Jessica memeluk erat tubuh jejaka itu dari belakang sambil mengeluarkan air mata, wanita itu cuba menahan sekuat munkin tapi apakan daya, beliau tidak sekuat yang orang fikirkan, wanita itu merasa sangat terpukul dengan kejadian yang dia alami pada hari ini, mana tidak nya lelaki yang dia percaya Dan dia sayangi selama hampir 1 tahun itu disangkanya baik rupanya bermain perempuan di belakang nya selama 3 bulan... Tapi lebih menyakitkan lagi hatinya ialah lelaki itu sudah berjanji pada hari jadi ke 20 wanita itu, jejaka itu akan membawanya berjalan di art museum itu ialah impian si gadis tetapi perjanjian itu musnah pada hari sebelum ulang tahun kelahiran wanita itu, Keluarga beliau pula tiada di sisi nya pada hari yang sangat penting baginya,
Bak kata sang pujangga sudah jatuh ditimpa tangga pula
Jejaka yang membawa dirinya menghirup udara di malam hari itu sedar bahwa wanita itu belum makan kerana fikiran nya bercelaru yang membuatkan wanita itu tidak mempunyai selera makan , jejaka itu berhenti di sebuah perhentian rnr
" jess.. jessica bangun kita dah sampai" ucap jejaka itu tetapi tiada sebarang balas respon dari wanita itu , jejaka itu cuba meleraikan pelukan wanita itu dan ternyata wanita itu sedang tidur
" kau nih nasib aku berhenti dekat sini kalau tak , aku tidak akan perasan bahwa kau sedang tidur" ucap jejaka itu di dalam hatinya
Jejaka itu menggerakkan sedikit tubuh wanita itu dan membuka helmet nya secara perlahan kerana tidak mahu mengejutkan si wanita yang sedang tidur itu tetapi pergerakan jejaka itu membuatkan diri nya terbangun dari tidurnya ...
" eh kita ada dekat mana" ucap jess
" kita ada dekat rnr, turun lah kita makan dulu sebelum balik , kau belum makan sehari nih isi perut dulu dan kita balik" ucap Rey
mendengarkan ucapan jejaka itu gadis itu lansung turun dari motor tersebut lalu mengemaskan rambut nya dan berkata
" kau ada tisu tak?"
" tisu? buat apa?" tanya rey
" kalau tiada takpe.. dah jum aku lapar" ajak jess
" order dulu nanti aku datang aku nak pergi beli barang sebentar"
Rey berlalu pergi meninggalkan Jessica sendiri di situ, jess tidak memperhatikan dimana Lelaki itu pergi, dia hanya mementingkan perut nya yang sedang lapar, dia tidak mempunyai selera makan melihat semua bahagian yang menghidang kan nasi tetapi pergerakan nya terhenti seketika di bahagian yang menjual sate, tanpa berfikir panjang wanita itu terus mengorder tanpa berfikir
" bang bagi saya 10 cucuk sate ayam, 10 cucuk sate daging"
" boleh habis ke adik? abang risau awak tak habis sebab sate daging Dan ayam nih besar isi dia kalau awak makan berdua abang confirm kan order" ucap si pelayan sate
Tidak sempat jess menjawab pertanyaan orang tersebut , seorang jejaka tiba tiba menyahut Dan menjawab pertanyaan pelayan tersebut
" maaf bang girlfriend saya dah lapar maklumlah tak makan sehari , kalau kurangkan cucuk sate tuh boleh ke bang" ucap Rey
" kurangkan untuk satu orang je ke makan?" tanya pelayan lagi
" tapi aku lapar weh , lama dah aku craving sate" ucap jess sambil menunjuk sate yang pelayan itu sedang panggang
" takpe bang, bagi je 10 cucuk sate ayam 10 cucuk sate daging , nanti dia makan dengan saya" ucap rey
Pelayan itu terus mengangguk menandakan dia bersetuju dengan rey tadi , pelayan itu berkata
" abang bawak girlfriend abang nih duduk dulu ye., nanti kami hantarkan ke meja abang dengan girlfriend abang"
Rey terus menggenggam tangan Jessica membawa nya mencari meja dan kerusi yang kosong buat mereka berdua , setelah mendapat tempat rey mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluar nya dan memberikan kepada jessica
YOU ARE READING
RESTU YANG TIDAK BERPIHAK
RomanceCinta itu menyenangkan, Walaupun begitu cinta itu terkadang menyakitkan, Kau hadir memberi sinar dalam hidup ini, Kehadiranmu membuatkan aku sentiasa tersenyum, Ada halangan buat kita untuk bersama, Ini bukan salahmu, Takdir sudah tertulis buat kita...