"Pak Nab pernah ternampak lebam kat badan dia. Tapi dia tak mengaku. Dia cakap tu luka terjatuh." Ujar Pak Nab.
Harraz mengeluh. Dia baru je fikir nak tolong budak kecil tersebut. Tapi lepas dengar cerita Pak Nab pasal Haris, Harraz rasa lebih baik kalau dia tak campur tangan. Dia tak mahu ada masalah.
...Harraz meletakkan RM100 ke dalam bekas duit di hadapan Haris. Si kecil yang sedang makan itu tersentak melihat nilai yang besar itu.
"Bang.. banyak sangat ni. Abang nak saya nyanyi lagu apa-apa ke?" Soal si kecil itu dengan mulut yang penuh dengan roti.
Harraz geleng kepala.
"Makanlah dulu. Abang bagi untuk kamu. Bukan sebab nak dengar kamu nyanyi." Ujar Harraz.
"Ta.. tapi, banyak sangat ni bang. " Haris masih menolak
"Kamu tak nak ke?" Soal Harraz.
Haris terdiam.
"Kalau macam tu, kamu nyanyi lah apa-apa lagu." Harraz akhirnya mengalah. Setakat berapa minit masa dia, dia boleh bazirkan untuk Haris.
"Abang nak lagi apa?" Soal Haris.
"Apa-apa je. Lagu kesukaan Haris ke?" Cadang Harraz pula.
"Eh abang tahu nama saya?" Haris sedikit terkejut apabila namanya terkeluar daripada bibir Harraz.
"Pak Nab yang bagitahu." Harraz tersenyum.
"Oo.."
"Nama abang Harraz." Harraz memperkenalkan diri.
"Okay, saya basuh tangan dulu."
Haris pantas beredar untuk membersihkan tangannya. Kemudian, dia datang semula. Ukulelenya diangkat dan mula dipetik.
Harraz memandang wajah Haris dengan tekun sepanjang lagu itu dinyanyikan. Dia suka melihat riak wajah yang dibuat oleh si kecil itu.Comel.