12 ; Love

68 12 11
                                    


Hari ini merupakan sesi pengambaran yang pertama kali untuk projek filem mereka. Semuanya berjalan dengan lancar― setakat ini.

Sejak pagi lagi, Yeri sudah pun teruja untuk melalui hari ini. Entah kenapa, perasaannya benar- benar bagus.

" Yeri. " panggil Yuna.

" Iya? Kenapa? "

Yuna pun menyerahkan skrip filem tersebut kepada Yeri. " Ni, skrip ni ambik. Macam mana kau nak guide shooting ni kalau tak tengok skrip?! "

Yeri hanya tertawa hambar. " Hehe, terima kasih. "

" Hmm "

Yuna pun pergi meninggalkan Yeri yang sedang sibuk mengatur set pengambaran itu.

" Yeri ! " suara milik Junkyu menyapa indera pendengarannya.

" Eh, Junkyu! "

Yeri pun berjalan mendekat ke arahnya.

" Bila sampai? "

" Hmm, baru je sampai. So, sekarang ni, kita nak shoot scene yang mana satu? "

" Okey, sekarang ni, kita akan shoot scene yang awak akan berlari tu. Jadi, sekejap lagi, awak kena berlari daripada sini sampai ke hujung sana. Boleh kan? "

Junkyu menganggukkan kepalanya.
" Ouh, okey. Boleh. "

" Okey, terima kasih, Junkyu. "

" No problem, lah. " Junkyu menepuk perlahan bahu Yeri sebelum gadis itu pergi berjalan ke arah sang juru kamera.

Tap, tap

Bunyi langkah kakinya terdengar membuatkan beberapa orang dihadapan sana menyapanya.

" Haaa, pengarah. " kepala Yeri menoleh ke arah Donghyuk yang berada di belakangnya.

" Oh, ya ketua! "

Donghyuk pun berjalan ke arah Yeri.

" Ini, semua ni akan jadi pelakon tambahan untuk scene ni. Btw, ni semua junior- junior kamu. "

Yeri pun menundukkan badannya ke arah mereka. " Anyeonghaseyo. "

" Anyeonghaseyo, sunbae. Hwaiting! "

" Hmm, hwaiting! " Yeri pun tersenyum ke arah mereka.

Seketika, dirinya tersedar bahawa dia telah pun melupakan tujuan asalnya. Eh, kan tadi aku nak pergi dekat Chani sunbae. Aigoo Yeri. Pabo.

" Chani sunbae!! " jeritnya kuat mengalihkan perhatian yang di hadapan sana.

" Sunbae okey tak? Boleh pegang ke kamera tu? " tanya Yeri khawatir.

Jika dilihat- lihat, tangan Chani memanglah kuat. Tetapi, Yeri hanya risau jika kamera itu terjatuh dan pecah. Kan mahal kamera tu.

" Ish, kamu ni. Jangan risaulah. Sunbae okey je ni. Takpe. "

Sebuah senyuman indah terpancar di wajah Chani seperti ingin meyakinkan bahawa dia sedang baik- baik sahaja.

" Erm, iyalah. Tapi, kalau tak boleh, bagitahu saya tau! Saya risau ni. "

" Iya, iya. Dah pergi cepat. Nanti silap- silap kita semua balik lambat nanti. Dah, pergi sana. "

" Ck, iyalah. "

Yeri pun terus pergi melangkah ke arah posisinya di hadapan kaca television, tempat dimana pengarahan filem tersebut akan bermula.

Punggungnya di jatuhkan di atas kerusi. Merasa semua orang telah sedia, Yeri pun memulakan acara shooting tersebut.

Love ; Kim JunkyuWhere stories live. Discover now