"PUTERA PAWANA AGUNG!!!" Putera Pawana Agung dan Putera Asmara andika memusing kepalanya sejurus jeritan itu kedangaran. Muka panik Puteri Bunga Sari terserlah. Kuda yang ditunggang olehnya tidak dapat diberhentikan.
Maknanya... Dia perlu langgar dua manusia yang berada dihadapannya ini? Puteri Bunga Sari mengetap giginya dengan kuat seraya menarik tali yang dipusing kemas ditangannya itu. Busur yanv dipegangnya dicampak ketepi agar dirinya boleh disimbang dan lebih stabil.
Akibat terpaksa memberhentikan kuda itu secara mengejut, badan kuda itu mula cendong ke arah tepi lalu terseret di padang hijau itu. Inang Sofia dan dua manusia tersebut sudah terkejut melihat keadaan Puteri Bunga Sari.
"Wargh!! Puteri Bunga Sari!!" Inang Sofia turun dari kudanya dan belari ke arah Puteri Bunga Sari. Badannya telah dihempap oleh kuda. Gadis itu terkebil - kebil cuba bangun. "Inang Sofia... Tolong beta..." tangannya bergerak - gerak untuk mengeluarkan tubuhnya itu.
"Aduh adinda.... Maafkan kakanda... Ini semua salah kakanda kerana berdiri di tengah jalan" nadanya rasa bersalah pada Puteri Bunga Sari. Tangannya diangkat lalu melambai ke arah Putera Asmara Andika.
"Eh tidak mengapalah kakanda..." dia tersenyum selepas kuda yang menhempap badannya diangkat. Mukanya mengerut sedikit apabila terasa sesuatu yang pedih. "Puteri Bunga Sari kakimu cedera, biar beta tolong balutkan"
Putera Pawana Agung membukak kain sampingnya lalu membalut di lutut Puteri Bunga Sari. Berbahang mukanya apabila dia melihat tindakan jejaka itu. Tangannya cuba memberhentikan Putera Pawana Agung tapi dihalang sendiri oleh jejaka tersebut.
"Ini salah beta. Beta yang patut merawat kamu Putera Bunga Sari. Jangan menghalang beta dan biarkan beta merawat tuan puteri" ayatnya penuh gramatis diucap olehnya. Terkaku Puteri Bunga Sari. Dia sudah mati kutu untuk membalas kata - katanya.
"Baiklah..." itu sahaja jawapannya. Putera Pawana Agung berdiri apabila selesai merawat Puteri Bunga Sari. Inang Sofia membantunya untuk berjalan ke arah istana. Putera Pawana Agung memandangnya wanita itu berjalan.
Tiba - tiba kakinya terpaku lalu memusing ke belakang. "Terima kasih Putera Pawana Agung kerana merawat beta" senyuman manis terukir dibibirnya.
"Sama... Sama - sama kasih tuan puteri..." jawabnya pelahan.
Matanya pelahan dibukak. Dahinya mengerut kerana kepalanya sedikit berasa pening. Kakinya cuab dibengkokkan tetapi terasa sakit. Terbukak luas apabila terasa kesakitan itu terlalu kuat. Tangannya diusap pelahan ke lutut itu lalu memandang sekeliling.
"Aku beradu di sini?" pelahan dia bersuara. Puteri Bunga Sari mengusap matnya lalu cuba turun dari tempat dia beradu itu.
Buk!
Badannya terjatuh ke lantai dengan kuat. Serta - merta inang Sofia muncul apabila mendengar bunyi hentukan yang kuat itu. "Tuan puteri! Tuan puteri tidak apa apakah!?" dia bertanya seraya membantu Wanita itu duduk.
"Beta mahu bangun... Tapi beta silap langkah lalu beta terjatuh..." dia mengerut menahan kesakitan itu.
"Inang Sofia, kamu serahkan sahaja tugas itu pada patik" Tuan Awang Purnama muncul dengan muka bengisnya itu. Inang Sofia menunduk hormat lalu meninggalkan Tuan Awang Purnama bersama Puteri Bunga Sari.
"Tuan guru! Apa tuan guru buat disini?" Puteri Bunga Sari bertanya terkejut pada Tuan Pawana Agung. Lelaki itu diam tidak menjawab soalan itu. Lalu duduk di atas katil dan memandang wanita itu.
"Patik bukan lagi guru, Tuan puteri. Tidak perlulah memanggil patik dengan gelaran itu" tegurnya.
Puteri Bunga Sari mengetao gigi tidak puas hati. "Beta mengarah patik untuk berbicara mengapa kamu boleh berada di sini!" garang dia berkata.
Putera Pawana Agung tersenyum senget dihadapan Puteri Bunga Sari. Arahan itu tidak langsung membuatkan dia berasa takut. Malah dia buatkan hatinya keras seperti batu ini terasa geli hati. "Perangai tuan puteru tidak pernah berubah" dia ketawa kecil.
"A... Apa? Boleh kamu ingkar arahan beta? Kamu mahu beta murka dengan kamu?"
