Kelihatan Afsheen yang duduk sendiri bawah pondok itu, Emran tersenyum. Kakinya melangkah menuju kearah Afsheen.
Berkerut habis dahi Afsheen. Tangan kanannya memegang pen, tangan kiri menyemak kertas lain. Busy betul. Keadaan sekeliling diendahkannya.
"Hii." Emran menyapa berserta dengan menghentak meja membuatkan kedua-dua belah bahu Afsheen terangkat. Nasib dia tak melatah. Tangan Afsheen naik ke dada. Terkejut semestinya. Emran yang mengambil tempat disisinya dijeling tajam. Saja je cari gaduh petang-petang ni.
"Maaf.. maaf. Buat apa tu?" Afsheen berhenti menulis dan berpaling seketika sebelum terus sibukkan diri. Acah-acah sibuk ke betul-betul sibuk?
"Tengah jual ikan." dia membalas pertanyaan Emran tanpa memandang wajah Emran.
"Okayy. Dia loyar buruk." Emran ketawa kecil. Setelah lama Afsheen diam, Emran mengintai-intai kertas yang bertimbul dimeja bawah pondok itu.
"Independent Program?" mahu terbuntang mata Emran membaca tulisan kertas yang dipegangnya. Tak percaya? Adalah sikit.
"Awak masuk Independent Program? Sama team dengan Liyana?" Afsheen ragu-ragu angguk. Masih terkejut bila Emran tiba-tiba menjerit. Boleh trauma dia dengar Emran menjerit. Kuat dan.. keras.
"And your name is Afsheen Zuh.." belum pun Emran mahu merungkaikan tanda tanya dikepalanya, Afsheen merampas kertas ditangan Emran. Privacy. Afsheen menjeling Emran tajam lagi. Tanda tak suka.
"Nama panjang dia Afsheen Zuhailin bint.." entah datang pluto mana minah ni, belum pun Afsheen buat apa-apa hanya jeling dia. Terus Haffsa berhenti membocorkan namanya dan tersengih tak bersalah.
"Dah, jom lah balik." terus Afsheen kemas-kemas kertasnya yang berselerak atas meja batu itu disumbat ke dalam beg. Lalu menarik tangan Haffsa. Meninggalkan Emran yang terpinga-pinga. Tidak lama selepas itu, Emran tersenyum sendiri. Sebelum dia pun meninggalkan pondok itu sambil bersiul kecil tanda senang.
૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა
"Tak, aku rasa nak makan jambu." Haffsa membantah.
"Nope, roti hotdog lagi sedap." Nawar tak nak kalah.
"Apa yang sedap?! Kadang lebih sos, kadang sos pun tak ada. Huh!" Haffsa membuat gaya bagai melibas rambutnya. Afsheen hanya menggeleng-geleng dengan telatah kawan-kawannya. Kaki mereka semua menuju kearah kantin sekolah.
"Hey, girls." Emran and the gangs yang mahu ke tandas membatalkan niatnya. Menegur Afsheen dan teman sekelasnya. Haffsa seperti dipanah cinta bila memandang Qash, kawan Emran a.k.a crushnya itu. Aduh, yang ini sorang. Masalah sikit.
"Nak pergi kantin ke?" Emran bertanya bila yang lain hanya diam, memandang Afsheen.
"Tak lah, nak pergi cari marka." belum sempat Haffsa membuka mulut, Afsheen memintas. Mata Afsheen tidak pada wajah Emran yang sedang menatapnya tapi memandang jauh ke depan. Bosan! Emran dan kawan-kawan dia yang lain gelakkan jawapan Afsheen. Haffsa dan Nawar pula gelak yang jelas dibuat-buat sambil memukul-mukul lengan Afsheen atau isyarat pada Afsheen.. 'Kau pahal loyar buruk tetiba.' Namun Afsheen buat endah tak endah saja.
"Buat apa cari marka jauh-jauh, kalau depan mata dah ada. Haha.." salah seorang dari kumpulan Emran tadi memberi balasan. YAKK, PERVERT!
Afsheen terus jalan meninggalkan semua disitu. Malas. Layan. Sekarang seleranya hilang entah kemana.
༺♡༻
Afsheen terjenguk-jenguk dari meja perpustakaan ke pintu masuk perpustakaan. Si orang yang ditunggu-tunggu, tak muncul pun. Kalau tak dipinta ada je dia tapi bila buat temujanji.. hmm. Anak rambut pun tak nampak.
"Hey, girl. Sorry lambat." Emran meletakkan begnya di kerusi sebelah disisinya. Afsheen memberi ruang untuk Emran bernafas. Tercungap-cungap nafasnya. Macam baru kena kejar dengan hantu.
"Abang Em, lambat 25 minit yang bersamaan 1500.000 saat, tahu." Afsheen buat-buat sibuk dengan kerjanya. Marah ye bukan merajuk.
"Ye ke?" Abang Em buat-buat blur. Ada juga yang tembus dengan pen ni.
"Come on, straight to the point. Okay, pasal Independent Program tu. Abang Em kena.."
Alkisahnya Abang Em nak tolong Afsheen pasal kerja-kerja Independet Program ni, memandangkan Kak Liya sibuk. Takkan Abang Em tak study? Setiap kali Afsheen tanya Abang Em hanya jawab. 'Entah..' terus tukar topik. It's a bit annoying. Afsheen hanya abaikan, anggaplah Abang Em study dekat rumah. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban dibahunya. Afsheen masih baru pasal program-program ni jadi agak blur tapi mudah untuk faham.
༺♡༻
"Wehh.. wehh.. Sheen, kau dengar tak gosip kebelakangan ni?" Afsheen yang baru masuk dari kelas, dahi berkerut memandang Nawar pula. Okay, kalau Haffsa yang jenis sibuk pasal gosip dia tak pelik. Tapi Nawar? Seems weird.
Afsheen memandang Nawar lama menunggu dia sambung cerita. Teruja? Sikitlah sebab dari mulut Nawar Hana kan. Afsheen mengangkat kedua-dua belah keningnya. Curious, ofcourse.
"Ramai buat teori pasal hubungan kau dengan Abang Em."
YOU ARE READING
The Unseen Guardian.
Short StoryAfsheen Zuhailin x Aysh Amin SiNoPsiS~ Seorang gadis yang tak pernah terfikir tentang lelaki. Tapi bila hadirnya si dia, lain jadinya.. hilang tanpa jejak selama 11 tahun. Muncul dengan berita tak logik. Apa kejadahnya. "By the way, aku Aysh. Aysh...