♠ chapter 16

93 15 0
                                        


•• ••

Berbeza pula dengan keadaan di Ruby Hall. Sama seperti hari-hari lain, pagi ini mereka kembali beroperasi seperti biasa. Kelihatan pelbagai jenis makhluk yang merupakan demon keluar masuk mengunjungi tempat itu.
 
“ Sir, who would you like to serve you today ?” seperti biasa, Emma merupakan orang pertama yang bertemu dengan pelanggan, apatah lagi kalau pelanggan itu memegang nama sebagai pelanggan penting.
 
Si tua yang merupakan demon kelas bawah tersengih lebar memaparkan giginya yang besar-besar dan nafas berbau busuk.
 
Emma pula hanya mampu menahan. Mujur Demon ini mempunyai banyak emas, kalau tidak jangan harap dia nak layan.
 
“ Yuna .. ” Si tua itu ketawa besar, “ kali ini aku nak Yuna. Hahahaha !”
 
Emma segera pusing belakang, beberapa orang comfort girls Yang sememangnya mengekori dia tadi terus saja menelan air liur. Yuna pula menggeleng kepala berkali-kali. Sungguh, dia jijik untuk berhadapan dengan makhluk itu. Apatah lagi untuk melayannya.
 
Tapi Emma malah menarik lengan gadis itu,
 
“ ini dia Yuna, tuan..” ujar Emma, manakala Yuna menundukkan kepala gara-gara takut. Yuna merupakan gadis yang baru saja tiba di Ruby Hall. Oleh sebab itu dia masih lagi takut melihat makhluk-makhluk pelik yang mengunjungi tempat itu.
 
Emma mendekatkan bibirnya pada telinga Yuna,
 
“ ingat. Kau hanya ada satu peluang atau tentera dia akan bunuh kau.” bisiknya di telinga Yuna. Pisau belati dia keluarkan dari sebalik lengan panjang di bajunya, lalu dia berikan pada Yuna.
 
Yuna menelan air liur. Dia segera menyembunyikan pisau itu di dalam lengan hanbok di tubuhnya.
 
Manakala si tua itu ketawa kuat. Dia segera memeluk bahu Yuna lalu membawa gadis itu ke salah satu bilik yang terdapat dalam Ruby Hall.
 
Sesampainya dalam bilik itu, si tua terus saja membaling Yuna ke katil, menyebabkan pisau di sebalik lengan hanbok di tubuhnya terus saja terpelanting jauh.
 
Yuna pula pantas mengundurkan dirinya ke belakang gara-gara takut dengan Demon itu.
 
“ J-jangan dekat !”
 
Jeritan Yuna bergema dalam bilik tersebut. Tapi jeritan gadis itu tidak dilayan. Demon tua itu mula mendekati Yuna, lalu tubuh gadis itu segera di tindih.
 
“ Diam ! Jangan bergerak atau aku bunuh kau !” demon tua itu mula mengugut apabila rontaan Yuna semakin kuat. Akibatnya, Yuna mendiamkan diri gara-gara takut dengan ugutan itu.
 
Demon tua itu pula mendekatkan bibirnya pada leher Yuna, gara-gara rasa jijik, Yuna terus saja memejamkan matanya.
 
Tiba-tiba saja gerakan Demon tua itu terhenti. Yuna pantas membuka matanya,
 
“ ARGHH !”
 
Jeritan gadis itu terus saja bergema satu bilik apabila dengan tidak sangka-sangka, Demon tua itu tadi kini terbaring di lantai, dengan satu tompokan darah hitam di sebelahnya.
 
Yuna terketar-ketar. A..apa yang berlaku ?
 
“ T..tolong .. t..olong ..” Demon tua itu seakan-akan berada dalam kesakitan sambil tangannya seakan-akan ingin menggapai sesuatu di udara.
 
Pada masa yang sama juga, tubuh Demon itu perlahan-lahan berubah menjadi abu.
 
Yuna terkaku. Dia terus saja menutup mulutnya,
 
What is happening to that creature ?
 