"Bukan dari dulu lagi tuan puteri sudah murka dengan patik hanya kerana patik menjentik dahi tuan puteri ketika dahulu lagi?" bidasnya. Tergumam terus dibuatnya. Macam mana lelaki ini boleh teringat hal dulu?
"Patik tidak mahu berperang mulut bersama tuan puteri. Patik berada di sini kerana mahu merawat tuan puteri" Tuan Pawana Agung memandang malas pada Puteri Bunga Sari. Semahunya dia tidak mahu jejak lagi di tanah istana ini.
Tapi kerana si Inang Sofia, dia terpaksa membawa kakinya menjejak semula di tanah istana ini.
"Tuan Awang Purnama! Ini Inang Sofia, Inang Puteri Bunga Sari... Aku perlukan bantuan kau!" dia merayu sehingga dia melutu dihadapan pintu. Tuan Awang Purnama yang berada di sebalik pintu itu, sudah naik malas dengan gadis yang tidak reti untuk mengalah.
"Aku tidak akan jejak semula ke tanah istana! Aku sudah nekad dengan diriku!" balasnya semula.
"Aku mohon Tuan Awang Purnama, engkau perlu membantu tuan puteri untuk merawatnya itu!" jawabnya semula dengan tangan sudah disatukan dengan muka penuh rayuan. "Aku tidak tahu tentang merawat! Aku bukan orang yang kau mahu Inang Sofia.
Pergi dari sini atau aku sendiri yang menarik engkau keluar dari kawasan rumah aku!" ugutnya. Inang Sofia mengetap giginya. "Aku sanggup duheret malah dibunuh oleh engkau Tuan Pawana Agung! Asalkan aku dapat membantu tuan puteri"
Tuan Awang Purnama menarik nafasnya lalu mendengus dengan kasar. "Kamu tidak perlulah menipu! Aku tahu engkau yang merawat tuan puteri ketika dia berumur sembilan belas tahan! Ketika itu dia sedang bermain dengan keris lalu keris itu menggores mukanya di bahagian mata dan mulutnya!"
"Dan engkaulah yang merawat, Tuan Awang Purnama. Engkau fikir aku tidak tahu tentang hal itu!?" dia tersenyum sinis. Tangannya menumbuk dinding rumahnya lalu berjalan masuk ke biliknya.
"Engkau tunggu disitu!" katanya. Inang Sofia melomoat teruja apabila Tuan Awang Purnama sudah menyerah kalah dengannya. Ingat dia ini tidak reti lawan seperti tuan puteri?
"Aku akan menghadap tuan puteri dengan tujuh syarat!"
"Adakah kau fikir engkau itu puteri gunung ledang?" bidasnya.
"Adakah engkau mahu aku berpatah balik semula dan membiarkan tuan puteri kesayangan engkau itu rasa gering sehingga engkau pun menangis hingga ke hari tua?" jawabnya dengan renungan tajam.
"Baiklah apa tujuh syarat itu?" dia memeluk tubuhnya dengan tidak puas hati.
"Baiklah, yang pertama engkau mestilah membiarkan aku bersama dengan tuan puteri tanpa ada askar yang sentiasa mengawas atau pun engkau berada di situ. Dan yang kedua engkau perlu bantu aku"
Keningnya diangkat. "Aku perlu bantu engkau? Apa yang aku perlu lakukan?" dia bertanya. Tuan Awang Purnama tersenyum senget. "Itu kau tidak perlu tahu buat masa ini. Dan syarat terakhir adalah..."
"Bukan kau kata tujuh syarat ke?" sampuk Inang Sofia. "Kalau aku buat tujuh syarat belum tentu lagi kau akan tunaikan semuanya, benar bukan?" dia tersenyum senget semula. Inang Sofia angguk seraya tersengih.
"Dan syarat terakhir adalah kau perlu bantu aku membuatkan Puteri Bunga Sari jatuh cinta denganku" ternganga mulut Inang Sofia. "Mustahil! Jika engkau mahu menjadi suami kepada tuan puteri engkau perlu ada darah diraja. Tapi engkau... Hanyalah hamba kepada keluarga diraja!"
"Inang sofia kau tidak tahu lagi tentang aku sepenuhnya. Engkau hanya beru tahu sedikit! Malah aku menyimpan seribu rahsia yang hanya aku seorang sahaja tahu" dia ketawa bongkak. Inang Sofia memandang malas.
"Ahh, aku tidak peduli! Engkau perlu bersiap sekarang kerana kita akan berangkat sebentar lagi" Tuan Pawana Agung angguk malas kemudian menutup pintu rumahnya dengan kuat. "Aduh dah tua - tua pun menggatal!" sindirnya.
"Aku dengar apa kau kata inang sofia!" terkunci terus mulut inang sofia pabila suara itu bergema di telingannya.
Selasa, 7 mei 2022
YOU ARE READING
Hikayat Dewi Silat √
Historical Fiction[Kekuatan ini umpama senjata yang mampu dimilikki sesiapa. Jika senjata yang hebat ini jatuh pada orang yang baik. Akan digunakan sejata itu untuk menyerang dan menumpas yang jahat. [Namun jika ia jatuh di tangan yang jahat. Akan digunakan untuk mem...