Fazir, Adam dan Aneeq

50 3 0
                                    

"I think he likes you." Ujar Fazir.

Adam menoleh. Memandang orang yang dimaksudkan oleh Fazir. Seorang budak lelaki yang sedang memandangnya dengan penuh perhatian.

"Sape? Aneeq? No way la." Balas Adam. Dia tergelak memikirkan hal itu.

"Apa? Kau ingat tak boleh ke benda macam tu berlaku?" Soal Fazir apabila terasa Adam meremehkan pandangannya.

"So? Kalau benda tu betul pun, kau nak aku buat apa? Jadi pedofil?" Adam membidas kata-kata lelaki di hadapannya itu.

"No lah. At least, acknowledge lah perasaan dia. Kita masing-masing pun pernah ada dalam fasa dia masa kecil dulu." Balas Fazir pula.

Adam mencebik.

"You know that he can be your rival once he grows up, right?" Soal Adam. Dia dapat bayangkan betapa hensemnya Aneeq menjelang usia remajanya nanti.

"Well, I'd rather lose you to him than any other guy." Balas Fazir, selamba.

Adam membeliakkan matanya.

"Kau cakap ni macam kau nak mati pula."

"Mana lah tahu." Fazir tersengih.

"Oh so now we're talking about your death?" Adam tak puas hati. Dia juga rasa tak suka bila Fazir keluarkan kata-kata sebegitu.

"Alah, jangan lah marah. Aku cakap pasal kemungkinan je." Fazir menukar nada perbualan apabila menyedari yang mood Adam sedikit berubah. Dia menyentuh pipi Adam dan membelainya lembut.

"Even if it's a possibility, you'd rather lose me to Aneeq, huh?" Adam berujar dengan nada sinis.

"True. Tengok tu. Dia pandang kita dengan cemburunya. Kalau dia tahu kita couple, mesti lagi cemburu." Fazir menggunakan tangannya untuk menggerakkan kepala Adam untuk menoleh ke arah Aneeq yang sedang memandang mereka berdua.

Betul kata Fazir. Adam nampak betapa jelasnya raut cemburu pada wajah Aneeq. Seriuslah budak 8 tahun tu suka kat dia?

"Dah lah. Pergi sambung masak. Aku nak tolong Aneeq buat homework." Adam menghalau Fazir dan berlalu pergi ke ruang hadapan. Adam membuat muka dengan tingkah Fazir yang kebudak-budakan. Tapi sisi Fazir yang satu itu lah yang buat dia tertarik pada lelaki muda itu.

"Untunglah Aneeq. Cikgu sendiri yang tolong buat homework." Usik Fazir namun Adam tak membalas usikan tersebut dan membiarkannya sahaja.





A/N : Cerita yang bertapuk lama dalam notes aku dan aku taktau kenapa aku lupa nak publish kat sini.

IDEAWhere stories live. Discover now