︶꒦꒷27꒷꒦︶

300 19 0
                                    

TW: mentioning raped

Ameleeya tekun mejahit baju pelanggan dengan berhati hati. Nasib tak juling mata dia. Alhamdulillah sejak Puan Wardah membuka butik dekat bandar, banyak juga pelanggan yang menempah kat dia sampai Ameleeya terpaksa juga turut serta dalam menjahit. Dahlah Puan Wardah belum lagi mencari pekerja dia. 

"Camel!!" Jerit Eyiq yang baru sahaja masuk ke dalam butik milik Puan Wardah

"Eh Eyiq!" Jerit  Ameleeya teruja. Sudah beberapa bulan dia tak jumpa dengan Eyiq

Eyiq memeluk Ameleeya ketat. Qawie hanya menggelengkan kepalanya. Blazer dibadannya dibetulkan sedikit. Tie yang dililit dilehernya dilonggarkan sedikit. 

"Amel" Sapa Qawie

"Hai awak" Sapa Ameleeya kembali

"Camel kenapa pindah? Susahlah nak jumpa dengan Camel. Daddy pun sekarang ni selalu sibuk" Rungut Eyiq dengan bibir yang memuncung.

"Ka Amel pindah sebab nak cari duit sayang. We can set a date kalau nak jumpa"

"Yeke? Kau tukar nombor kan. Couldn't reach you" kata Qawie selamba

"Ye saya tukar nombor"

"Eyiq! Cucu aku meh sini" panggil Puan Wardah

"Sejak bila Eyiq jadi cucu bunda?" Soal Ameleeya

"Qawie anak aku. Kau kan anak angkat" balas Puan Wardah dengan muka tak bersalah

"Bunda! Esh"

Eyiq ketawa dan kakinya yang pendek melangkah ke tempat Puan Wardah

"Kau dah dengar rumors yang aku dan Adeliya nak berpisah?" Soal Qawie perlahan. Dia tak nak anak dia tahu soal ini. Entah bagaimana hendak mengatakan kepada Eyiq

"Saya ada dengar juga but I refuse to believe it. " Balas Ameleeya.

"Kenapa?"

"Sebab tu orang yang cakap bukan tuan punya badan"

"Memang benar aku dengan Adeliya nak berpisah. Lepas Adeliya bersalin aku akan uruskan proses perpisahan ni" Qawie memasukkan kedua tangannya dalam pocket

"Kau tahu tak company aku rugi beberapa peratus pada bulan ni?" Sambung Qawie lagi 

Ameleeya terkejut. Tak pernah company Qawie jatuh 

"Kebanyakkan business partner aku rapat dengan keluarga Adeliya. A-aku tak tahu kenapa aku bagitahu kau Amel tetapi aku nak juga luah" Qawie menghembus nafasnya perlahan. Eyiq yang sedang ketawa dengan Puan Wardah dia pandang

"Kau nak tahu juga? Eyiq. Adeliya nak hak penjagaan terhadap Eyiq. If dia dapat hak tu, dia tak benarkan aku jumpa dengan Eyiq lagi Amel. Eyiq nyawa aku Amel. Aku tak dapat jauh dengan Eyiq" Tanpa sedar air mata Qawie bertakung. Jujur dia sangat letih. Dia memang lemah. Dia tak kuat seperti lelaki lain. Dia sangat sangat lemah

"Awak nak putus asa macam tu sahaja? Qawie Addean yang saya kenal tak macamni tau. Qawie Addean yang saya kenal sentiasa tunjukkan yang dia tu kuat. Qawie Addean yang saya kenal tak akan berputus asa. Awak ayah Eyiq. Kalau awak tak nak berjauhan dengan Eyiq, lawan untuk Eyiq Qawie" Kata Ameleeya. Mata Ameleeya memandang raut wajah Qawie yang lemah

"Company awak, saya rasa awak lebih tahu hal company awak. Saya tak tahu apa apa tentang company awak, jangan sebabkan awak sedih lemah semangat membuatkan awak tak terurus dengan kerja awak. Awak kena kerja demi diri awak sendiri dan demi Eyiq" Tegas Ameleeya mengatakan kata kata tersebut. 

"Berlagak juga kau kan tengok aku lemah macamni" Qawie tertawa sedikit. Malu juga dia sebenarnya air mata dia hendak jatuh ke pipi. Nasib dia pandai control macho. 

"eh dia ni" Ameleeya menjulingkan matanya 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

"Kamu curang belakang Qawie?" Soal Dato Kareem menahan amarahnya yang tak dapat ditahan 

"Abang, sabarlah" Pujuk Datin Herra perlahan 

"Saya tak dapat sabar lagi Herra. Adeliya ni dah melampau! Anak dalam kandungan dia tu bukan anak Qawie!" Herra segera beristighfar. Dadanya diusap perlahan. 

"Mom dad, A-Adeliya kena r-rogol" Air mata Adeliya jatuh. 

"Dad bukan nak bahas tentang tu Adeliya! Dad nak bahas tentang hubungan kamu dengan Luca! Beberapa tahun sudah kamu dengan Luca?!" Soal Dato Kareem dengan suara yang lantang

"A-Adeliya dengan Luca- d-kami k-kawan dari sekolah menengah s-lagi lama dari Adeliya kenal Qawie" 

"Kenapa Adeliya?! Kenapa? Kenapa kahwin dengan Qawie kalau kamu kenal Luca lagi lama dari dia Adeliya" Datin Herra hanya menggelengkan kepala dia. Langsung dia tak mampu untuk berkata kata. 

"Adeliya cinta Qawie dad. L-Luca pula kawan Adeliya. D-dia selalu ada dengan Adeliya dad" 

"Dad tak paham Adeliya! Kalau kamu cinta Qawie kenapa kamu selalu bersama Luca? Bukan sekali dua Adeliya bukan! Berkali kali sudah kamu keluar bersama, masuk hote- dad tak sanggup Adeliya. Kamu ada suami yang halal, kenapa nak buat benda tu dengan yang haram?!" 

Adeliya terdiam. Memang tidak dinafikan memang dulu dia mencintai dua orang pada yang sama. Dia tak sanggup lepaskan Qawie dan dia juga perlu Luca. 

"Eyiq. Eyiq anak siapa?" 

"Eyiq anak Qawie dad. Eyiq anak Qawie. Adeliya dah buat DNA tanpa pengetahuan Qawie. Dia memang anak kami" 

"Dad sokong keputusan Qawie untuk menceraikan kamu. Kamu tu mak orang Adeliya sepatutnya kamu sudah pandai pikir mana yang baik dan mana yang buruk!" 

"Adeliya minta maaf dad. Mom, Adeliya minta maaf" Tangan Datin Herra dicapai namun Datin Herra hanya diam tak bergerak. Hancur hatinya. Sangat luluh yang dia rasakan. Dia selalu mendoakan akan kebahagiaan anaknya namun anaknyalah yang mencari masalah. 

"Adeliya. Dad dengar kata kata kamu yang kamu nak hak penjagaan terhadap Eyiq dan dad tak akan sokong kamu untuk dapatkan hak penjagaan Eyiq sebab Qawie lebih berhak atas Eyiq. Ingat tu!" 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

-July 18, 2022. 7:51PM

Edited

ADDEAN ©Where stories live. Discover now