︶꒦꒷13꒷꒦︶

246 14 8
                                    

"So anything to tell me?" Soal Qawie 

Eyiq bermain dengan hujung bajunya. Matanya yang berkaca tak dapat ditahan dari gugur mengalir ke pipi. 

"Eyiq buat Ka Amel merajuk, Eyiq kata kat Ka Amel jangan ganggu rumah tangga daddy ngan mummy, Eyiq gurau je sebenarnya tetapi tak tahulah kata kata Eyiq tu melukakan hati Ka Amel" 

"Ka Amel kan baik, kenapa cakap macamtu hmm?" Soal Qawie lagi. Badan anaknya diangkat dan didukung. Kaki Eyiq memeluk pinggang Qawie, air mata Eyiq jatuh ke leher Qawie. 

"Eyiq salah hueeeee!!!" 

"Dah, esok Eyiq pujuk Ka Amel ok?" 

Eyiq mengangguk laju. 

"Ni mummy nak video call" 

"Mummy!" 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

Puan Wardah berjalan seorang diri memilih ikan ikan di pasar. 

Tangan kanannya membawa bakul. Moodnya hari ni baik maka dia nak masakkan ikan kegemaran anaknya. Ikan tengiri masa asam pedas. 

Petang petang macamni banyak ikan yang fresh fresh dijual. 

Tangannya ligat memilih ikan yang besar dan segar 

Jantungnya tiba tiba berdegup laju. 

"Nak ikan ni ye" Mata Puan Wardah membesar. 

Suara yang dia rindukan 

Suara yang telah mengkhianatinya 

Suara yang tidak bertanggungjawab

Suara yang mematahkan dia 

Dia segera menoleh ke kanan. 

Wajah suaminya.

Suami dia yang telah meninggalkan dia dan Ameleeya. 

Encik Kareem memandang wajah Puan Wardah dengan seribu satu pandangan. Mulutnya terbuka sedikit untuk bercakap namun tiada satu pun yang keluar dari mulutnya,

Tangan Puan Wardah laju mengambil ikan yang dia nak dan terus dia pergi meninggalkan suami dia tanpa menegur ataupun menyapa.  

Dia nak cepat cepat balik. 

"Wardah!" Jerit Encik Kareem

Puan Wardah laju berjalan menyorok disebalik dinding pasar. 

Hati tuanya sebenarnya rindu suami dia, namun perempuan mana yang tidak kecewa jika ditinggalkan tanpa sebarang khabar. 

Setelah yakin akan kepergian suaminya, dia pun segera untuk pulang ke rumah. 

Kenapa suaminya tiba tiba ada di pasar kampungnya? Selama ni takde pun terjumpa? 

"Kenapa bunda tercungap cungap ni?" Soal Ameleeya yang sedang duduk di luar pintu 

"Bawa barang ni masuk ke dalam dapur" 

Ameleeya mengambil plastic yang dihulur oleh Puan Wardah. 

Puan Wardah mengambil nafasnya. 

"Bunda jumpa ayah" Kata Puan Wardah perlahan 

Dunia seakan terhenti. Ameleeya memandang wajah Puan Wardah lama 

"Bunda jumpa dia dekat pasar. Bunda lari dari dia, dia panggil bunda tetapi bunda tak nak. Hati bunda sakit Leeya, bunda terkenang semasa dia tinggalkan kita berdua! Sakit Leeya sakit. Dia nampak bahagia Leeya. Masih bunda ingat, pakaian dia.... mahal. Dia dah kaya Leeya" Air mata Puan Wardah jatuh begitu juga dengan Ameleeya. 

ADDEAN ©Where stories live. Discover now