︶꒦꒷22꒷꒦︶

289 20 11
                                    


Adeliya memandang Ameleeya dari atas sampai bawah. Tak kenal erti putus asa budak ni. Tahu dah Qawie tu suami aku , nak juga rampas. 

"Ameleeya! Buatkan aku bubur ayam" Jerit Adeliya

"Mummy! Eyiq ada class ni. Janganlah jerit" Tegur Eyiq. Dahlah Adeliya nak juga temankan Eyiq belajar online. Ameleeya terkejut. Sejak bila dia kena jaga mak buyung ni? Tanpa banyak kata Ameleeya hanya mengikut kata Adeliya. Kakak tiri. wah. Ada kakak tiri. Kakak tiruku isteri ex crushku? 

"Bubur tu untuk siapa Cik Ameleeya?" Soal Jemisha. DIa memang akan berada di rumah Qawie ketika waktu kerja. Kan dia manager Adeliya, dia kena jaga Adeliya juga. 

"Oh, ni untuk Puan Adeliya, dia nak bubur ayam" Ameleeya mengacau bubur yang sudah dia masukkan dalam periuk. 

"Adeliya? Sejak bila dia nak makan bubur ayam" Jemisha memandang pelik

"Kenapa? Makan bubur nanti mati ke?' Gurau Ameleeya.

"Sounds weird but Adeliya allergic ayam" Terus kepala Ameleeya berpusing ke kirinya. 

"Allergic? Ayam? Wow. Raree dan memang pelik" Kalau allergic kacang boleh diterima, ni ayam? Ayam sedap nok. 

"Kalau dia makan ayam, dia mati ke?" Curious juga nak tahu, kalau boleh nak hidangkan dia ayam sambal pedas, biar dia kepedasan lepastu mati. Tak ada lagi kakak tiri. Eh astghfirullah! Ameleeya, jangan jadi orang ketiga dan jangan jadi orang jahat ni. Nanti bunda tak mengaku anak nanti haaa

"Kenapa? Nak aku mati ke? Supaya kau dapat Qawie semula?" Jerkah Adeliya 

Woooo relax cik akak tiri. Terkejut anak dalam perut kau tu.

"Eh bukan. Tak baik suudzon Puan Adeliya. Nak tahu juga sebab kalau Puan Adeliya termakan ayam, saya nak buat apa. Haa macamtu. eh ni nak bubur ayam ni nak mati ke?" Memang keturunan Puan Wardah Ameleeya ni, mulut main lepas

"Kau memang dari dulu nak rampas hak aku ke?" Jemisha rasa nak tarik je rambut Adeliya ni. Kalau dah mengandung tu buat cara mengandung. Ni tak, nak cari gaduh dengan orang juga. 

"Camel, Eyiq haus. Boleh bancuhkan Eyiq horlick sejuk tak?" Soal Eyiq. 

"Eyiq dah habis class?" Adeliya mengusap kepala anaknya

"Belum. rehat ni. Mummy nak makan bubur ayam ke? Kalau tak untuk Eyiq je. Mummy kan ada allergic." 

"Ka Amel siapkan untuk Eyiq je" Balas Ameleeya. Bilalah Adeliya nak keluar dari dapur ni. Semak. Eh kau lupa ke ni rumah dia juga Ameleeya? 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

Qawie membaca semua butiran yang tertera dihadapannya. Adeliya dan Ameleeya adik beradik tiri. Woah woah. Sungguh dia tak sangka. 

"Bapa mertua kau nak ceraikan isteri kedua dia. Ibu Ameleeya tu. Kalau aku tak silap mereka dah filekan dan mungkin akan diteruskan hujung minggu ni" Neo menyirup minuman teh yang disediakan oleh Lucius. 

"Tu Ameleeya dah berhenti berkerja kan?" Soal Lucius

"haah. Dia dah berhenti hujung minggu ni. Eyiq tak nk dia berhenti sebenarnya tetapi aku pujuk Eyiq kata Ameleeya ada hidup dia tersendiri. Aku nampak budak tu masih ada masa depan yang lebih cerah" Hening. Mereka bertiga diam. 

"Wie ingat tak masa malam kau ambil keputusan untuk kahwin dengan Adeliya, Ameleeya dengan Adara ada juga" Neo memandang Qawie dan Lucius bergilir. Neo kenal Lucius dari Qawie. 

"Ye aku ingat masih. Amel tu setiap gerak aku kat sekolah dulu semua dia nak tahu. creepy juga dia dulu tu" Qawie menggelengkan kepalanya 

"Rupanya Luca kenal Adeliya dari kita sekolah lagi. Ni info yang aku dapat dari Ameleeya dengan Adara. Semalam aku terserempak dengan Adara, aku gali dalam dalam apa yang mereka tahu tentang Luca dengan Adeliya ni" 

"Pergh! Memang perempuan ni hebat eh dalam bidang ni" Lucius tergamam. 

