Seorang jejaka berjubah putih, sedang menerangkan apa yang diajarnya pada anak muridnya. (Sumpah lawak)
"Disini-"
Percakapan lelaki tersebut terpaksa dihentikan kerana telefon bimbitnya yang berada di sakunya bergetar.
"Kejap ye anak anak." Dengan itu dia keluar dari kelas mengajarnya dan mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum Kook, malam ni kamu free ke?" Orang diseberang yang dikenali sebagai ayah pemanggil ini.
Jungkook, merupakan guru tahfiz di sebuah sekolah agama, nama islamnya ialah Taufiq tapi disebabkan semua orang sudah pun terbiasa dengan nama lamanya, maka dia pun okey² sahaja.
Tetapi kebanyakkan guru disini memanggilnya dengan nama Taufiq, jadi macam tu lah.
"Waalaikumussalam yah. Ha ah, Kook free je. Nape tu yah?" Tanya Jungkook lembut.
"Ooh takde la, ni ayah dengan ibu nak ajak kamu jumpa calon isteri kamu malam ni? Kamu okey je kan?" Tanya sang ayah pula.
Badan Jungkook menegang, dia sudah pun tahu perihal ayahnya yang menjodohkan dirinya dengan orang asing.
Dia tidak mengenalinya orang tersebut, mahupun muka, nama pun dia tak tahu. Ayahnya pernah sebut sebulan lepas tapi biasalah manusia ni sifat pelupa.
"Ye okey yah. Kalau takde ape ape, Kook nak sambung mengajar ni." Kata Jungkook yang diiyakan oleh ayahnya sebelum panggilan mereka terputus.
Dia reda menerima segala keputusan kedua ibu ayahnya yang merupakan orang terpenting dalam hidupnya, dan pengorbanan ini merupakan salah satu tanda terima kasih kerana sudah melahirkannya dan membesarkannya.
Jungkook menyimpan kembali telefonnya ke dalam saku dan masuk ke dalam kelasnya kembali.
-
Di belah Taehyung pula, kedua orang tua itu mengucapkan rasa syukur kerana anak mereka menerima perjodohan ini, sama dengan pemikirannya Jungkook dia ingin membalas budi ibu bapanya saja.
Mudah² han calon pasangannya seorang yang baik hati, bertanggungjawab dan semualah ciri² seorang yang beriman.
Lagipun dia tahu ibu ayahnya pasti akan mencari pasangan yang baik untuk dirinya apalagi dengan naluri keibubapaan mereka yang tahu mana satu yang baik dan mana yang tak.
"Alhamdulillah kalau adik nak, yeay tak lama lagi jadi nenek muda la saya bang." Tutur Puan Kim bahagia memegang bahu suaminya yang tersenyum.
Manakala Jaemin hanya menyalirkan rasa bahagia palsunya melalui riak mukanya, jadi dia berkata "Dah nak kawin adik abang. Pasni jadi isteri orang tu leklok sikit perangai tu."
Ingin sekali dia menjadi imam kepada sepupunya yang cantik ni, hanya wajahnya sahaja dia ingin tatap ketika bangun dan sebelum tidur.
Tapi apakan daya, takdir Tuhan tidak dapat dihidu.
Senyum Taehyung mengecil malu mendengar pertuturan abang sepupunya, begitu juga pipinya memerah membayangkan wajah sang calon yang tidak diketahuinya itu.
"Sejak bila perangai adik buruk ish." Gumamnya sambil cemberut.
Jaemin mengambil kesempatan itu untuk mencubit pipi gebu milik si manis kerana terlalu geram yang disertai rengekan Taehyung dan tawa dari yang lain.
Malam tiba,
Taehyung memandang bajunya yang melekat cantik di badan rampingnya, semoga sahaja calon nya tidak terkejut melihat rupa paras nya lagi² mengetahui dia ada antara yang istimewa itu.
"Dik, tuh diorang dah sampai. Jom turun."
Taehyung memalingkan kepalanya ke arah belakangnya yang terlihat kepala ibunya yang mengintip masuk ke dalam biliknya.
"Y-ya ma." Ucap Taehyung gemuruh, tangannya dilap pada fabrik bajunya dan berjalan beriiringi ibunya.
Puan Kim berjalan disampingnya dan membawanya ke ruang tamu yang kedengaran bunyi (yang luar biasa) orang yang sedang berbual.
Jantung Taehyung tak berhenti mengepam kuat, dia berdoa dalam hatinya dan pada ketika dia menjejakkan kakinya disitu, matanya terus terarah ke arah lelaki yang tinggi memakai baju kurta coklat.
Nafas Taehyung terhenti seketika dek kerana terlalu terpesona dengan lelaki yang sedari tadi hanya menundukkan kepala.
"Haa dik, ni nak Jungkook Taufiq. Kook, ni anak makcik." Ujar Puan Kim membawa Taehyung semakin dekat dengan si calon.
"Taehyung." Ucap Taehyung menghulurkan tangan lentiknya pada sang calon suami.
"J-jungkook." Si jejaka juga mula berjabat tangan, tak dilupakan seluruh tangan Taehyung yang bergetar kerana tangan Jungkook yang terlalu gemetar.
Taehyung nyaris tertawa akan hak itu, tetapi dia harus menampilkan imej yang baik dan sopan.
Dia beranggapan bahawa lelaki Jungkook ni tidak pernah menyentuh orang asing kecuali keluarganya kerana berdasarkan pakaian mungkin dia seorang alim? Pikir Taehyung.
"Okay, jom duduk dulu eh. Kita makan dulu sebelum ke tujuan yang sebenarnya." Kali ni Encik Kim bersuara yang dianggupi kesemua mereka.
-
"Jungkook sendiri macam mana? Setuju ke?" Tanya Puan Jeon setelah menghabiskan masanya untuk hidangan yang dimasak calon besannya.
Semua mata memandangnya dan entah kenapa Taehyung sangat berharap dia menerimanya.
Padahal mereka tak kenal satu sama lain pun, tak pernah jumpa pula tu.
"Kook okey je bu." Jungkook mengatanya dengan tenang walaupun hanya Tuhan saja yang tahu keadaan jantungnya.
"Alhamdulillah." Kedua ibu bapa mengucap syukur, Encik Jeon menepuk belakang anaknya bangga membuat keputusan.
-
8 votes sy smbung, see you next time!
YOU ARE READING
[OG] My Soleh Husband || 국뷔
FanficLokal AU [Bahasa Melayu] KookV but make it islamic version. ∆ if you doesn't feel comfortable, it's okay its your choice anyway babe "Sayang, dah solat?" ____ "Astaghfirullah, bini aku sengaja ke pakai baju macam ni." ____ "Kan lagi afdal kalau sua...