• segala kesalahan bahasa, mohon ditegur agar saya boleh membaiki cara penulisan saya dan sila juga menjaga tutur bahasa dalam ruangan komen, terima kasih.
૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა
Aidan sedari tadi melangkah. Tangannya asyik menekan nombor adiknya. Tidak langsung Fariz mengangkat telefon. Lelaki itu mengeluh berat. Matanya meliar melihat sekeliling.
Sudah jauh dia jogging rupanya.
"Haus pula tekak aku ni menunggu kau angkat call aku," Monolog Aidan sendiri. Dia tergeleng-geleng kepalanya bersama helaan nafas berat. Kafe 'SisaRasa' menarik perhatiannya. Pintu kafe itu ditolak. Tempat duduk di sudut kafe bersebelah cermin kaca menjadi pilihannya.
"Welcome to SisaRasa cafe! Kami ada menu baru yang kini menjadi pilihan ramai, Dee's muffin. What would you like to order, sir?" Ujar pelayan itu ceria. Tablet ditangannya dibelek sebelum menatap wajah Aidan.
"Okay miss, I would like to try those muffins. And I also would love if you bring me a cup of cappuccino," Balas Aidan dengan senyuman nipisnya.
"One Dee's muffin and a cup of cappuccino please!" Laung pelayan itu lalu lantas pergi ke bahagian dapur.
Aidan mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya menekan kontak nombor adiknya. Tak berjawab. Sibuk gamaknya. Dia membuka galeri gambar. Menilik gambarnya bersama kekasihnya dahulu. Diusap gambar itu beberapa kali. Rindu.
"Mal, take over. I nak keluar kejap," Ujar seorang gadis mendatar. Akmal yang mendengar terus mendekati gadis itu. "Alright, Dee! Please take a good rest, okay!" Ujar Akmal agak kuat. Gadis itu hanya mengangguk dan terus menapak keluar daripada bahagian dapur.
Aidan yang sibuk memerhati orang sekeliling, terus matanya terhala pada seorang gadis yang baru sahaja menapak keluar daripada ruangan dapur. Macam kenal.
Dia terus bangkit dari tempatnya dan mengejar langkah gadis tersebut. Pelayan yang baru menghampirinya itu terkejut.
"Eh encik!" Laungan pelayan dihiraunya. Pelayan itu memandang dulang yang dipegangnya itu yang terdapat muffin's dan secawan air cappuccino.
૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა
"Ayesha! Deeya Ayesha!"
Langkah gadis itu terus terhenti tatkala mendengar namanya dipanggil. Dia berpaling lalu memandang kearah gerangan yang menyebut namanya. Dirinya terpaku. Ayesha terpaku apabila melihat Aidan yang tiba-tiba muncul dihadapannya.
Aidan tersenyum nipis, Ayesha masih tetap sama. Perasaannya pada gadis itu juga sama.
"A..aidan. Awak buat apa dekat sini?" Soal Ayesha cuba mengawal riak wajah terkejutnya. Tangannya yang berpeluh itu dilap dengan apron sebelum dia bertindak membuka apron yang dipakainya lalu melipatnya.
"How are you, gorgeous?"
Tatapan Ayesha yang jelas kosong itu menyedarkan Aidan. Dia tersasul. Bukan tersasul sebenarnya, dia merindukan gadis itu. "Maksud saya, Deeya. How are you?" Soal Aidan prihatin. Wajah cantik Ayesha ditatapnya lama. Dia rindu. Sangat rindu.
"Alhamdulillah, nampak sihat kan ni. Sihatlah maknanya," Balas Ayesha acuh tak acuh. Langsung dia tidak menatap Aidan yang setia menatapnya. Ayesha mengeluh kesal. "Cuba cakap nak apa. Saya tak ada masa untuk semua ini,"
YOU ARE READING
beautiful chances.
Romance﷽ Between the person you used to loves or the person who loves you, who you rather be with? | 2022