" Macam yang saya katakan tadi, pengambaran filem ini akan bermula pada tarikh sekian, sekian. Dan saya harap awak dapat hafalkan skrip sebelum tarikh kita berjumpa, ya? "" ―jadi, kita akan berjumpa semula dengan semua staf dan juga pelakon lain yang terlibat lusa. Terima kasih atas kerjasama anda, Junkyu-ssi. "
Sang lawan bicara hanya menganggukkan kepalanya faham.
" Baiklah, itu sahaja yang saya nak sampaikan. Awak boleh balik dahulu, Kim Junkyu-ssi. Jumpa lusa nanti " Ujar Yeri ceria.
" Hmm, jumpa nanti. "
Junkyu pun berjalan ke arah pintu. Ketika ingin melangkah keluar, Junkyu membalikkan badannya ke arah gadis itu. Memandang Yeri yang sedang mengemas barang- barangnya di hujung sana.
" Yeri-ah "
Yeri pun menolehkan wajahnya mengahadap ke arah Junkyu dengan tatapan bingung. " Iya? "
" Nak tak saya belanja ayam goreng? "
Ucapan Junkyu itu tadi benar- benar dejavu. Membuatkan mereka berdua kembali teringat memori lama.
Saat ini, Junkyu dan Yeri sedang meluangkan masa bersama. Hampir seminggu mereka tidak berjumpa kerana masing- masing sedang sibuk dengan pekerjaan mereka." Yeri, macam mana dengan projek awak tu? Lulus tak? " tanya Junkyu tanpa melepaskan pandangan kepada kekasihnya itu.
" Hmm, gagal lagi. Ssaem tu, asik gagalkan projek saya je. Tapi bila Yuna, lulus pulak dia. Heishh "
Junkyu hanya ketawa menahan geram. Geram disebabkan melihat wajah comel kekasihnya ketika sedang marah seperti itu.
Perlahan tangannya terhulur untuk membelai(?) rambut Yeri. " Tak apalah, yang penting awak dah cuba yang terbaik. Lepas ni, kalau tak tahu apa- apa, tanya je saya, okey? "
" Hmm, Okey. "
Tangan Junkyu kembali menepuk- nepuk belakang Yeri cuba untuk menenangkannya. Dan caranya berhasil, Yeri merasa sedikit lega ketika kekasihnya berbuat demi kian.
" Junkyu. Tak apa. Tak payah nak tenangkan saya pun. Saya dah okey. Lagipun, setiap manusia pasti akan ada titik kegagalan kan? Awak dah ada dengan saya pun saya dah bersyukur, Junkyu " ucapnya tulus.
Junkyu secara spontan terus menghentikan usapannya. " Oh, sorry kalau awak tak selesa. "
" Eh, mana ada. Saya suka lah awak buat macam tu. Saya, cuma malu je bila awak buat macam tu. "
Sekali lagi Junkyu tersenyum menahan geramnya. Bila dilihat- lihat, kekasihnya ini semakin la semakin cantik sahaja. Macam manalah dia tidak bertambah sayang?
" Haha, ada- ada jelah awak ni. "
" Btw, nak tak saya belanja ayam goreng? Hmm? "
Yeri terus menghentikan acara jalannya. " Ayam goreng?! Betul ni? "
YOU ARE READING
Love ; Kim Junkyu
Fanfiction/lʌv/ -an intense feeling of deep affection [ romance, industry world ] Dia, seseorang yang telah meninggalkan Junkyu ketika sedang jatuh dahulu. Dan kini, dia datang semula ketika kerjaya Junkyu sudah naik menjulang? Kenapa, sekarang? " Kenapa na...