01 | break-up.

156 15 0
                                    

• segala kesalahan bahasa, mohon ditegur agar saya boleh membaiki cara penulisan saya dan sila juga menjaga tutur bahasa dalam ruangan komen, terima kasih.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Ketukan pintu yang kuat itu menganggu tidur gadis jelita yang bernama Deeya Ayesha. Dia bangkit daripada pembaringannya lalu menggosok matanya perlahan.

"Iya, abang Ameer?"

"Tak bangun lagi ke?" Soal Ameer cukup kuat. Pintu bilik adiknya itu diketuk kembali.

Ayesha menguap, "dah bangun dah!"

"Okey, pergi mandi, abang dah goreng nasi kat bawah. Cepat, nanti habis," ujar Ameer sekali nafas sebelum dia menapak turun tangga.

Ayesha buat sekian kalinya menggosok mata. Matanya dikelipkan beberapa kali. Rambutnya yang serabai tadi dibetulkan sebelum diikat malas. Telefonnya dicapai.

Perlahan senyuman terlakar diwajah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perlahan senyuman terlakar diwajah itu. Jam ditilik. Sudah hampir pukul 10 pagi. Pantas Ayesha berdiri lalu mencapai kain tuala yang digantung elok di pintu bilik mandi. Kemudian dia menapak masuk ke dalam bilik mandi.

Selesai sahaja membersihkan diri, kaki itu melangkah ke almari untuk memilih pakaian.

Beberapa minit kemudian, Ayesha menilik dirinya sendiri di dalam pantulan cermin. Dia hanya mengenakan baju tshirt hitam bersama cardigan ungu pastel berserta seluar slack hitam. Rambutnya diikat sanggul. Ayesha tersenyum puas. Beg silang berwarna cream diambil. Tidak lupa juga dengan telefon bimbitnya.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Ayesha menuruni tangga bersama senyuman yang lebar. Tidak sabar hendak bertemu kekasih hatinya. Umi yang perasan akan senyuman anak perempuan bongsunya itu turut tersenyum.

"Aih bahagia betul anak perempuan umi sorang ni. Tak sabar nak jumpa Fathi lah tu," ujar umi lembut dengan nada mengusik.

Makin melebar senyuman Ayesha. Gadis itu merapati meja makan. Matanya melihat abang sulungnya sedang menjamu selera. Nasi goreng abang Ameer tak pernah menghampakan!

"Nak buat apa jumpa Fathi?" Soal Ameer cukup tegas. Nasi goreng seterusnya disuakan ke dalam mulut. Ayesha membuat muka. Dia meletakkan beg silangnya di atas meja sebelum melabuhkan punggungnya diatas kerusi berhadapan Ameer.

"I'm just asking you, adik. Don't show me that face." Ameer berkata.

"Ayesha nak tanya abang Ameer sikitlah. Why lately ni abang Ameer dan abang Amsyar macam tak suka sangat bila Ayesha nak jumpa Fathi? Sebelum ni okey je. Siap nak hantarkan. Why? Fathi ada salah ke?"

beautiful chances.Where stories live. Discover now