Sinaran matahari yang menembusi di kamar Jessica membuat Jessica terbangun daripada tidur lenanya. Jessica mencapai telefon bimbitnya yang ada di kabinet sebelah katilnya.
"alamak dah lambat!!!!'
Jessica terus bangun daripada pembaringannya dan berlari menuju ke bilik air.
"abang kenapa tak kejut!"
Jessica yang sudah siap berpakaian tergesa-gesa memakai kasutnya.
"aku dah kejut tapi kau yang taknak bangun."
Abang Jessica hanya melihat gerak geri Jessica sahaja kemudian berlalu pergi ke dapur.
"Jess pergi dulu tau abang! bagitahu nanti dekat mama."
Jessica terus memecut laju kereta Axia merahnya. Akhirnya, dia selamat sampai ke universitinya. Jessica menghelakan nafas lega, dia berjalan mencari kelasnya dan asyik melihat sekeliling universiti yang dia akan tempati untuk beberapa sem kehadapan nanti. Pergerakan kaki Jessica terhenti apabila dia melalui gelanggang basketball. Disitu terlihat ramai orang terlebih lagi para wanita yang bersorak untuk pemain-pemain lelaki yang sedang bermain di gelanggang basketball itu. Dia memerhati daripada jauh sahaja bola yang selalu bertukar-tukar ke tangan pemain lain sehinggalah bola itu sampai ke tangan seorang pemain lelaki yang mempunyai wajah imut , tinggi dan berkulit sawo matang. Melihat lelaki itu membawa bola dengan lincah membuatkan para wanita disitu menjerit teruja. Dia melepasi semua halangan dihadapan dan membuat jaringan dengan bergaya. Jessica terpegun melihat lelaki itu tersenyum selepas membuat jaringan. Matanya tidak berkelip melihat senyuman manis lelaki itu tetapi lamunannya terhenti apabila buku yang dipegang jatuh daripada peganganya. Dia mengutip semula bukunya dan terus beredar daripada situ.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jam 3.00 petang..
Akhirnya Jessica sudah tamat kelasnya pada hari itu. Jessica berjalan ke keretanya sambil tangannya asyik meng-scroll instagram miliknya. Dia tidak menyedari ada orang dihadapannya sehingga dahinya terhentuk di badan orang tersebut.
"aww"
Jessica memegang dahinya. Jessica melihat orang dihadapannya. Dia terkejut melihat lelaki yang tadi dia lihat di gelangang basketball itu ada dihadapannya.
"maaf saya tak sengaja."
Jessica menunduk meminta maaf kemudian perlahan-lahan berlalu pergi daripada situ.
"hoi nak pergi mana?"
Suara lelaki itu berdering di telinga Jessica, suara dingin lelaki itu membuat dia ketakutan. Dia tidak menoleh dan tidak berhenti. Perasaan takutnya lebih menguasai dirinya terus dia berlari ke parking keretanya. Dia terus menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi daripada kawasan kolej ye.
" Adu Jess! kenapa kau banyak buat masalah harini Jess "
Jess berleter kepada dirinya sendiri di dalam kereta apabila mengingati kejadian yang ditimpa olehnya sebentar tadi . Sewaktu di lampu isyarat dia ingin membetulkan rambut nya di cermin kereta dengan secara tidak sengaja melihat pantulan kereta yang ada di belakangnya. Dia menoleh ke cermin pandang sisi kanan Dan melihat dengan saksama pemandu kereta itu. Dia terkejut apabila sudah melihat dengan jelas sosok pemandu kenderaan tersebut.
" Eh tuh bukan mamat tadi tuh ke ? Dia ikut aku ke ? Tak Tak munkin satu Jalan je kut .... Positive thinking Jess positive , eh tapi .... macam mana kalau dia memang ikut aku ???? padahal aku cuma langgar dia sikit je tanpa sengaja ... ''
Jess berbicara sendiri di dalam keretanya. Mula timbul dengan perasaan gelisah pada dirinya apabila mengingati kejadian yang berlaku antara dirinya Dan lelaki tersebut. Dia menekan tombol kunci kereta automatiknya agar pintu kereta nya semua terkunci supaya dia merasa selamat di dalam kereta , dan berakting seolah olah dia tidak melihat lelaki itu.
