Faizul's Enterprise.
Sebaris nama yang mampu mengundang kemarahan seorang Ikmal Hayyat.
Haidar Thaqif dan Ikmal Hayyat lengkap berpakaian sut harini. Masing-masing memakai sut berwarna hitam.
Kaki mereka melangkah masuk ke dalam syarikat itu. Semua mata melihat ke arah mereka namun, Haidar dan Ikmal hanya menayangkan wajah dingin dan kosong.
Dato Faizul yang sedang khusyuk membuat kerjanya mengerutkan dahi apabila dia mendengar bunyi bising di luar biliknya.
"Encik tak boleh masuk." suara itu memberitahu.
Tiba-tiba pintu bilik pengarah itu dikuak luas dari luar.
Tersentak Dato Faizul apabila dia melihat dua gerangan yang memasuki ruang biliknya.
"Maaf Dato. Saya dah halang tetapi mereka tetap masuk juga." ujar wanita yang berpakaian sut formal itu.
"Tak apa. Cik Wani boleh keluar." arah Dato Faizul kepada wanita tadi.
"Ada apa kamu datang ke sini Encik Haidar?" soal Dato Faizul. Dia berasa agak gementar dengan gerangan yang berada di belakang Haidar.
"Well I brought you someone." ujar Haidar Thaqif sinis.
"Assalamualaikum Dato Faizul. Long time no see." sapa Ikmal Hayyat. Mukanya menayangkan senyuman senget ke arah Dato Faizul.
Lelaki tua itu mula rasa tak sedap hati. Bukan dia tidak kenal dengan gerangan di hadapannya. Ku Ikmal Hayyat. Anak kepada bekas majikannya dahulu.
"Saya datang sini bukan apa. Jadi saya straight to the point saja." terang Ikmal Hayyat.
"Fasya Amanda binti Mohd Faizul." ujar Haidar Thaqif.
Dato Faizul tersentak apabila nama anak perempuannya di sebut. Peluh dingin mula timbul di dahi.
"Kenapa dengan anak saya?" soalnya getar.
"Dia ada sampaikan salam tak?" ujar Ikmal Hayyat pula.
Lambat-lambat Dato Faizul mengangguk. Anak perempuannya itu ada menyampaikan salam kepadanya semalam. Katanya dari seorang lelaki bernama Aidil.
"Good. Make my job easier." kata Ikmal Hayyat.
"Well Dato Faizul. Your daughter touched someone she shouldn't have yesterday. She touched my nephew." kata Ikmal keras.
Dato Faizul pula mula tidak senang duduk. Dalam hati sudah memarah anak perempuannya.
"And let's not forget about the money." ujar Haidar Thaqif pula.
"You're right. I almost forget about it." kata Ikmal Hayyat sambil berpura-pura terkejut.
"Dato jangan ingat saya lupa tentang hal 10 tahun lepas. I remember it clearly. You stole from my father." ujar Ikmal Hayyat dingin.
Lagi menggelabah lelaki tua itu apabila rahsia lamanya diungkit.
"Jadi Dato. Macam mana ni? Ayah budak tu dah bagi amanah kat saya. Jadi saya kenalah sampaikan. Betul tak?" soal Ikmal Hayyat.
YOU ARE READING
ᴍʏ ᴏɴᴇ ᴀɴᴅ ᴏɴʟʏ©️
Romance[in editing] - lots of mistakes and typos. Grammatical errors. Tengku Ezra Khalish | Ku Hazrina Qhadeeja Tengku Ezra Khalish - Seorang yang dingin. Seorang arkitek termuda dan CEO di syarikat milik keluarganya. Dia amat popular dalam kalangan wanit...