BAB 16 ✓

471 28 0
                                    

Setibanya mereka di cafeteria syarikat Ezra, semua pekerja yang berada di situ agak terkejut dengan kehadiran CEO mereka.

Sepanjang mereka bekerja, tak pernah lagi mereka melihat Tengku Ezra menjejakkan kaki di cafeteria syarikat.

Selalunya PA Ezra iaitu Ikmal Hayyat yang akan membungkus makanan dan beri kepada Ezra.

Jadi saat ini amat mengejutkan para pekerja Ezra apabila CEO mereka sendiri turun makan di cafeteria itu.

Ezra dan Ikmal Hayyat tidak menghiraukan langsung pandangan mereka.

Masing-masing memaparkan riak datar dan kosong. Rina pula sudah memegang erat lengan Ezra. Gementar.

Meja di sudut dipilih.

Kerusi Rina ditarik oleh Ezra sebelum dia menyuruh isterinya itu supaya duduk. Kemudian dia juga melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah Rina. Ikmal Hayyat pula duduk bertentangan dengan Ezra.

Pekerja yang lain sudah tersenyum melihat cara CEO mereka melayan isterinya. Rasa gembira pun ada.

"Rina nak air apa? Ikmal tolong orderkan." soal Ikmal.

"Ez, kau pulak nak apa?" soal Ikmal perlahan. Tak mahu orang lain mendengar.

"Rina nak air limau ais. Nasi goreng Rina jangan lupa." pesan Rina sambil menatap Ikmal tajam.

Ikmal sudah menahan ketawa melihat sepupunya menatapnya tajam. Bukan apa, bagi dia Rina tak nampak garang tapi nampak comel. Dengan pipi tembam macam pau.

Kepala digeleng perlahan bagi menahan senyuman yang hampir diukir.

"Aku nak lemon ais dengan nasi goreng kampung." pesan Ezra datar.

Matanya menatap Rina yang sedang melihat Ikmal tajam. Mengeluh kecil Ezra bila dia rasa nak cubit pipi montel Rina tu. Nasib mereka berada di pejabat. Kalau di rumah, sudah merah agaknya pipi Rina tu.

Ikmal Hayyat menganggukkan kepalanya sebelum dia berdiri dari tempat duduknya dan bergerak ke arah kaunter untuk memesan makanan.

Saat Ikmal ingin kembali ke mejanya dia tiba-tiba dilanggar oleh seseorang. Tubuh yang hampir jatuh itu dipaut.

Sebaik saja mereka stabil, mata hitam Ikmal bertembung dengan mata hazel seorang wanita.

'Beautiful' getus hati Ikmal sebelum dia tersedar. Pautan tangannya di pinggang wanita itu dilepaskan. Dia berdehem perlahan.

Wanita itu juga melakukan perkara yang sama. Dia berundur ke belakang sebelum tubuhnya ditundukkan sedikit.

"Maaf Encik Ikmal. Maaf, saya tak sengaja. Maaf." ujar Haura berkali-kali.

Ya Haura la yang terlanggar Ikmal tadi. Dia bukan sengaja, tapi ada seseorang yang menolaknya dari belakang.

Bila diingatkan kembali terus dia berpaling ke belakang dan memang betul ada orang yang tolak dia.

'Yasmin.' getus Haura dalam hati. Berkerut dahinya tapi dia tidak pelik jika ramai pekerja Ezra yang cemburu atau tidak suka dengannya.

Kerana Haura selalu menjadi ketua dalam setiap projek penting. Jadi mereka cemburu dengan pencapaiannya.

Ikmal yang perasan akan arah Haura melihat terus menoleh ke arah yang sama. Ada seorang perempuan yang sedang melihat Haura dengan senyuman sinis. Seperti tahu apa yang berlaku terus dia berpaling ke arah Haura kembali.

ᴍʏ ᴏɴᴇ ᴀɴᴅ ᴏɴʟʏ©️Where stories live. Discover now