babysitter 12

257 22 0
                                    


Jaehyun buntu. Selepas pulang dari cafe, saebin tidak keluar-keluar dari biliknya. Makan pun tak

" apa aku nak buat ni, aihh " guman jaehyun mundar mandir didepan pintu bilik saebin

Lama kelamaan akhirnya pintu dibuka oleh saebin

Jaehyun memandang saebin lama sebelum gadis itu bersuara. Kelihatan matanya sembab saja sah dia menangis dari tadi

" mana hwa? awak tak ambil dia ke tadi? " tanya saebin pada jaehyun

Jaehyun mengelengkan kepalanya tanpa berkata lalu jaehyun menarik saebin turun ke bawah dengan lembut

Saebin dibawa ke ruang tamu. Sebelum itu jaehyun pergi mengambil air kosong untuk saebin

" minum dulu baru aku cakap " arah jaehyun dan saebin akur

Air kosong yang dibawa jaehyun kemari diminum sampai habis

" jadi apa yang awak nak katakan? Kalau pasal tadi saya tidak mahu dengar " kata saebin meletakkan gelas kaca diatas meja

" ini pasal petang tadi. Kau taknak dengar ke kau nak dengar ke aku tetap nak bagitau " balas jaehyun tegas

Saebin mengeluh malas. Dia yang ingin bangun untuk beredar dihalang jaehyun

" Kim Saebin tolong jangan macam ni please. Kau tak kesiankan abang kau ke? " kata jaehyun memegang pergelangan tangan saebin

Saebin menahan air matanya dari turun

" kenapa saya perlu kesiankan dia? Dia yang tinggalkan kami " balas saebin

" no kau dah salah faham. Appa kau yang masukkan doyoung dalam pusat asuhan " kata jaehyun menjelaskan perkara sebenar

Saebin diam. Air matanya tidak lagi dapat ditahan

Tipu la kalau dia kata dia tak rindu doyoung. Dia rindu sangat tapi dia dalam dua mahu percaya atau tidak kerana appa nya memberitahu yang doyoung sudah meninggal akibat dilanggar oleh kereta sewaktu pulang dari sekolah

Jadi perkara itu bermain dalam fikirannya. Dan sekarang setelah sekian lama berlalu tiba-tiba saja doyoung muncul kembali

" dia sayangkan kau. Sudah 15 tahun dia cari kau dan sekarang kau sia-siakan perjuangan dia " kata jaehyun lagi

Melihat saebin dalam keadaan menangis jaehyun menenangkan gadis itu dengan memeluknya

Belakang saebin digosok lembut oleh jaehyun

" syhhh dah dah esok aku bawa kau jumpa dia ya. Jangan menangis lagi nanti aku kena pukul dengan abang kau sebab buat kau menangis " omongan jaehyun itu sedikit membuat saebin tertawa

Lelaki ini pandai memujuk. Patut la anaknya begitu rupanya perangai ikut ayahnya





[ √ ] babysitter ft. JUNG JAEHYUN Where stories live. Discover now