Sinaran cahaya matahari menyinari bilik rey di pagi itu , terlihat jejaka itu sedang menyiapkan diri nya untuk ke University, beliau mengenakan seluar panjang berwarna gelap , kemeja lengan panjang dan kot (blazer) berwarna gelap berserta tali leher
Di sisi lain terlihat Reygan sudah siap berpakaian dan ingin meninggalkan bilik nya lalu setiba nya dia di bilik abang nya itu dia berasa hairan kerana tidak pernah abang nya bertingkah sebegitu aneh di pantulan cermin almari itu
"ekhem.. dah kenapa? Tersengih sengih kat situ"
rey segera menoleh ke belakang selepas nama nya disebut " apa kau" dengan nada yang sangat dingin dia menjawab pertanyaan adek nya itu
" kau demam ke ? tak pernah pernah kau berpakaian segak kemas sebegini"
" oh " ucap rey dengan nada yang bersahaja
Rey mengambil beg galas nya yang berwarna hitam lalu menghampiri kembar nya dan berkata " dahlah aku nak gerak dulu nanti kang lambat" sambil menjentik dahi kembar nya itu lalu mengambil kunci kereta buggati nya itu lalu berlari terus menuju ke rumah jess
" TINGTONGG"
" selamat pagi sa.." Rey memberhentikan ucapan nya sejurus pintu rumah itu dibuka Dan memperlihatkan sosok wanita yang tidak lain tidak bukan ialah ibu kepada jessica
" morning rey"
" morning aunty"
" kenapa datang awal pagi nih, nak sarapan ke? kalau nak... ha masuk masuk.. aunty dah buat sarapan tuh terhidang kat atas meja.. Marilah" ucap Umairah sambil mengalukan alukan kedatangan jejaka itu
"eh takpe lah aunty.. saya tak biasa sarapan pagi nanti sakit perut hehe" balas rey sambil mengusap perutnya
" err jess ada aunty?"
" patut lah segak bergaya pagi nih, cari anak aunty rupanya... jess takde rey dia baru je Jalan tadi.. lambat dah katanya"
" oh ye ke takpelah kalau begitu saya pergi dulu ye aunty.." ucap rey lalu berlalu pergi meninggalkan wanita tersebut
rey yang tadi nya mengukirkan senyuman di wajahnya terus berubah menjadi muka masam dan menahan emosinya lalu pulang ke rumah nya menukar baju kepada outfit biasa yang ia pakai ketika membawa motor
Rey menukar kunci kereta nya kepada kunci motor R15Mnya itu dan keluar semula menuju me lift tanpa berkata sepatah pun
Rey menghidupkan motor nya dan berkata " aura kita ada kerja yang perlu dibuat pagi nih" lalu memakai helmet dan mengancing helmet nya itu ( safety first) dan memecutkan motor keluar dari kawasan apartment menuju ke kawasan University
Disisi lain terlihat jess berada di cafe sedang sibuk mengerjakan sesuatu di laptop nya..
" haiii awak Jessica kan"
" ye saya"
" oh.. my name is Sara Nice to meet you" sambil menghulurkan tangan nya
" Jessica.. Nice to meet you too" ucap jess lalu berjabat tangan dengan wanita tersebut
" can I sit here?"
" oh sure"
" kita satu team kan yang madam ima telah tentukan" balas Sara
" yup it is.. tapi bukan ke kita ada 3 orang.. awak kenal lagi sorang?"
" sorry I'm late guys" ucap sosok misteri yang entah muncul dari mana
" it's okey" balas jess sambil mengalukan sosok misteri itu untuk duduk bersebelahan dengan Sara tadi
" oh sorry.. I forgot.. My name is nazzira you can call me zira"
YOU ARE READING
RESTU YANG TIDAK BERPIHAK
RomanceCinta itu menyenangkan, Walaupun begitu cinta itu terkadang menyakitkan, Kau hadir memberi sinar dalam hidup ini, Kehadiranmu membuatkan aku sentiasa tersenyum, Ada halangan buat kita untuk bersama, Ini bukan salahmu, Takdir sudah tertulis buat kita...