︶꒦꒷36꒷꒦︶

468 16 0
                                    

Ameleeya menekup wajahnya di atas bantal miliknya. Hatinya dicengkam. Sakit. Dia menangis sepuas puasnya. Kata kata Eyiq sangat menyakitkan. Cincin ditangannya dipandang. Adakah kita akan menjadi keluarga Qawie? 

"Leeya, kenapa ni Leeya?" Kata Puan Wardah dari luar pintu 

"Sakit bunda" Balas Ameleeya perlahan dan membuka pintunya. Badannya melorot jatuh dan dipeluk oleh Puan Wardah 

"Eyiq bunda. Dia kata Leeya  ni penyebab arwah Adeliya mati" Ameleeya menangis 

"Astaghfirullah. Tak, bukan sebab Leeya. Kematian seseorang kita tak dapat jangka Leeya. Eyiq tu kecil masih , dia cakap ikut suka hati dia. Bunda yakin dia tak sedar. Dia kan dah lama tak jumpa dengan arwah mummy dia, sebab tu dia macamtu" Belakang Ameleeya diusap perlahan oleh Puan Wardah. Ameleeya teresak esak. 

"Dah dah, semakin sakit nanti hatitu kalau masih kenang kata kata Eyiq" 

Memang sudah sakit hati ini bunda. entah kuat entah tidak

.❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

"Eyiq, kenapa cakap macamtu dengan mama?" Soal Qawie perlahan. Buat apa dia nak menengking, ukankah itu semakin membuatkan keadaan buruk?

"Eyiq rindu mummy daddy. Eyiq rindu mummy dengan daddy sama sama" Eyiq memeluk leher Qawie era

"Eyiq, kan daddy dah pesan. Hubungan daddy dengan arwah mummy dah tak dapat diselamtkan walaupun tanpa ada mama Eyiq. Kecil tau hati mama Eyiq cakap macamtu" Tegur Qawie. Eyiq terdiam. Dia sedar ucapannya mampu mengguriskan hati Ameleeya

"Sorry daddy, Eyiq tak ada niat nak sakitkan hati mama. Eyiq sedih" Mata Eyiq jatuh. Ameleeya takde buat salah dengannya, Ameleeyalah yang menemani hari Eyiq dikala arwah Adeliya jauh dari dia. 

"Kita jumpa mama esok ye" Qawie mengusap kepala Eyiq sebelum diciumnya ubun ubun anaknya dan dia keluar dari bilik Eyiq. Qawie menghembuskan nafasnya. Dugaan betullah nak kahwin kali kedua ni. 

Qawie membuka bajunya dan melemparkan ke dalam bakul. Balkoni biliknya dituju. Tangannya mencari nombor Ameleeya. 

"Jawablah sayang" Kata Qawie dengan nada yang berharap. Dia tak sempat halang Ameleeya balik sebab anak dia masih lagi perlukan dia. 

Setelah beberapa kali dia mencuba untuk menghubungi Ameleeya akhirnya usahanya berhasil 

"Sayang, hear me ou-"

"Saya ke punca semuanya terjadi Qawie? Saya tak minta pun sampai jadi macamni Qawie. Sakit hati saya dengar semua tu dari Eyiq Qawie. Saya rasa saya ni pembawa nasib malang dengn orang je Qawie" Tangis Ameleeya. Matanya sudah bengkak kerana menangis sahaja. 

"Sayang. Eyiq tadi dia sedih sangat sangat sayang. Dia masih belum dapat terima kepergian mummy dia sayang. Esok kita jumpa ya" Pujuk Qawie perlahan. Air hujan yang terkena badannya segera dia membawa diri masuk ke dalam bilik. Dahlah sejuk 

"Saya malu Qawie. Kata kata dia sangat menusuk hati saya Qawie" Jujur Ameleeya. Hingusnya ditarik 

"Baby, kau tahukan takde yang dapat pisahkan kita kecuali maut. Amel, kau yang terakhir Amel. Tak ada lagi perempuan yang akan bertakhta di hati aku Amel. Cukup aku gagal dekat perkahwinan aku yang pertama dan aku tak akan ulangi kesilapan aku yang sama denkat perkahwinan kita lagi Amel." 

"Awak janji dengan saya Qawie. Jangan tinggalkan saya Qawie" 

"ye baby. Aku tak akan tinggalkan kau. I love you more than I love myself Amel" Ameleeya mengesat air matanya. 

"I love you so much Qawie" Balas Ameleeya dengan perlahan. 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

ADDEAN ©Where stories live. Discover now