Pada masa yang sama, pintu bilik itu tiba-tiba saja dibuka daripada luar. Maids yang ditugaskan untuk menghantar beberapa permintaan Demon tua itu terus saja terkaku sebaik saja dia nampak tubuh yang perlahan-lahan berubah menjadi abu di hadapannya.
 
Talam di tangannya terus saja terlepas dek rasa terkejut itu, spontan itu juga dia menjerit sekuat hati.
 
Murderer ! She's a murderer !”
 
 
 
 
 
 
.. ..
 
 
Yuna masih kekal berada dalam keadaan melutut, dalam bilik itu ada hanya ada beberapa orang, iaitu Emma, Harrith dan ..
 
Asher.
 
Manakala penghuni lain dalam Ruby Hall sudahpun dikerahkan untuk kembali ke bilik masing-masing dan pengunjung kedai itu turut serta disuruh balik.
 
now says, what happen here ?”
 
Yuna pantas melutut dihadapan Asher.
 
Spare me lord ! Please spare me ! I didn't kill him ! I didn't ! Please !”
 
Asher menarik nafas dalam, dia terus saja meraup rambutnya kebelakang sebelum dia mencangkung dihadapan Yuna.
 
Dia terus saja mencapai lengan gadis itu,
 
It's fine. Stand up.” ujar Asher, sambil membantu Yuna berdiri.
 
Tindakan jejaka itu membuatkan Emma dan Harrith saling berpandangan. Masing-masing menjongket kening.
 
Betulkah figura yang berdiri di hadapan mereka berdua ini Asher ?
 
That merciless Lord Asher ?
 
Somehow, he seems a lot more softer now.
 
Namun apabila Harrith teringat yang Asher kini mempunyai Aurabelle, dia terus saja senyum kecil.
 
So that human really something ..
 
Yuna yang masih lagi ketakutan berdiri dalam keadaan tubuhnya yang terketar-ketar. Dia masih tidak boleh terima yang Demon tua itu mati dihadapannya, walhal dia tidak buat apa-apa.
 
Apatah lagi bila dia ingat yang Demon tua itu berubah menjadi abu sambil meminta tolong.
 
It was creepy. Too creepy.
 
“ Urgh ..”
Yuna tiba-tiba saja memuntahkan darah, dan paling malang lagi darah dari mulut gadis itu betul-betul kena pada cape di tubuh Asher.
 
Mata Emma terbuntang.
“ Lord !” dia segera ke arah Asher untuk membantu jejaka itu, begitu juga dengan Harrith. Namun baru saja Harrith ingin mengambil Yuna dari tangan jejaka itu, Yuna tiba-tiba saja jatuh terbaring.
 
Gadis itu berubah pucat, umpama dia sedang berada di ambang maut akibat melawan penyakit.
 
“ huh ? Apa yang—” belumpun sempat Harrith menghabiskan kata-katanya, seorang pembantu Ruby Hall tiba-tiba saja berlari masuk ke dalam ruangan itu.
 
“ Tolong ! Ada penyakit ! Mayat Demon ada di mana-mana ! D-diorang tiba-tiba saja m-mati di halaman depan ”
 
Dia menjerit-jerit ketakutan dan malang sekali apabila sebaik saja dia habis berkata-kata, tubuhnya turut jatuh terduduk lalu dia memuntahkan darah sebelum dia jatuh terbaring.
 
Asher, Emma dan Harrith saling berpandangan.
 
It's a plaque ! Evacuate everyone right now !” Asher pantas memberi arahan pada Harrith dan Emma mengangguk.
 
Mereka pantas bergerak.
 
Manakala Asher mengalihkan pandangan pada Yuna.
 
She's dead.

•• ••

tbc

Devil's 𝑩𝒆𝒍𝒍𝒆 𝐈𝐈 : 𝑇𝑟𝑢𝑡ℎ 𝑈𝑛𝑡𝑜𝑙𝑑Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang