Jieun POV
" Eunnie masih belum jumpa lagi apartment untuk next month?" soal eomma dari meja makan yang sedang menyusun pinggan-pinggan untuk dinner nanti.
" Belum eomma. Tapi eomma, Jieun ada jumpa apartment yang dekat dengan universiti tapi terlalu melepasi bajet Jieun. Jadi Jieun masih berfikir sama ada nak ambil saja atau cari yang jauh dari universiti tapi murah. Haihhh" keluh aku sambil menggaul seaweed soup yang dibuat sempena hari lahir oppanya, Jungwon.
" Mahal sangat ke?" soal eomma lagi. Lalu aku memberitahu harga sewa sebulan apartment yang aku jumpa diwebsite. Eomma memandang aku dari meja makan dengan riak terkejut apabila mendengar harganya.
" Itu la appa kata ambil je duit elaun dari appa, Jieun yang tolak" selit appa yang berada diruang tamu mendengar bualan aku dan eomma.
" Alahhh, Jieun ada duit la appa. Cuma untuk apartment tu yang kurang duit sikit. Klau Jieun buat double part time untuk tiga atau empat bulan mungkin lepas kut untuk bayar harga sewa apartment tu" balas aku kurang yakin.
Sekarang walaupun aku masih student, aku ada kerja yang aku panggil part time tapi family aku panggil fulltime sebab aku selalu tak cukup tido sebab buat kerja ni. Hehehehehe. Kerja tu adalah penulis lagu yang berjaya membuat lagu untuk penyanyi yang famous. Hehehhehe.
Author: Eeeee, dia puji diri sendiri duh
Jieun: Sibuk je la author ni. Saya cakap benda fakta ok?
Author: Ok ok saya mengalah
" Sudah-sudah tak perlu perang mulut. Itu la... Jihu pernah kata tak perlu jual apartment lama kita dekat Seoul tu. Rumah lama kita tu dekat je dengan universiti Jieun ni" Jihu eonnie yang baru masuk ke dapur mengingatkan appa pergaduhan mulut dengannya sebelum ini tentang rumah lama mereka.
Time skip
Selepas menyambut hari lahir oppa dan makan malam, aku bergerak ke bilik untuk berehat dan menyambung sedikit lagi lirik lagu yang bakal dihantar ke company untuk melihat kesesuaiannya untuk penyanyi mereka.
Aku melakukan regangan badan selepas selesai kerja jam menunjukkan 1.33 pagi. Tanpa sengaja tangan aku tertolak bingkai gambar aku bersama oppa. Bingkai gambar itu terjatuh dan pecah. Semasa aku ingin mengutup serpihan-serpihan kaca bingkai, aku terperasan ada satu gambar yang berada dibawah gambar aku dan oppa.
Aku ambil dan lihat. Nampak macam gambar aku semasa kecil berpegang tangan seorang budak lelaki yang sedang menangis. Kemudian aku sambung mengemas dan terus tido.
Jungwon POV
Aku terkejut kedengaran bunyi benda pecah dari bilik Jieun, terus pergi ke depan bilik Jieun dan kedengaran Jieun merungut.
" Aduh pecah pulak bingkai gambar ni" Selepas aku memastikan Jieun ok, aku pusing untuk ke bilik semula.
" Eh? Ini gambar bila? Siapa pulak budak lelaki yang nangis ni?" Badan aku mengeras apabila mendengar lagi suara Jieun sebelum kembali ke bilik.
Aku buka laci meja paling bawah dan mengeluarkan buku covernya adalah sunflower lalu membukanya.
Terjatuh sekeping gambar di atas meja.
Gambar Jieun dan budak lelaki yang menutup muka kerana menangis.
Aku mengeluh sambil melihat gambar budak lelaki itu kemudian menyimpan semula buku tersebut dan tido.
Author: Haiiiiii Hope readers give a lot of love utk book ni.
Sorry klau ada sebarang typo (^-^')
Hehehehehehhehe
BYEEEEEE!!!!!
YOU ARE READING
Sun and Moon [ Niki Ff (Malay ff)]
FanfictionEnjoy!!! Note: Please read my others book too~♡ (bukan buku yg sama key) ^^ Started: 03/04/2022 Ended: ???