Bab 1

1.1K 88 13
                                    

Angin sempoi meniup kuat ke arah seorang wanita yang sibuk melihat kayu dihadapannya itu. Di atas kayu itu ada sebiji limau kasturi warna hijau elok sahaja di atas kayu itu. Tidak bergerak walaupun seinci pun.

Lama wanita itu memandang. Kaki kananya diregangkan ke belakang dan kaki kirinya ke hadapan. Tangan kanannya yang memegang kemas pedang keris itu diacukan ke hadapan. Badannya teris bergerak dengan laju ke hadapan.

Pedang keris yang panjang itu, serta merta memotong buah limau kasturi itu hingga terbelah dua. Wanita itu tersenyum apabila melihat buat limau itu sudah dibelah dua. Tiba - tiba ada jejaka yang berumur lingkungan tiga puluh tahun muncul membawa pedang.

Bukan seorang tapi ada tiga orang. Hembusan nafas dari wanita itu dilepaskan dengan pelahan. Kaki hadapannya itu bergesek ke tanah bumi ke arah sisi. Kaki kanannya yang berada dibelakang tadi dibawa kehadapan laku dibengkokkan.

Tubuh badannya menjadi rendah. Matanya sudah menjadi helang memerhati tiga jejaka itu. Tiga jejaka itu terus menyerang ke arah wanita tersebut. Dengan pantas wanita itu menyerang balas tindakan tiga lelaki itu.

Tangannya laju memegang lengan salah satu jejaka itu lalu dipusing sehingga jejaka itu jatuh ke tanah. Salah seorang dari dua jejaka yang tinggal itu diserang oleh wanita itu secara laju. Badan jejaka itu diangkat oleh wanita itu lalu dicampak secara kebelakang.

Maka tinggallah satu jejaka.

Jejaka itu pandang dengan mata tajam manakala wanita itu pandang dengan penglihatan helang. Mereka berpusing sambil mengacukan keris dan pedang. Pusing secara pelahan lalu mereka bergerak dengan laju.

Pedang jejaka itu hampir terkena bahu wanita itu mujur wanita itu pantas menghalang menggunakan kerisnya. Pedang jejaka itu ditolak dengan kuat menggunakan kerisnya. Badan wanita itu laju cuba serang jejaka itu malangnya jejaka itu lebih laju.

Kain batik dipakai di pinggang wanita itu dipotong oleh jejaka itu dengan pantas. Mata wanita itu terbeliak melihat aksinya. Dia tak boleh duduk diam. Keris wanita itu dilambung ke atas secara spontan. Jejaka itu pelik melihat wanita itu.

Dia tidak peduli dengan aksinya itu, tangan jejaka itu cuba mencampai kain yang dililit dengan kemas. Dengan pantas tangan itu terus menyambar kain di muka wanita. Apabila ditarik mukanya separuh kelihatan.

Ada satu parut panjang dimata kananya. Apa yang menarik mata kananya bewarna kekuningan dan mata kirinya bewarna hitam. Cepat - cepat wanita itu menarik semula kain yang hampur jatuh lalu menyerlit di telinganya agar tidak jatuh.

Secara tiba - tiba wanita itu lompat dengan tinggi ambil keris yang berada di udara lalu dilemparkan keris yang nerada di atas itu ke arah lelaki itu. Keris itu terkena di kain samping lelaki itu menyebabkan jejaka itu jatuh ke tanah.

Wanita yang lompat tinggi tadi mendarat di atas kayu yang dia letakkan limau kasturi tadi. Dia cangkung melihat tiga manusia itu. Muka mereka tidak kelihatan kerana dilindung dengan kain batik.

"Siapakah kamu? Bagaimana kamu boleh berada di tempat latihan beta?" wanita yang dikenali sebagai Puteri Bunga Sari mula bertanya. Wanita itu adalah anak kedua dalam keluarga diraja di negara yang dinamakan sebagai Kerajaan Rajawali Merah.

Wanita itu sangat terkenal dengan gelaran dewi silat kerana hebat dalam seni pencak silat dan boleh bermain dengan keris seperti mainan. Mula memasukki dunia pencak silat ketika umur sebelas tahun.

Ibu bapa wanita itu sudah melarang tindakan anak perempuannya tapi kerana degil mereka terpaksa biarkan. Lelaki yang terbaring tadi mula bangun sambil menekan kepalanya yang sakit itu.

"Ampun Tuan Puteri, patik adalah orang yang dihantar oleh tuan raja. Tuanku mengarah kami untuk berlawan bersama Tuan Puteri, Ampun tuanku" dia menunduk ke arah Puteri Bunga Sari. Wanita itu meletakkan kerisnya dibelakang poket khas untuk meletakkan keris.

