3rd POV
Jieun melihat suitcase itu lalu bergerak kearah itu dengan riak selamba. Jieun berhenti apabila sampai dihadapan suitcase itu dan tenung dinding dihadapannya lama sebelum tangannya mara kehadapan cuba mencapai sesuatu dihadapannya.
Jieun POV
Aku memegang sesungut lipas yang berada didinding sebelum melemparnya ke luar tingkap dan kembali mengambil suitcase untuk mengemas baju-baju.
Semasa aku menyimpan baju-baju aku didalam almari, aku melihat arah pintu dengan berhati-hati dan melihat susuk tubuh itu bagaikan mengeluh lega lalu mengangkat wajahnya untuk melihat aku.
Aku cepat-cepat pusing pandangan ke arah almari semula.
Ya. Susuk tubuh itu adalah hantu. Dia lah yang aku nampak apabila aku sedang melihat rumah. Dia sedang duduk disofa sebelah tempat aku letak suitcase. Dia juga yang ketawa apabila aku nyaris terjatuh akibat suitcase yang dia ubah letak dihadapan pintu.
Aku rasa aku tak ada ability untuk lihat hantu pun??? Tapi kenapa aku boleh tengok dia? Mukanya tidak jelas sebab penuh darah begitu juga dengan bajunya yang kebetulan putih lagi menampakkan warna merah darah yang melekat pada bajunya itu.
Yang lagi aku peliknya, aku tak rasa takut pun bila kali pertama aku nampak dia. Macam aku dah terbiasa dengan benda-benda ghaib ni. Itu lah yang menjadi sebab utama kenapa aku tidak menghiraukan hantu itu dan menganggapnya tidak wujud.
Setelah selesai mengemas, aku menghamparkan selimut, bantal dan tilam lipat yang dibawanya untuk digunakan sementara waktu sebelum perabotnya yang dijangka esok sampai.
Time skip (tengah malam)
Aku merasa selimut aku ditarik.
Lagi!
"Haish!" aku mengeluh sebelum menarik semula selimut. Aku mula berasa annoying. Dah berapa kali dia buat macam ni. Aku nak tidur pun tak nyenyak.
Sekali lagi selimut ditarik. Kali ni aku dah tak tahan aku terus bangun dalam posisi duduk dan dapati hantu itu berada betul-betul dihadapannya dengan gaya tangannya bersedia untuk menarik lagi selimut itu.
'Tak guna betul dia ni. Terkejut aku' nasib lampu tidur berada dalam keadaan malap maka tak nampak sangat riak wajah aku lalu aku cepat-cepat mengawal reaksi muka aku. Dan menutup lampu tidur itu dan kembali baring dalam keadaan jantung berdegup laju akibat terkejut.
'Niki'. Nama hantu itu. Baru perasan baju putih itu adalah kemeja sekolah.
'Kesian dia masih budak sekolah tapi...' tanpa aku sedar, aku terlelap dan hantu itu sudah tidak ganggu lagi.
Niki POV
Terbuntang mata aku apabila perempuan ni tiba-tiba bangun menyebabkan muka dia hanya beberapa inci dari muka aku.
Kemudian perempuan ni menutup lampu tidurnya dan sambung tidur. Aku pun dah penat ganggu dia. Reaksi perempuan ni tak macam penyewa yang lain.
So aku akan ganggu dia lagi. Hehehehehehehe.
Berani dia masuk kawasan aku.
YOU ARE READING
Sun and Moon [ Niki Ff (Malay ff)]
Fiksi PenggemarEnjoy!!! Note: Please read my others book too~♡ (bukan buku yg sama key) ^^ Started: 03/04/2022 Ended: ???