Fajar

49 11 1
                                    

"Hai kak.."

Aku menoleh apabila mendengar suara yang menegur dari sisi. Perbuatan aku terhenti. Tangan aku yang memetik buah nectarine terhenti pergerakannya.

Budak remaja yang berdiri berhampiran dengan aku itu aku pandang. Wajahnya aku perhati. Aku tak membalas sapaannya sebaliknya meneruskan tugasan aku.

"Nama aku Fajar, nama kakak siapa?" Soal remaja lelaki tersebut. Tidak mengalah untuk menegur aku yang jelas tidak menghiraukan sapaannya tadi.

"Izzat." Balas aku, sepatah. Dengan nada acuh tak acuh. Wajahnya tak aku pandang. Fokus aku tak teralih daripada kerja yang aku lakukan.

Dari kerlingan mata, aku dapat melihat raut wajah Fajar yang sedikit kecewa dengan respon aku. Budak lelaki yang berwajah Indonesia itu tampak kecewa.

"Umur aku 15 tahun. Aku menetap di sini bersama papa ku." Pun begitu, nyatanya Fajar tidak berputus asa untuk mengenalkan dirinya.

"Kakak pula gimana? Apa kakak sendirian, sama keluarga atau teman di sini?" Sambungnya lagi dengan soalan.

Aku menghembuskan nafas kasar. Wajah budak muda itu aku tenung. Banyak cakap betul budak ni. Dengan dialek Indonesia-nya. Rimas aku dibuatnya.

"Dengan kawan." Jawab aku sepatah. Nada aku jelas menyuarakan kejengkelan yang aku rasakan. Namun, Fajar seakan tak mempedulikan hal tersebut dan meneruskan bicaranya.

"Kawan? Oh.. teman. Kakak udah lama di sini? Sebelum ini kakak kerja di ladang mana?" Soal nya bertalu-talu.

Tangan aku berhenti bergerak. Aku merapatkan jarak di antara dan anak asli Indonesia itu. Kelihatan Fajar sedikit cuak dan tubuhnya bergerak sedikit ke belakang sebagai respon.

"Kau ni banyak tanya ar. Cane boleh sesat kau kat sini? Kau masuk curi-curi eh? Aku report kau kang baru tahu. Dah, pergi blah." Ujar aku dengan nada bengang.

Wajah Fajar berubah. Seperti hendak menangis. Ai marah sikit je dah nak nangis? Cengeng betul budak ni.

Pun begitu, aku tak mengendahkannya dan terus menyambung tugasan aku. Fajar pula terus berlalu pergi meninggalkan ladang tempat aku bekerja ini.

Aku menoleh. Melihat kelibat anak remaja itu yang kian mengecil dari pandangan. Ada sedikit rasa bersalah kerana bercakap agak kasar dengan dia.

Nantilah.. kalau aku jumpa dia lagi, aku minta maaf. Kalau la.

IDEAWhere stories live. Discover now