Puteri Bunga Sari membawa dirinya ke arah pondok yang meletakkan kuda kesayangannya. Tiga jejaka yang muncul tadi ikut sama jalan bersama Puteri Bunga Sari. Tangannya pelahan mengusap bulu kuda itu.

"Wahai Tuan Hamba.... Kamu mahu menunggang kuda kepunyaan beta?" lembut dia bertanya.

"Jika tuan puteri sudah benarkan, patik akan cuba menunggangnya" salah seorang jejaka mula membukak mulut. Puteri Bunga Sari memberikan laluan padanya dan jejaka itu mula naik kuda itu.

Dia mula menunggang kuda itu, semakin lama dia menunggang kuda itu semakin laju kuda itu belari. Membuatkan badan jejaka itu tidak stabil. Puteri Bunga Sari tersenyum sinis. Dia sudah tahu kuda itu bakal mencampak jejaka itu dengan kuat.

Dan tekaannya benar. Kuda itu campak jejaka itu sehingga dia berguling di tanah. "Wahai tuan hamba, bangun. Lagi kamu duduk sini lagi kuda itu mahu memijak kamu" Puteri Bunga Sari menghulur tangannya.

Jejaka itu menyambut hulurannya. Rambut pendek yang serupa lelaki itu ditiup diskat menggunakan tangannya ke belakang. Mukanya yang ditutup dengan kain dibukak. Terserlah satu kecantikkan di rupa wanita itu.

Mukanya mempunyai dua parut, satu dibibir dan satu di mata. Tapi parut itu tidak mencacatkan kecantikkannya yang asli itu. Wanita itu tersenyum manis pada lelaki itu. Puteri Bunga Sari berjalan bersama jejaka - jejaka itu.

Cantik sungguh wanita ini. Empat jejaka itu terpesona dengan kecantikannya. "Kamu semua mahu tahu sesuatu?" Puteri Bunga Sari membelai kepala kuda itu dengan lembut.

"Jika tuan puteri tidak keberatan untuk berkongsi maka kami akan mendengarnya" balasnya.

"Kuda milik beta ini, dia sangat istimewa. Kerana kuda ini tidak akan memberikan sesiapa menunggangnya selain diri beta. Sebab itu tuan hamba tadi dicampak olehnya, hihi" Puteri Bunga Sari terketawa kecil.

Seorang jejaka memandang keris yang berada di belakang Puteri Bunga Sari. Keris itu sangat cantik malah dihiasi dengan corak bunga dan disaluti emas tulen. Tidak pastilah jika khabar angin ini benar atau tidak... Mereka mengatakan keris Puteri Bunga Sari, bukanlah keris seberangan.

Keris itu hanya mampu dibukak oleh orang tertentu sahaja. Atau, Puteri Bunga Sari sendiri yang memebenar membukak keris itu, barulah boleh diguna. Unik dan misteri. Langkah Puteri Bunga Sari dilajukan apabila dia nampak jasad ayahnya.

Raja Dharma Angkasa.

"ampun tuanku..." empat lelaki itu menunduk menandakan hormat. Raja Dharma Angkasa tersenyum apabila dia dapat lihat tubuh badan puterinya itu. Rambut pendek Puteri Bunga Sari diusap lembut olehnya.

"Anakanda... Ayuh kita balik ke istana. Ayahanda ada banyak benda untuk bincang... Tidak mengapakan ayahanda menganggu masa lapang kamu?" Raja Dharma Angkasa memandang muka anaknya.

Pantas Puteri Bunga Sari mengeleng kepalanya. Kaki mereka berdua melangkah bersama memasuki kawasan istana yang dibina gah itu. Kawasan istana sangatlah cantik. Ia dihiasi dengan pohon - pohon hijau dan bunga yang sentiasa mekar.

Apabila langkah memasukki bagunan yang dinamakan Istana Rajawali Merah itu, benda pertama akan dilihat adalam gambar potret dia dan keluarganya. Almarhum Permaisuri Teja Baiduri ibu kepada Puteri Bunga Sari tersenyum mekar di gambar itu.

Dalam keluarganya, dia hanya ada seorang abang. Putera Asmara Andika. Lelaki itu sangat tinggi orangnya, lemah lembut dan hebat menunggang kuda. Kadang - kadang dia pun sangatlah cemburu dengan abangnya itu.

Dia hanya mampu menunggang kuda sambil membawa pedang atau keris manakala abangnya mampu membawa kuda seraya memegang busur panah atau berdiri di atas kuda dengan memegang busur panah.

Sudah beberapa kali dia cuba membuat aksi itu tapi hasilnya dia sentiasa jatuh. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk dia berputus asa. Dia akan cuba apa sahaja asalkan dia dapat membuat aksi itu seperti abangnya, Putera Asmara Andika.

Selasa, 14 april 2022

 Hikayat Dewi Silat √Where stories live. Discover now