• 10 •

232 20 4
                                        

Baru satu hari puasa dah raya 😂😂, takpe la saya tetap buat diorang puasa utk beberapa chapter ke depan ye 😅

Tanpa sedar sudah dua bulan lamanya pernikahan mereka dan Nadim boleh melihat perubahan rumah tangga mereka yang semakin membaik

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tanpa sedar sudah dua bulan lamanya pernikahan mereka dan Nadim boleh melihat perubahan rumah tangga mereka yang semakin membaik.

Hubungan mereka juga bertambah erat seiring waktu berjalan, Taufiq yang sebelum ini segan untuk sekadar memegang tangannya kini sudah tidak malu lagi untuk memeluk bahkan mencium pelipisnya sewaktu dia ingin bertolak ke tempat mengajarnya

Nadim sekarang sedang mencari resepi untuk membuka puasa petang nanti. Habis semua majalah sudah khatam dibacanya dan berselerak di meja ruang tamu mereka.

Akhirnya dia mengeluarkan telefonnya dan menaip menu hidangan yang sesuai untuk dirinya dan sang suami.

"Assalamualaikum."

Nadim menghentikan kegiatannya dan bersedia untuk membuka pintu. Mungkin suaminya sudah pulang dari kerja.

"Waalaikumussalam bang." Jawab Nadim setelah membuka pintunya.

Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Taufiq yang turut tersenyum melihat sikap isterinya.

"Abang mandi dulu ye." Tuturnya dan dianggupi oleh Nadim yang mula menyambungi aktivitinya yang tergendala.

___________

"Alhamdulillah.." Bisik Nadim setelah kenyang menerima masakannya yang sentiasa enak itu ke dalam perutnya.

Taufiq juga melakukan hal yang sama dan menyapu sudut bibirnya yang sedikit comot dengan makanan yang dimasak isterinya.

"Em abang... Boleh tak saya nak ikut abang solat terawih sama-sama? Daripada saya tak buat buat apa-apa dalam ni, baik saya ikut abang. Boleh?"

Entah kenapa Nadim kelihatan sangat cantik malam ini apalagi ketika rambutnya diselipkan dibelakang telinganya dan pengepit rambut yang terselip elok di bahagian tepi kepalanya.

"Mestilah boleh, Fia ambil wuduk siap siap. Nanti kita pergi sama sama, tapi abang jalan kaki. Takpela abang panaskan kereta dulu la kalau macam tu." Kata suaminya yang membuat Nadim berasa sedikit bersalah.

Tapi dia pun memang tak biasa jalan jauh jauh, kang tak pasal belum solat terawih dah semput.

___________

Solat berjemaah itu berakhir dengan doa-doa dan Nadim hanya tersenyum melihat suaminya yang khusyuk menadah tangan.

Perjalanan mereka balik agak tenang dengan kedua-duanya tidak saling membuka mulut dan membiarkan keadaan yang nyaman dan sunyi mengelilingi mereka.

Nadim dan Taufiq menukar kembali pakaian mereka sebelum mengucapkan selamat malam kepada satu sama lain.

Seminggu berjalan bergitu pantas begitu juga hubungan mereka yang tidak jauh dari pengantin baru yang penuh dengan debunga cinta

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Seminggu berjalan bergitu pantas begitu juga hubungan mereka yang tidak jauh dari pengantin baru yang penuh dengan debunga cinta.

Masing-masing mula memperbaiki kekurangan dan tidak segan lagi untuk melakukan skin ship atau sentuhan fizikal.

Apalagi Taufiq, dah berani memanggil dirinya "sayang" dan mula memberanikan diri untuk memeluk bahkan mencium bibir isterinya yang ranum kemerahan itu.

Nadim jelaslah sangat malu dengan perubahan mendadak suaminya tapi lama kelamaan dirinya turut terbiasa dengan tingkah laku si dia.

Rama-rama terus terkumpul di perut mereka tatkala keduanya saling mengungkap rasa cinta dan bahagia apabila bersama.

Seperti sekarang, keduanya asik menonton drama yang ditayangkan di layar kaca televisyen dimana Nadim berada dipelukan Taufiq.

Tangan sang suami kini melilit di sepanjang pinggang rampingnya dan menyandarkan kepala Nadim pada dada bidangnya.

"Abang lagi satu minggu nak raya. Abang nak raya kat mana?" Tanya Nadim mengusap lembut tangan Taufiq yang berada di perutnya dengan ibu jarinya.

"Abang boleh je mana mana, abang kan sekarang ada dua mak dengan ayah" Gurau Taufiq kemudian mengucup telinga Nadim penuh sayang.

"Eii abang ni, Fia pun sama la kalau macam tu. Tapi kan...abang suami Fia, Fia mestilah kena ikut abang." Jawab Nadim tersipu.

Taufiq hanya terkekeh perlahan, isterinya terlalu comel untuk dihadapinya.

"Tapi sayang kan nakk sangat jumpa mama dengan abah. Jadi kita balik rumah diorang dulu pastu baru balik rumah ibu dengan ayah okey?" Tutur Taufiq begitu lembut menyapa indera pendengaran Nadim.

"Takpe ke ni? Nanti ibu dengan ayah abang sedih, anak kesayangan dia tak balik raya pertama."

"Hahaha diorang mesti fahamlah yang abang ni dah kahwin. Lagipun abang dengan kakak abang pun balik, insya Allah diorang okey je." Jawabnya.

Nadim tersenyum penuh makna, terlalu bersyukur mempunyai suami yang memahami dirinya.

Tangannya terus memeluk leher Taufiq yang hampir terjatuh ke belakang dek kerana serangan pelukan mengejutnya.

Senyum Taufiq terukir di wajahnya seiring tangannya yang mengusap belakang isterinya seolah-olah cuba untuk menyampaikan kasih sayang yang tersirat.

"Thank you sangat sangat abang. Fia saaaaaaayang abang." Ucapnya di ceruk leher Taufiq.

Taufiq tidak boleh untuk tidak tersenyum sepanjang malam itu.

[OG] My Soleh Husband || 국뷔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang