Chapter 9th / Takdir?

43 11 1
                                    


"Mula umur 17 tahun aku kenal uncle. Masa tu aku duduk dekat sekolah lama kau tapi sebenarnya tu sekolah lama aku juga. Sebab tu aku meng-stalk dekat situ. Cari awek cun" bahu Aysh jadi mangsa. Jelingan maut Afsheen mengubah mood Aysh balik. Main-main lagi.

"Uncle tegur aku.."

"Dik, kenapa tak masuk sekolah? Ponteng ehh?" jam ditangan menunjukkan 8.26 pagi.

"Ehh.. ehh.. Tak, uncle. Ermm, saya.." Aysh hilang kata-kata.

"Tak ada lah, uncle gurau je." Uncle Athar ketawa. Aysh menggaru kepalanya kepelikan.

"Aysh Amin." lama mereka diam Aysh memperkenalkan diri. Macam pelik tapi ada dia kesah? Dia suka nama tu. Aysh Amin.. Kehidupan Yang Amanah. Very meaningful.

"Ohh, uncle Athar Mustaqim." mereka bersalaman sebelum kembali memandang ke dalam sekolah. Padahal tiada sesiapa kecuali budak-budak lalu lalang nak ke tandas atau mahu ke destinasi tertentu.

"Aysh ada kerja?"

"Uncle baik.." Aysh memotong cerita. Afsheen jeling tajam.

"Cepat.. cepat. Sambung."


Aysh hanya menggeleng. Bagi menjawab pertanyaannya. Wajah Uncle Athar berkerut.

Aysh langsung tak ada gaya 17 tahun. Macam laki orang pun ada. Tinggi dan agak sado. Kerja kuat dari kecil lagi kan.

"Maksud Aysh.. ada tapi kerja sambilan. Susah nak cari kerja tetap kalau masih bawah umur dan tak ada pendidikan ni." Aysh gelak ikhlas. Dia dah redha. Siapa suruh lari dari rumah anak-anak yatim tu. Nak pergi balik? Tak mungkin. Ego tinggi mengalah KLCC. Just follow the flow.

"Bawah umur? Tak berpendidikan?"

"Aysh baru 17 tahun, uncle." Aysh tidak terkejut dengan reaksi Uncle Athar. Dah ramai tak percaya.

"Tahun ni SPM?" dahi Uncle Athar lagi berkerut. Aysh tersenyum. Tak perlu simpati. Dah bertahun dia lalui.

"Uncle ada kerja untuk Aysh. Dalam masa yang sama dalami ilmu juga." kini dahi Aysh pula berkerut.

"Lepas itu, uncle suruh aku jadi bodyguard kacak kau dan belajar dalam masa yang sama. Jaga kau, belajar, jaga kau, belajar, jaga kau, belajar." Aysh menggerak-gerakkan tangannya. Menjadikan ia alunan lagu.

"And then?" mata Afsheen mula berkaca disapu.

"Aku berjaya. Atas budi baik uncle. Aku boleh sampai ke tahap ni. Suatu hari nanti, aku akan balas budi uncle." Aysh tersenyum. Memaksudkannya.

"Papa ada cakap kenapa kau kena jaga aku?" Aysh menjamah makanan yang dihantar pelayan baru tadi sebelum menjawab.

"Ada. Dia risau kau dengan Emran. Lepastu dia cakap dia selalu tak sedap hati. Kalau-kalau lah masa tu dia meninggal. Dia suruh aku kahwin dengan kau." Afsheen terlopong. Aysh angkat bahu. Dia tak tipu. Papa!! Afsheen meraup mukanya.

"Dan kau setuju macam tu je?" dadanya berdebar entah kenapa.

"Masa tu berfikir dalam dua juga. Sebab kena kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Berhingus lagi tu." Afsheen menyepak kaki Aysh dibawah meja. Mengaduh dia kesakitan. Siapa suruh cari pasal.