"Bakat perempaun cok jangan kau pandang rendah kat diorang weh" 

"Jap jap asal Adara nak bagitau semua tu dekat kau eh?" Qawie memandang Neo dengan pandangan lain maciam ini anak. 

"Tah, manalah aku tahu" Telinga Neo terasa panas. Kenapa eh? 

"Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa" Luah Qawie. Jujur dia tak tahu nak buat apa. Nak confront Adeliya? Nak bincang tetapi macamana nak mulakan? Dia dan Adeliya tak pernah bertengkar. Selalunya dia je yang asyik mengalah, ikutkan sahaja apa Adeliya buat. 

"Aku cadangkan kau bincang masalah ni- aku tak tahu Qawie. Aku tahu kau tak dapat berkasar dengan perempuan tetapi jangan juga kau ikut je apa kata dia Qawie. Kau kena pertahankan hak kau sebagai seorang suami Qawie, aku perhatikan Adeliya tak pernah ikut cakap kau, semua kau yang ikut cakap dia je. Apa yang kau larang, dia buat tetapi kau tak marah. But in return, kau buat apa yang Adeliya larang tetapi dia? Dia marah kau kan? And kau yang mengalah kan" Jelas Lucius. 

Entah Qawie ni nampak sahaja tegas dan baran tetapi dengan isteri dia? Dia tunduk kat isteri dia. Kalau isteri dia juga mengalah itu boleh diterima tetapi haih susah gak masalah Qawie ni. 

"Aku kena juga buat Adeliya supaya jujur" Tekad Qawie. Nak tak nak dia terpaksa juga ingin kebenaran itu keluar dari Adeliya walaupun dia sudah tahu kebenarannya. 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

"Daddy, daddy. Camel betu betulke dah tak nak jaga Eyiq. Daddy pujuklah dia daddy" Rengek Eyiq yang berada di atas pangkuan Qawie

"Baby look. Camel berhenti sebab mummy dah ada. Dia pun mungkin ada future plan dia kan? However, we still can go see her anytime if she free. Ok?" Pujuk Qawie 

"Kenapa dia kena jaga Eyiq? Mummy kan ada kat sini. Mummy dapat jaga Eyiq" Adeliya menggosok kepala Eyiq

Eyiq diam. 

"Mummy! Ka Amel ada bagi Eyiq bandana. Jap eh Eyiq nak tengokkan mummy" Eyiq berlari tergedek gedek masuk ke dalam biliknya dan mengambil beberapa bandana. 

"Tadaaaaa" Adeliya mengambil satu bandana dari Eyiq. Matanya mengecil. Jantungnya berdegup kencang. EL. 

"entah entah dia beli ni Eyiq. Mummy pun pandai jahit. Mummy ada bagi daddy bandana juga. Kan sayang" Qawie senyum kelat. Kepala diangukkan. 

"Yeke? Eyiq tengok tau sendiri Ka Amel jahit. So you are wrong. Dia bukan belilah mummy" Eyiq membetulkan kata Adeliya. Apalah Adeliya ni, nak tipu semua orang ke apa. Kenapa tak jujur je? 

"Kenapa nak sangat menangkan budak Ameleeya tu ah Eyiq?! Setakat bandana macamni pun mummy boleh bagi lah!" Bandana yang ditangan Eyiq dicampak. 

"Adeliya!" 

"Mummy!" Air mata Eyiq bertakung. Dia tersinggung sebab Adeliya berkasar dengan dia. Selama ni Adeliya tak pernah pun marah marah Eyiq. Selama ni Adeliya berlembut dengan Eyiq. 

"You kenapa nak cari gaduh dengan Eyiq ni Adeliya? You- dahlah." Badan Eyiq diangkat. Bilik Eyiq dituju. 

"Kenapa mummy macamtu daddy?" Soal Eyiq. Air matanya masih lagi mengalir di pipi

"Mummy kan mengandung. Hormon tak stabil. Dah Eyiq tidur eh. Daddy love you" Dahi Eyiq dicium. 

"Eyiq love daddy too" Dahi Qawie pun dicium oleh Eyiq. Qawie menutup matanya. 

Entah apa akan jadi kepada keluarga dia lepas ni. Pintu Eyiq ditutup. 

" We need to talk. I mean serious fucking talk" Nada beku Qawie bergema di bilik mereka berdua. Entah kenapa Adeliya merasakan bakal ada sesuatu yang terjadi. Mungkin Qawie sudah tahu bahawa anak yang dikandungkan bukan anak Qawie. Mata Adeliya membesar. Peluh sudah keluar. Jantung berdebar kencang. 

❥ ‑‑‑‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑ ‑

-June 06, 2022. 6:24 PM

Edited

ADDEAN ©Where stories live. Discover now