04 ; Flashback

88 16 2
                                    


Pagi Junkyu kali ini tersangatlah aman ditemani dengan suara khas kicauan burung- burung. Udara segar sedari tadi tidak berhenti- henti menyapa bahagian kulitnya yang tidak dilapisi kain. Nyaman dan segar.

Tujuan Junkyu pagi ini hanyalah ingin meluangkan waktu sendirian. Walaupun sebenarnya saat ini dia mempunyai kelas lakonan, tapi niatnya untuk ponteng tetap akan diteruskan.

Sejujurnya, Junkyu masih tidak tahu ingin melakukan apa saat ini. Sejak tadi, Junkyu hanya terus berjalan lurus kehadapan tanpa arah tujuan yang jelas.

Kakinya masih setia melangkah ke hadapan sambil sesekali melihat persekitarannya. Melihat beberapa pasangan yang sedang bergelak ketawa bersama membuatkan dia merasa sedikit iri.

Junkyu kan masih single.

Langkahnya semakin melebar menuju ke hadapan. Tetapi akhirnya dihentikan ketika matanya tidak sengaja menatap sesuatu dihadapannya dengan penuh minat.

Tanpa ragu, Junkyu terus memasuki tempat awam yang tak lainnya adalah sebuah panggung wayang.

Melihat ramai orang yang beratur membuatkan dirinya merasa sedikit malas. Tetapi kerana dirinya sudah pun terlanjur memasuki barisan, dengan terpaksanya Junkyu harus berdiri menunggu sehingga gilirannya tiba.

" Erm, 1 tiket untuk filem Money, please " ucapnya kepada sang penjaga kaunter.

" Ini bakinya. Terima kasih " duit baki daripada bayarannya itu diberikan kepada Junkyu tanpa lupa untuk memasang sebuah senyuman.

Junkyu pun membalas senyuman tersebut dan menganggukan kepalanya.

Tanpa melengahkan masa, Junkyu terus bergerak menuju ke bilik tayangan filemnya.

Satu demi satu nombor kerusi diperiksa dengan teliti sehingga akhirnya menemukan kedudukan kerusinya. Tidak terlalu atas, tidak terlalu bawah. Singkatnya, selesa.

Tepat di saat Junkyu mendudukkan punggungnya di kerusi, layar panggung terus dinyalakan. Filem pun bermula.

Walaupun pernah melihat filem ini sebelumnya, Junkyu masih menyukai dan fokus pada setiap scene di dalam filem tersebut. Apa yang paling disukainya adalah lakonan mereka yang mampu memberinya motivasi untuk menjadi pelakon yang bagus suatu hari nanti.

Sambil memandang layar, Junkyu sesekali memakan popcorn dan meminum minuman yang dibelinya tepat sebelum memasuki area bilik tayangan.

Matanya masih setia memerhati layar panggung.

Tetapi, secara tiba- tiba Junkyu merasakan dirinya seperti diperhatikan oleh seseorang. Entah itu hanya perasaanya atau bukan, Junkyu pun memutuskan untuk tidak memperdulikannya.

Minit demi minit pun berlalu, perasaanya masih lagi mengatakan bahawa dirinya masih diperhati oleh seseorang.

Kerana dirinya mula merasa curiga, Junkyu pun mengedarkan pandangannya ke seluruh kawasan bilik tersebut. Dan saat Junkyu memalingkan wajahnya ke arah kirinya, Junkyu melihat seorang gadis sedang memandangnya dengan tatapan yang sulit diertikan.

Ketika sedar bahawa dirinya telah pun ditangkap basah memandangi Junkyu, gadis itu pun mengalihkan pandangannya ke arah layar skrin.

Tidak menyedari bahawa tindakannya itu mengundang tawa kecil dari seorang Kim Junkyu.

Tidak menyedari bahawa tindakannya itu mengundang tawa kecil dari seorang Kim Junkyu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Love ; Kim JunkyuWhere stories live. Discover now