02 | leave the past.

65 12 0
                                    

• segala kesalahan bahasa, mohon ditegur agar saya boleh membaiki cara penulisan saya dan sila juga menjaga tutur bahasa dalam ruangan komen, terima kasih.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

4 years later.

"Cepatlah, adik!" Laung Ameer sedikit kuat kepada adiknya yang sudah termengah-mengah di pertengahan laluan pejalan kaki. Dia yang sudah berada di hadapan hanya mampu menggeleng kepala sambil bercekak pinggang.

"Sabarlah! Adik.. adik dah penatlah, abang Ameer! Tak larat dah!" Ayesha berkata putus-putus dek pernafasannya yang belum stabil. Dia menundukkan badannya seraya memegang kedua-dua belah lututnya.

"Ni baru starting. Takkan dah penat?"

Membuntang mata Ayesha mendengarnya. B-baru starting? Sebatang tubuh sasa abang sulungnya yang tinggi lampai itu kini sudah berdiri didepan matanya. Ayesha menjuihkan bibirnya ke depan.

"Tak larat dah?"

Laju Ayesha menggeleng bersama tangannya yang ditunjukkan pangkah berkali-kali. Penat sangat dah ni! 5 pusingan dah! Rasa nak mati dah ni!

Ternaik hujung bibir Ameer melihat adiknya yang menggeleng tidak mahu. Peluh yang merinik di dahi serta leher Ayesha itu Ayesha lap menggunakan tuala kecil. Ameer bercangkung di hadapan adiknya yang sudah duduk bersila di atas rumput tepi laluan pejalan kaki.

"Satu pusingan lagi lah, adik. Genapkan bagi cukup 6, boleh?" Ameer sengaja tawar-menawar walaupun dia tahu jikalau Ayesha tidak mahu, memang takkan dilayannya.

"Nak balik..."

"Okey okey. Jom balik," putus Ameer ringkas. Sebelum dia berdiri, dia tolong mengelap peluh Ayesha di dahi penuh prihatin.

Ameer mengangkat sebelah keningnya ke atas apabila tiada langsung tanda bahawa adiknya ini bakal berdiri. Ni dah kenapa pulak tak nak bangun Tadi kata nak balik sangat. "Jom lah?"

Ayesha sengih sekali. Sengihan yang memaksudkan sesuatu.

"Abang Ameer, nak aiskrim boleh? Nak habis nyawa dah ni," Memuncung bibir Ayesha.

"Anything for you, adik ku yang busuk," Ujar Ameer mengenyit matanya. Pantas tangan Ayesha naik memukul bahu Ameer beberapa kali.

"Sedar diri tu sikit, abang Ameer pun busuk! Itu yang single!" Ayesha menjelirkan lidah sebelum berdiri dan melarikan diri.

"DEEYA AYESHA!" Mendengarkan itu, Ameer terus mengejar adiknya yang berlari. Tersenyum Ameer apabila pendengarannya disapa tawa adiknya. Harap-harap tiada lagi kesedihan yang menimpa Deeya Ayesha. Semoga adik kesayangannya ini bahagia dan terus menerus gembira.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Aidan yang sibuk menguruskan kertas kerjanya itu tiba-tiba rindu kepada ibunya yang tinggal di Malaysia. Dia kini bekerja di sebuah syarikat milik arwah atuknya, di U.K. Sudah setahun atuk pergi. Semua urusan syarikat kini Aidan yang uruskan. Siang malam tanpa rehat.

Telefon dicapai, nombor telefon ibunya ditekan.

"Assalamualaikum ibu,"

beautiful chances.Where stories live. Discover now