J&N - 1

14 1 2
                                    

Aku ceraikan kau Naressa Alia binti Zulqarnain dengan talak satu," ucap Tengku Julian di dalam Mahkamah Syariah itu.

Air muka Naressa Alia hanya tenang tanpa ada riak sedih mahupun tidak rela dengan lafaz penceraian yang diucapkan oleh bekas suaminya. Tengku Julian menatap muka bekas isteri yang baru dia ceraikan sebentar tadi dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Mereka berdua serta ahli keluarga terdekat yang datang ke mahkamah itu melangkah keluar dan mendapati terdapat ramai wartawan yang menunggu untuk interview pasangan yang baru sah bercerai itu.

"Boleh bagi sebab kenapa penceraian ini berlaku, Tengku Julian?"

"Puan Naressa adakah puan akan meneruskan kerjaya di Malaysia atau berpindah ke luar negara?"

Banyak soalan yang dilontarkan oleh para wartawan sejurus mereka keluar dari mahkamah tersebut menyebabkan keadaan menjadi sedikit tidak terkawal. Pengurus Naressa dan juga PA Tengku Julian cuba untuk menghalang para wartawan dari melakukan sesi interview itu bagi melindungi privasi majikan mereka.

"Kau kalau ye pun acah la sedih sikit weh, kan baru lepas cerai," bisik Tengku Julian tetapi hanya khas didengari oleh Naressa Alia.

"Alaa kena ke weh, tak fake sangat ke? Masalahnya kau pun acah la serabut sikit konon stress terpaksa bercerai dengan aku yang cantik lagi kiyot ni," balas Naressa Alia berbisik kerana tidak mahu sesiapa menyedari perbualan mereka berdua.

"Korang sembang apalagi tu, nak jawab ke tak interview tu? Kalau taknak cepat handle then kita balik rumah," kata Tengku Maria melihat anak dan bekas menantunya seakan berbisik.

"Ah, kejap maa Julian handle, nanti kita release je news official statement berkaitan benda ni. Right now I think it'll be better if we go home first," balas Tengku Julian seraya melangkah ke arah para wartawan.

"Maafkan saya, tetapi pihak saya dan Naressa tidak akan menjawab pertanyaan semua. Besok inshaAllah pihak kami akan release official statement berkaitan hal ini. Terima kasih dan saya harap semua boleh bagi laluan kepada kami," ucap Tengku Julian dengan nada yang tegas dan berkarisma.

Siapa je yang tak kenal Tengku Julian? Seorang CEO muda yang bijak mengurus syarikat milik keluarganya. Dia diberi kepercayaan oleh bapanya Tengku Aathiq mewarisi syarikat utama Starlight Holdings ketika dia berusia 20 tahun.

Naressa Alia seorang pengacara yang kian melonjak naik kerana keramahan dan kepetahannya ketika mengendalikan sesebuah program. Dia sering dilamar oleh penerbit program dan perkara itu menaikkan popularitinya menjadi salah seorang pengacara yang famous dalam negara. Personaliti miliknya yang ceria dan menghormati orang lain menjadi punca kepada peminatnya yang boleh tahan ramai.

Pada usia mereka 22 tahun, Tengku Julian telah melamar Naressa Alia untuk menjadi isterinya dan sudah tentu orang ramai menyokong mereka hingga digelar sebagai 'Couple of the Year'. Namun begitu, pada usia 24 tahun mereka telah memutuskan untuk bercerai dengan alasan ingin meneruskan karier masing-masing dan tidak mempunyai waktu meluangkan masa dengan pasangan. Sudah tentu penceraian ini membawa kepada buah mulut para netizen di luar sana.

Padahal sebenarnya mereka berdua berkahwin atas janji yang dibuat ketika mereka berusia 18 tahun dan penceraian ini berlaku juga disebabkan oleh syarat yang dibincangkan mereka bersama. Ramai yang tidak mengetahui fakta bahawa Tengku Julian dan Naressa Alia sebenarnya berkawan baik dan sangat rapat bagai adik beradik daripada mereka remaja lagi.

Dua sahabat itu sangat bijak dalam menutupi privasi kehidupan mereka masing-masing.

JULIAN'S & NAILY'SWhere stories live. Discover now