Chapter 5th / Problem?

45 11 1
                                    


"Hi, nak ke kantin ke?" Afsheen mendongak sebelum senyum sinis.

"Yang selalu tanya soalan tak logik ni kenapa.. senior." perkataan senior ditekankan, nak sangat orang panggil seniorkan.

"Tanya pun salah, junior." and ofcourse, kalau tak balas dendam bukan Aysh namanya.

"Mana kawan-kawan kau yang lain?" Aysh masukkan tangannya ke dalam seluar.

"Kenapa pula nak cari diorang?" mata mereka bertatapan seketika.

"Dan kenapa kau ada, diorang tak ada begitu juga sebaliknya?" Aysh menundukkan sedikit badannya. Afsheen terlalu pendek hanya bawah bahunya.

"Aku tak nak kau cemburu kalau diorang terpaku tengok aku." lalu kembali berdiri tegak.

"H-ha?.. kenapa aku nak cemburu?" dahi Afsheen berkerut seribu. Tangannya naik menggaru kepala. Blur.

"Simple. Because I'm yours." Aysh pandang Afsheen disebelah sesaat, sebelum kembali memandang kedepan.

"Eee, buaya detected!" Afsheen membuat gaya nak termuntah bila mendengar jawapan buaya Aysh.

"Eleh, sebenarnya kau malukan. Apa orang kata shy shy cat gituu. Alolo, comel je dia." Aysh acuh-acuh Afsheen seperti kucing. Lalu berhenti selepas mendapat jelingan Afsheen. Afsheen memukul kuat lengan Aysh dengan buku. Sesedap adabi je dia menganjing Afsheen.

Dalam mereka bergurau-senda, ada mata memerhati dengan hati yang panas.

༺♡༻

"Kak Liyana, please jangan macam ni." air matanya dikesat.

"What? You play with two hearts. Itu salah kau." Liyana bermain-main dengan kuku sendiri. Panas hatinya bila melihat Afsheen disini. Niatnya datang ke sekolah ini lagi untuk bertemu Emran. Not this girl. Huh! Rimas!

"Kak Liya, jangan sebab seorang lelaki Kak Liya sanggup lupakan masa depan akak." Afsheen ingin menggapai lengan Liyana sebelum Liyana jauhkan diri.

"Well girl. Kau belum faham sebesar mana cinta aku pada Emran. Lebih besar dari cita-cita aku. So please, don't act like you understand me!" dahi Afsheen ditolak kasar oleh tangan Liyana. Baru Liyana ingin berlalu pergi kakinya pula dipeluk Afsheen. Liyana baru ingin merungkaikan pelukan dikakinya. Suara keras menjerit.

"Sheen!" jeritan kuat itu membuatkan Liyana dan Afsheen terpaku. Laju Aysh tarik Afsheen dari terus berada dikaki Liyana. Dia tak suka! Mukanya serius. Aysh marah!

"Tak perlu untuk kau memberi simpati pada orang yang bodoh macam ni!" matanya tak lepas menjeling tajam mata Liyana. Afsheen dibiarkan berdiri belakangnya.

"Whatever!" Liyana melibas rambut perangnya yang elok bebas tanpa diikat, dan berlalu pergi. Liyana tidak bertudung. Datangnya ke sekolah ini tanpa sehelai benang menutupi kepalanya. Afsheen tertunduk memandang tanah. Air matanya mula jatuh ke pipi lagi.

"Junior? Hey, everything gonna be okay.." Aysh menunduk untuk melihat wajah Afsheen.

"A-aku yang buat Kak Liya jadi macam tu. A-aku..aku salah. Aku dah rosakkan masa depan orang. A-aku.." tanpa segan silu Afsheen menjatuhkan air matanya didepan Aysh yang sedang berkerut. Risau? Simpati?

"Hey, itu bukan salah kau. Itu pilihan dia. Kau tak boleh salahkan diri sendiri. Sedangkan dia tak kesah dengan masa depan dia, kenapa kau nak kesah?" mereka bertatapan.

"Biar dia mengejar cinta monyet dia tu dan kau kejar impian kau. Tak payah dengar cakap orang. Tak payah kesah hal orang. Focus on yourself first." tangan Aysh naik mengusap kepala Afsheen. Afsheen menarik nafas. Cuba hadam apa yang Aysh sampaikan. Focus on yourself first!

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

"Haff, kau kenal semua budak-budak sekolah ni kan?" Haffsa ragu-ragu mengangguk. Pelik.

"Kau kenal Aysh tak? Aysh Amin?" mata Haffsa dikedip beribu kali. Otak tengah proses, pelik dengan kelakuan Afsheen.

"Haris Ash?" Haffsa bertanya balik padaku.

"Aysh as A-Y-S-H?" Afsheen masih bertanya. 

"Nope, Ash as  A-S-H." Haffsa sambung menulis.

"Ash?"


"Tadaa~" Afsheen menunjukkan buku nota ditangannya kepada Aysh. Aysh yang sedang memandang jauh kearah padang mengalih pandangan kearah buku nota Afsheen. Lalu tergelak kecil.

"No. You wrong, junior. Aysh bukan Aish. Y not I." Aysh mencuri pen ditangan Afsheen dan membetulkan ejaan namanya.

"Lain eh?" Afsheen tenung sekali lagi buku notanya. Dia tulis nama Aysh untuk jadikan nama dalam kerja kursus. Tak sangka salah ejaan.

"Lain, junior. Mana tahu nak isi boring kahwin nanti. Tertukar pula. Nanti tak pasal-pasal tok kadi tak bagi kahwin." Aysh memandang Afsheen sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Jawabnya Afsheen mengetuk kepala Aysh dengan pen ditangannya. Kuat.

Aysh mengaduh sakit. Dahi Aysh berkerutseperti menahan sakit, tangan naik memegang tempat yang menjadi mangsa pukulan Afsheen.

"Ehh, kuat ke? Maaf.. maaf." pen dan buku nota dilepaskan dari pegangan Afsheen. Kini tangan Afsheen naik mengibas kepala Aysh sambil ditiupnya lembut. Bagi menghilangkan sakit walaupun satu pun tidak berkesan.

"Sayang juga kau dekat aku..." sekali lagi kepala Aysh makan penangan pen Afsheen.

"Jangan suka aku, Sheen. Aku tak ada apa-apa. Melainkan beban." suara Aysh bertukar sayu.


"Sheen?" Haffsa memanggil.

"Sheen?!" Kini jeritan Haffsa lebih kuat berserta dengan goncangan pada badan Afsheen.

"Apa.." balas Afsheen malas-malas. Bayangan dengan Aysh hilang serta merta.

"Kenapa tanya?" pertanyaan Haffsa dibiar sepi.

Senior, kemana kau menghilang? suara hati Afsheen sayu.

The Unseen Guardian.Where stories live. Discover now