>>05<<

534 19 12
                                    

Law duduk di sebelah Doflamingo. Kereta yang dipandu oleh Doflamingo terus meluncur di atas jalan raya.

Setelah setengah jam perjalanan, akhirnya mereka sampai ke satu tempat. Doflamingo turun dari kereta. Begitu juga dengan Law. Doflamingo pegang tangan Law dan membawa Law masuk ke satu kedai. Dan kedai tu kelihatan menakutkan. Banyak lelaki sasa sana sini. Bagaikan tempat ini, tempat para gangster.

"Tuan muda udah sampai. Silakan masuk, Diamante-san sudah lama menunggu." Kata salah satu lelaki sasa tersebut.

"Baiklah."

Doflamingo terus masuk ke dalam kedai tersebut. Suasana dalam kedai tu pun terlihat menakutkan. Law telan air liurnya.

'Kemana dia mau bawa aku ni?.' -Law

"Yo Doffy. Apa khabar?. Kenapa kau tetiba datang sini?." Sapa seorang lelaki. Dia dan Doflamingo bersalaman tanda pertemuan mereka.

"Tak ada lah. Aku nak kau buat tato kat leher dia ni." Doflamingo tolak tubuh Law. "Tato yang menunjukkan bahwa dia ni salah satu keluarga Doflamingo. Lepas tu, diatas tato tu, kau tambah bahwa miliknya Doflamingo." Sambung Doflamingo.

Law terkelu..

"Hah?." Bukan Law saja terkejut. Tapi Diamante sekali terkejut.

"Serius ke ni Doffy?. Kalau kau tambah tato kita pada tubuh anak ini, bukan ke nyawanya akan terancam. Kau dahlah ramai musuh. Nyawa anak ini pasti akan terancam nanti." Kata Diamante.

"Jangan risau. Tambah tato di lehernya berserta tulisan miliknya Doflamingo. Mereka tidak akan menjumpainya." Kata Doflamingo.

"Tapi tetap bahaya. Jika anak ini selalu bersama kau, pastinya akan membuatkan musuh tertanya-tanya dan pastinya mereka akan cuba dekati anak ini." Kata Diamante lagi.

"Aku akan mengupah bodyguard untuk menjaganya." Balas Doflamingo.

"Tapi tetap sahaja bahaya. Sebelum tu, aku mau tanya. Siapa anak ini?. Kenapa kau masukkan dia ke dalam keluarga kita. Aku tertinggal apa-apa ke?. Kenapa kau mau claim kan dia sebagai milik kau?. Kenapa kau bersikap keras sampaikan ingin mengupah bodyguard untuk menjaganya?. Sebenarnya ada apa ni?." Tanya Diamante penasaran. Memanglah..sebabnya Diamante ni jarang bersama yang lain kerana ia harus menjaga kedai ni 24 jam.

"Oh. Haahlah. Lupa nak kenalkan nya pada kau. Dia ni ialah istri aku." Doflamingo memperkenalkan Law pada Diamante.

"APA?!!. PUAN BESARLAH NI?!!." Terkejut beruk tatkala Diamante mengetahui perkara sebenar.

"Iyep."

"Maaf Puan. Saya katain anda anak. Padahal anda adalah Puan besar kami. Saya mohon maaf." Diamante menundukkan tubuhnya sedikit.

Law?. Dia terkejut bukan maen. Pu..Puan?. Memanglah jika istri..Law harus bertukar jantina ya..

"Sudah. Cepat letakkan tato pada tubuhnya.." Doflamingo tolak tubuh Law.

Law hampir jatuh. Sempat Diamante paut tangan Law.

"Ikut saya Puan."

Law hanya pasrah sahaja. Letakkan tato pada tubuh Law?. Adakah itu amat menyakitkan?.

Setelah beberapa minit berlalu...

"ARGHHHH!!!." Law menjerit kesakitan.

"Maaf Puan. Ia memang terlihat menyakitkan. Bersabar ya.." Diamante sambung melakukan pekerjaan nya.

Law mengetap bibir. Dia mau aja sumpah Doflamingo. Beraninya dia melakukan hal ni terhadap Law.

Setelah usai meletakkan tato pada tubuh Law, Law berjalan lemah longlai. Ia terlalu menyakitkan.

Love Mafia  - MalayWhere stories live. Discover now