Lokal AU [Bahasa Melayu]
KookV but make it islamic version.
∆ if you doesn't feel comfortable, it's okay its your choice anyway babe
"Sayang, dah solat?"
____
"Astaghfirullah, bini aku sengaja ke pakai baju macam ni."
____
"Kan lagi afdal kalau sua...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Times skipping til the wed day
Seorang jejaka yang gemuruh satu badannya mengenangkan sebentar lagi dia akan bergelar sebagar suami kepada orang asing yang cantik itu.
Dia tidak tahu apa yang difikirkan nya ketika mengiyakan semua ibu ayahnya tanpa berfikir panjang.
Adakah ini keputusan yang tepat?
Dia hanya mampu berdoa di dalam hatinya supaya dia tidak membuat sebarang kesilapan besar dalam hidup iaitu menjadikan lelaki manis itu sebagai isteri.
"Kook jom, semua dah kat bawah tu." Dengan tiba² kepala tersembul di belakang pintu.
Jungkook terus bangun dari katil tempat tidurnya dengan bacaan basmallah di dalam hati, semoga majilis ini berjalan dengan lancar.
Matanya menangkap sesusuk lelaki cantik dan kelihatan sangat berbeza dari sebelumnya, nampak lagi manis, yang baru sahaja tiba pada masa yang sama.
Mungkin seri pengantin itu yang terserlah di mukanya, entahlah dia pun tidak tahu.
Dengan jantung yang tidak mahu bertenang, Jungkook mengambil tempat duduknya di depan kadi beserta ayah, bapa saudaranya dan beberapa orang di sisinya turut menjadi wali dan saksi.
Tanpa melengahkan masa mereka memulakan majlis itu dengan langit yang mencerah indah seakan turut merestui hubungan baru mereka.
"Saya terima nikahnya....
-
Selesai sahaja majlis dengan ucapan syukur ke hadrat Illahi yang menyempurnakan majlis itu dengan atas izin-Nya.
Tetamu sudah pada pulang ke rumah masing² setelah menjamu makanan, bila lagi nak makan nasi minyak di masa yang seperti ini.
"Eh Tae, tak perlu buat semua ni ye sayang. Takpe, pergi la masuk bilik dulu, nanti turun makan malam eh."
Taehyung dikejutkan ibu mertua sahnya yang datang mencegahnya daripada menolong sebarang pekerjaan di dapur.
Dia hanya tidak selesa melihat saudaranya yang lain bekerja sedang kan dia sedang duduk manis di kerusi pengantin.
Lagipun suaminya entah hilang kemana selesai sahaja acara akad nikah itu.
Taehyung mengangguk malu pada mertuanya, dan berlalu ke dalam bilik yang tidak dikenalinya, nasib baik terserempak dengan adik iparnya yang menunjukkan jalan ke bilik abangnya.