Since ramadhan has started, I will carefully write the story. Insya-Allah ಥ‿ಥ - a/n
-
Nadim menepuk bantal yang berbalut sarungnya yang berwarna putih gading dan selimut katil mereka dimana tempat yang biasanya pasangan itu akan tidur malam ini.Helaan nafas keluar dari bibirnya, sebelum mengambil tempat duduknya di atas katil yang empuk itu.
Tangannya menyambar laptop yang berada pada meja sebelah katil mereka, dan membuka emailnya.
Sesaat kemudian, matanya terbeliak melihat satu email yang baru saja dibuka.
"AHH YESS. THANKS GOD!" Nadim mengangkat laptopnya tinggi-tinggi seolah menjulang harta yang sangat berharga.
"Fia, biasakan dengan kata Alhamdulillah dan syukur dekat Allah kalau dapat berita baik. Tak elok menjerit macam tu." Tegur Taufiq yang baru sahaja tiba di bilik mereka dan mendapati Nadim yang kesurupan gembira.
"E-eh abang. Maaf, mulut saya ni spontan menjerit kalau ada good news." Nadim menggigit bibir bawahnya.
Untuk seketika dia terlupa bahawa dirinya sudah pun terikat sah dengan seseorang yang alim. Ye la, sebelum ni mana pernah ada yang menegurnya.
"Hm. Lain kali basahkan lidah dengan zikir ye?" Lembut sahaja teguran suaminya yang menyapa telinganya.
Nadim mengangguk perlahan.
Kemudian, jantungnya kembali berdegup kencang melihat suaminya berjalan kearahnya dan mulai duduk disampingnya.
Nadim hampir dibuat salah tingkah melihat Taufiq yang kini berada dekat dengannya. Minyak wangi dari tubuh suaminya yang terhidu halus di hidung mancungnya, menghantar sekumpulan kupu-kupu di seluruh badannya.
"Fia...abang nak cakap sikit ni." Taufiq membuka mulutnya.
Nadim memandang suaminya malu-malu dan mengangguk sekilas. "Apa bang?"
"Fia..."
Menunggu suaminya untuk mengungkapkan perkataan yang mungkin telah lama dipendam, mata mereka bertemu untuk seketika sebelum Nadim yang pertama mengalihkan pandangan.
"K-kenapa bang?" Suaranya mula gugup dan kedengaran gementar.
"Fia...nak anak?"
Krik. Krik. Krik.
Mulut Nadim seakan terkunci manakala darahnya mulai tersekat di wajahnya menyebabkan mukanya kelihatan memerah dan panas.
"Kalau Fia tak ready lagi tak pe, abang tanya je.."
"Saya okey je kalau abang bagi saya peluang untuk sambung belajar?" Celah Nadim sekali nafas.
Kelihatan Taufiq yang sedikit terkejut, matanya menangkap buku jari isterinya yang memerah akibat menggenggam laptop terlalu kuat.
Dan buat masa yang singkat, otaknya mulai memproses kata kata isterinya dan mengagak bahawa Nadim kemungkinan mendapat tawaran menyambung pelajarannya di menara gading permintaanya.
Melihat reaksi isterinya yang terlampau bahagia, Taufiq sangat yakin.
Manakala Nadim mencuba untuk menatap mata tajam namun suci suaminya yang sedang termenung.
"Fia okey ke belajar sambil... mengandung?" Tanyanya memecah keheningan.
Melihat wajah Nadim yang tiba tiba berubah, Taufiq terus membuka mulutnya. "Tak pe, abang tunggu Fia habis belajar." Pujuk Taufiq sambil tersenyum ikhlas.
Dapat dilihat Nadim yang menghembus nafasnya lega. "Terima kasih bang...sebab faham Fia." Ujarnya menunduk.
Taufiq hanya tersenyum dan mengangguk. "Jom la tidur." Ajaknya dan Nadim dengan cepat menutup laptopnya dan menaruhkannya ke tempat asalnya.
Lampu disiling ditutup dan cahaya malap dari lampu tidur mereka menyala menghiasi bilik itu.
YOU ARE READING
[OG] My Soleh Husband || 국뷔
FanfictionLokal AU [Bahasa Melayu] KookV but make it islamic version. ∆ if you doesn't feel comfortable, it's okay its your choice anyway babe "Sayang, dah solat?" ____ "Astaghfirullah, bini aku sengaja ke pakai baju macam ni." ____ "Kan lagi afdal kalau sua...