'' perempuan tuh kenapa ? macam tak betul je .... cakap sorang sorang.... gila ke apa ? ''
Ujar seorang lelaki yang dari tadi melihat gelagatnya dari belakang kereta Dan melihat semua gelagat wanita itu membuat dirinya bingung melihat tingkah laku wanita itu seperti orang yang tidak waras.
.
.
.
.
.
.
jam 6.00 petang
setibanya jess di apartmen rumahnya ia langsung masuk lalu menuju ke bilik nya untuk berehat kerana terlalu penat seharian ... dan memikir kan kejadian yang ditimpanya seharian ini. Ketika dia sedang asyik memikirkan kejadian yang tadi, secara tiba tiba bunyi lonceng yang ditekan menandakan ada orang dihadapan pintu apartmennya yang ia tinggal bersama keluarganya dan mendengar jejak langkah kaki itu masuk ke dalam rumah , dia ingin melihat siapa yang datang dalam masa yang sama dia juga takut dan perasaan ingin tahu ...
'' TINGTONGGG ''
bunyi lonceng pon berbunyi
'' eh ? bunyi lonceng ? siapa yang datang tak akan mama dengan abang tak bawak kunci ? eh bukan waktu aku dah balik mereka sudah ada kat rumah ke ? Cuma aku sorang sahaja akan balik paling lambat dalam rumah nih .. pelik betul nak tengok lah , eh tuh bukan ke mamat tadi ???? adu macam mana nih takkan dia kejar aku sampai rumah kut ... ehhh d..dua ?? weh kembar ke kenapa ada dua atau aku tersalah pandang ?
dua lelaki datang ke rumah nya untuk berjumpa dengan ibu jessica. Ibu Jessica tersenyum ramah menjemput dua lelaki yang datang berkunjung ke rumah nya itu.
'' hai aunty apa khabar ? aunty sihat ?? aunty ingat saya lagi tak ?
'' eh mestilah ingat Reygan monroe budak comel dan pemalu tuh kan heheh''

NAMA : Reygan monroe
UMUR : 23 tahun
COURSE : law
STATUS : single'' heheh aunty ingat rupanya.. fikir aunty tak ingat ''
eygan tersenyum malu setelah mendapat tahu bahwa mak Jessica itu masih mengingati diri nya.
"Makin hensem kamu berdua ni? Kamu berdua sihat?"
Reygan Dan Rey mengangguk sambil tersenyum Manis.
"Kamu berdua duduklah dulu okay."
"Jess!!!! Keluar ada tetamu ni!"
Ibu Jessica memanggil Jessica. Jessica yang memang berada di bilik terkejut mendengar panggilan ibunya.
"Ye ma! Kejap nanti Jess keluar "!!
Mendengar respon Jess, ibu Jessica hanya tersenyum lalu berlalu ke dapur. Jessica yang masih berada di bilik Hulur ke hilir sambil mengigit kukunya. Tangannya mengeletar ketakutan dan panik. Dia baru mengingati jika 2 lelaki yang datang ke apartment rumahnya itu merupakan jejaka yang dilihat di kampus sedang asyik bermain basketball.
bersambung ...
Hai readers semua! This is my first story that i make by myself. I hope u guys would like it! 💗 Enjoy!!
YOU ARE READING
RESTU YANG TIDAK BERPIHAK
RomanceCinta itu menyenangkan, Walaupun begitu cinta itu terkadang menyakitkan, Kau hadir memberi sinar dalam hidup ini, Kehadiranmu membuatkan aku sentiasa tersenyum, Ada halangan buat kita untuk bersama, Ini bukan salahmu, Takdir sudah tertulis buat kita...