Setelah satu minggu berlalu, Junkyu akhirnya akan kembali bertemu dengan Yeri semula.Mereka berdua telah pun bersetuju untuk bertemu di syarikat Yeri bekerja yang tidak lain dan tidak bukan ialah syarikat lama Junkyu bekerja.
Hah, bila di fikirkan kembali, banyak memori indah yang tercipta semasa dia mula bekerja di sana dahulu. Salah satunya memori ketika dia mula berjumpa dan berkenalan dengan Yeri, junior kesayangannya, dahulu.
Flashback on―
Junkyu saat ini baru sahaja melangkah keluar dari bilik sang ketua. Wajahnya sedikit memerah bukan kerana malu, tetapi kerana emosi yang sedikit menguasai tubuhnya.
Kata- kata sang ketua tadi mulai berputar di fikirannya seperti radio rosak.
" Kau, kalau nak lulus, jangan sampai menyusahkan orang! Kau ingat, dengan cara kau menipu macam ni, kau akan berjaya? Hah?! "
Suara bentakan sang ketua memenuhi kawasan bilik tersebut.
" Tapi, kan saya dah kata saya tak tipu. Berapa kali lagi saya nak jelaskan? Saya tak palsukan pun rekod ujian bulanan tu! Kenapa susah sangat ketua nak percaya?! " balas Junkyu sedikit emosi.
Sudah berkali- kali dia mengatakan bahawa dia tidak bersalah. Dia langsung tidak memalsukan rekod ujian bulanannya. Bahkan, dia juga telah membuktikan bahawa orang lain yang telah memalsukan rekod miliknya.
" Tak payah nak bagi alasan. Tak buatlah konon. Kau ingat aku nak percaya dengan penipu macam kau? Hmm? Sedar diri sikit, kau tu miskin. Dapat masuk syarikat ni pun, sebab rupa kau je! Sedarlah diri sikit, Junkyu!! "
Huhh, mengingatnya kembali benar- benar membuatkan emosi Junkyu ingin meledak.
" Aku dapat masuk syarikat tu sebab rupa aku je? Heh, memang tak lah, gila! Jelas- jelas aku dapat masuk sini sebab bakat lakonan aku. Nampak sangat kau cemburu sebab aku ni handsome kan? " keluh Junkyu sambil berjalan di kawasan koridor tingkat itu.
" Lepastu apa dia kata? Miskin? Bapak kurang ajar manusia tu! Aku cili mulut tu nant― "
Brakk
" Eh, sunbae. M-maaf, s-saya t-tak sengaja t-terlanggar sunbae. Maaf sangat- sangat, s-sunbae. "
Ya, kata- kata Junkyu terhenti disebabkan salah seorang juniornya terlanggar dirinya secara tak sengaja.
Kalau diikutkan hati, memang ingin marah. Tapi entah kenapa ketika melihat wajah gadis itu, Junkyu dapat melupakan amarahnya dalam waktu yang singkat.
Jika dilihat- lihat semula, wajah junior di hadapannya ini seperti sangat familior di matanya. Aku pernah jumpa budak ni, ke?
" Nama siapa? " tanyanya secara direct.
Dapat dilihat wajah sang junior benar- benar kelihatan cuak dan ketakutan.
" S-saya Yeri, Lee Yeri. K-kenapa, sunbae? "
Lihatlah, dari cara percakapannya sahaja sudah menunjukkan bahawa dia sedang gugup. Comel.
" Haha, tak ada apalah. Saje je tanya. Hmm, tak apa. Nasiblah kau langgar aku, membaik sikit mood aku hari ni. Sebab dapat tengok muka comel kau. " ucap Junkyu sedikit memperlahankan suaranya ketika di akhir kata.
" Sekali lagi, saya mintak maaf sunbae-nim. Saya pergi dulu. "
" Hmm, elok- elok jalan. Jangan sampai terlanggar orang lain lagi, Yeri! Bye! "
Flashback off―
Hah, mengingatnya kembali membuatkan Junkyu tertawa berkali- kali. Siapa sangka? Hanya disebabkan sebuah kemalangan kecil, mereka berdua dapat mencipta banyak kenangan indah bersama- sama.
YOU ARE READING
Love ; Kim Junkyu
Fanfiction/lʌv/ -an intense feeling of deep affection [ romance, industry world ] Dia, seseorang yang telah meninggalkan Junkyu ketika sedang jatuh dahulu. Dan kini, dia datang semula ketika kerjaya Junkyu sudah naik menjulang? Kenapa, sekarang? " Kenapa na...