06 | speechless.

34 9 0
                                    

• segala kesalahan bahasa, mohon ditegur agar saya boleh membaiki cara penulisan saya dan sila juga menjaga tutur bahasa dalam ruangan komen, terima kasih.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Mekar senyuman Ayesha ketika ini. Mana tidaknya, hari yang ditunggu olehnya telah tiba. Hari ini merupakan hari bahawa dia akan dinner bersama keluarga Fariz. Dan dengan itu, dia juga berniat hendak memasak sesuatu untuk keluarga tersebut.

"I love you and me. Dancing in the moonlight, nobody can see. It just you and me tonight! I love you and me! Dancing in the moonlig-" lagu berjudul you and me oleh Jennie itu dinyanyikan oleh Ayesha dengan riang. Namun, nyanyiannya dipotong oleh satu suara garau.

"Amboi adik abang ni, gembira betul nampak?" Ujar Amsyar menapak masuk ke dapur, dia merapati adiknya yang sedang mengukus kek cawan.

Ayesha berpaling kearah suara tersebut lalu berkata, "Of course! Abang Amsyar pulak bila nak ada girlfriend? Sibuk dengan Jennie abang je," ujar Ayesha menjeling manja abang keduanya itu. Amsyar tertawa kecil.

"Biarlah. Tak patah hati sikit," balas Amsyar selamba.

Sekali lagi Ayesha menjeling. Eleh. Gedik. Beberapa kek cawan yang selesai dikukus itu dia keluarkan. Topping chocolate yang baru sahaja dia buat sebentar tadi dia ambil. Amsyar memerhati sambil berpeluk tubuh.

"Abang Amsyar ni tengok-tengok, takda kerja lain ke?" Soal Ayesha mula meletakkan topping chocolate itu diatas kek cawan tersebut. Dia mengambil sprinkles lalu dihiasnya kek cawan itu cantik-cantik.

"Takda," balas Amsyar selamba. Matanya kini tertarik dengan kek cawan itu. Nak satu. Tapi takut tangan dia kena cubit. Ayesha hanya menggeleng dan meneruskan kerjanya.

Setelah sekian lama menyepi, Amsyar kembali bersuara, "Aku nak satu, boleh?"

"No, no, no. Tak boleh, tak boleh," Ayesha mengerakkan jarinya ke kiri ke kanan tanda tidak boleh. Amsyar memandang adiknya itu dengan kerdipan mata.

"Bolehlah, kau tak kesian ke kat abang kau ni?"

"Tak,"

"Tapi satu je takkan tak boleh?"

"Tak boleh,"

"Pleaselah! Atleast aku boleh jadi tester, sedap ke tak kau punya cupcake ni. Betul tak? Dibuatnya ada orang kena keracunan makanan macam mana? Aku salahkan kau, tahu?" Ujar Amsyar menjongketkan beberapa kali keningnya. Ayesha menjeling abangnya itu.

"Eh! Apa tu?" Amsyar menunjuk belakang adiknya, buat-buat terkejut. Ayesha pelik lalu dia menoleh. Apa benda?

Dalam beberapa saat, dia berpaling semula. Abang keduanya itu sudah menapak keluar dapur. Ayesha menjongketkan bahunya. Matanya turun memandang kek cawan yang telah dia susun didalam sebuah bekas. Aik? Bukan dah ada 5 ke tadi? Kenapa-

"ABANG AMSYAR!!!!"

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Aidan membetulkan rambutnya untuk sekian kalinya. Dah cukup hensem ke ni? Nafasnya dihela.

beautiful chances.Where stories live. Discover now