"Uncle cakap kalau. Ia belum tentu terjadi. Aku terima dan masa tu aku terima tawaran jadi bodyguard kau sebab duit." Afsheen tersentak. Suara Aysh bagai bertukar rentak.

"But I already know you, junior. Pasal duit dah terbang. I just want to take care of you for the rest of my life." Afsheen teguk air liur. Afsheen gelak yang jelas dibuat-buat. Awkwark.

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

Stok yang baru sampai disusun satu-satu. Hari masih awal, kalau nak tunggu pekerja dia sampai mahu lambat lagi sebab sekarang waktu pejabat lambat lagi.

Di tanda semua dan di ulang kali memastikan agar tiada yang tertinggal. Dilabelkan kotak mengikut isinya, mudah mahu dicari atau dicari kembali.

Telefon Afsheen berdering, tiba-tiba. Mujurlah volume tidak terlalu kuat. Kalau tidak mahu melatah dia dekat sini.

Lagu Atapu by Eabidak berdering tidak henti, sebelum Afsheen mengapai telefon bimbitnya.

sugar daddy calling.. 
Papa?

"Hello, assalamualaikum pa." suara papa menyahut tapi hanya sayup-sayup kedengaran.

"Afsheen, balik cepat sayang.. papa tak boleh tahan dah ni." suara papa kedengaran lemah. Kemudian panggilan ditutup serta merta. Dada Afsheen usah dibilang. Kalah maraton.

Laju dia keluar kedai, lalu menuju ke arah kereta miliknya. Di dalam hati mendoakan papa baik-baik saja. Kereta dipandu laju. Bahaya memang, tak pasal dia pula naik ambulan. Papa lagi penting sekarag ni. 

Sampai di perkarangan rumah, berlari Afsheen menuju ke pintu utama. 

"Papa! Papa!" terbuka saja pintu utama, Afsheen terjerit-jerit bagai nak hilang anak tekak.

Papa diluar balkoni tengah memandang telefon dengan speknya dan tengah minum... kopi?

Afsheen tercungap-cungap.

"Ohh, Sheen dah balik?" telefon ditangan ditaruh atas meja, begitu juga speknya. Baru papa mahu bangun dari kerusinya. Afsheen menerjahnya. Terkejut tak kepalang papa nasib tak ada sakit jantung.

"Papa okay? Sakit dekat mana? Boleh jalan tak? Jom Sheen hantar pergi hospital" Afsheen berkerut risau. 

"Sheen, papa.." baru papa nak jelaskan Afsheen memotong.

"Tak ada.. tak ada.. Sheen tetap akan bawa papa pergi hospital. Dah banyak kali sakit tak nak pergi hospital. Sampai bila nak kena bergantung pada ubat yang ada. Kena check dengan doktor mana tahu ada sakit lain?" papa tergelak. Terusik dengan sikap Afsheen. Kepala anak perempuannya yang diliputi tudung shawl pastel digosok lembut. Satu-satu harta yang tiada galang gantinya.

"Papa okay je, Sheen. Papa buat macam tu sebab nak suruh Sheen balik cepat papa nak bincang sesuatu." Afsheen mengeluh. Buat orang sakit jantung je papa ni.

"Papa nak bincang apa?" kerusi kayu disebelah papa didudukinya. Telefon dikeluarkan, mahu memaklumkan pada pekerjanya untuk datang awal. Tadi dia kelam kabut balik, rasanya pintu kedai tidak dikunci.

"Aysh datang tadi." Afsheen berkerut. Jadi?

"So?"

"Aysh masuk meminang." zapp.. tersentak Afsheen. Aysh dengan dia langsung tak bersua muka selepas perjumpaan mereka di café haritu. Afsheen tak selesa. Seminggu lepastu lah masuk meminang.

"Sheen terima?" kepala sendiri digarunya. Serba salah.

"Sheen sebenarnya.."

The Unseen Guardian.Where stories live. Discover now