highly appreciate if you guys can vote and comments
~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
Selepas sarapan Ezra dan Rina bertolak pulang ke rumah Ezra memandangkan mereka berdua masih bercuti.
Rina tergamam melihat rumah di hadapannya ini.
Banglo tiga tingkat yang bertemakan hitam itu. Kawasan rumah itu dikelilingi bodyguard yang lengkap berpakaian hitam untuk mengawasi rumah itu.
Strict and high security system. Di depan pintu rumah dan keliling kawasan rumah itu dilengkapi dengan kamera CCTV.
( Rumah Ezra & Rina)
"Aish. Rumah kita ke ni?" tanya Rina. Mukanya pula sudah menunjukkan reaksi yang teruja. Mulut sudah terlopong luas apabila melihat kawasan rumah itu.
"Haah rumah kita. Kenapa?" balas Ezra sedikit tertawa kecil apabila melihat wajah teruja isterinya.
"Besarnya. Bukan apa. Kita dua ja yang nak tinggal dalam rumah ni. Besar-besar nak buat apa. Nanti waktu Aish kerja, kan sunyi saya kat dalam rumah ni." kata Rina pada Ezra. Tiba-tiba mulutnya jadi sedikit memuncung apabila memikirkan hal itu.
"It's okay honey. It's for the future too. Our child also gonna live here after this right? Lagipun rumah ni dekat dengan universiti kau and my workplace. So it's a win win situation." kata Ezra lembut sambil tersenyum pada Rina.
Rina hanya mengangguk setuju dengan suaminya itu walaupun dia malu bila Ezra bercakap tentang anak.
Bukan dia tak mahu atau tidak suka bila memikirkan tentang anak. Cuma traumanya tidak membenarkan dia.
Anak-anak buah Ezra yang menjaga rumah itu sedikit terkejut melihat senyuman dan cara percakapan bos mereka terhadap lady boss mereka itu.
( Lady boss - Rina..panggilan hormat anak buah dan pekerja Ezra kepada Rina. Ezra hanya membiarkan saja.)
Mereka juga terkejut pada mulanya apabila mendengar berita perkahwinan bos mereka itu.
Bukan apa..dengan sikap bos mereka yang dingin dan jarang tersenyum itu yang membuatkan mereka sukar nak percaya.
Sekarang mereka gembira melihat kebahagiaan bos mereka itu.
"Jom masuk dalam kat luar ni panas."ajak Ezra. Tangannya sudah memegang erat tangan Rina sambil menarik lembut tangan itu untuk mengikutinya.
Rina berjalan rapat dengan Ezra. Dia baru perasan akan kewujudan anak-anak buah Ezra yang berada di keliling rumah itu.
Hujung baju Ezra dipegang erat oleh Rina. Dia sedikit takut dan gementar dengan anak buah Ezra yang menjaga rumah tu.
Ezra yang perasan itu terus memberhentikan langkahnya sebentar untuk mengeratkan lagi genggaman tangan Rina dengannya lalu memimpinnya masuk ke dalam rumah.
Anak-anak buah Ezra hanya menunduk sedikit dan memberi ruang kepada lady bos dan bos mereka itu. Mereka juga menjauhkan sedikit jarak mereka dengan Ezra.
"Mak Ila." laung Ezra memanggil pembantu rumahnya itu.
Mak Ila merupakan pembantu rumah yang diupah oleh Ezra untuk menjaga kebersihan rumah itu sepanjang ketiadannya jika dia ada urusan kerja.
Mak Ila sudah bekerja dengan Ezra buat tempoh masa yang lama. Sejak dari Ezra bekerja di syarikat Tengku Khalid lagi.
"Ya Tengku." jawab Mak Ila sambil datang ke ruang tamu. Wajah wanita tua itu sedikit berkedut menandakan usianya yang sudah meningkat. Tetapi wajah itu tidak lekang dengan senyuman buat majikannya.
"Saya nak kenalkan isteri saya Ku Hazrina Qhadeeja. Lepastu nak minta tolong Mak Ila buatkan air untuk kami." kata Ezra pada Mak Ila.
Riak wajahnya hanya kosong. Nada yang digunakan pula kedengaran beku. Tidak lembut langsung dan tidak sama apabila Ezra bercakap dengan Rina.
"Rina... ni Mak Ila. Dia yang jaga rumah ni. Jadi kau jangan risau. Aku dah bagitahu Mak Ila supaya tak benarkan seorang lelaki pun masuk tanpa kebenaran aku dalam rumah ni. Okayh." kata Ezra kepada sambil tersenyum nipis. Nadanya sudah bertukar lembut.
Rina menyalam tangan Mak Ila tanda hormat sambil tersenyum manis.
"Mak Ila boleh panggil saya Rina."kata Rina lembut kepada Mak Ila.
Mak Ila tersenyum melihat kelakuan pasangan suami isteri di hadapannya. Dia juga bersyukur yang isteri bosnya ini tidak seperti perempuan yang lain.
Ezra sudah memberitahu kepada Mak Ila tentang keadaan Rina. Ezra juga berpesan kepada Mak Ila supaya jangan bagi mana-mana lelaki masuk dalam rumahnya jika Rina berada dalam rumah itu .
Dia juga sudah memberi arahan kepada anak-anak buahnya yang menjaga rumah itu supaya tidak berada berdekatan dengan isterinya.
Hanya memerhati isterinya itu dari jauh sahaja. Jika buat juga. Say bye-bye to your job.
Mereka yang mendengarkan arahan atau ugutan itu sudah menelan air liur.
Seram dengan Ezra walaupun sudah bekerja dengannya dalam tempoh yang lama. Jadi mereka tahu bos mereka itu tidak bermain-main dengan kata-katanya.
Tambahan pula, wajah Ezra pula beku , nada yang digunakan dingin dan kelihatan senyum sinisnya semasa memberi arahan itu.
Setelah sesi perkenalan itu. Mak Ila meminta diri ke dapur untuk membuat air yang diminta oleh Ezra.
Jangan lupa vote. Stay tuned
YOU ARE READING
ᴍʏ ᴏɴᴇ ᴀɴᴅ ᴏɴʟʏ©️
Romance[in editing] - lots of mistakes and typos. Grammatical errors. Tengku Ezra Khalish | Ku Hazrina Qhadeeja Tengku Ezra Khalish - Seorang yang dingin. Seorang arkitek termuda dan CEO di syarikat milik keluarganya. Dia amat popular dalam kalangan wanit...