*flashback*
"Nyahhh, kau buat apa tu? Macam menarik je," tanya Naressa kepada kawan baiknya itu. Tengku Julian sangat khusyuk tengok iPad dia tu manatahu kot tengah tengok movie. Boleh jugak dia tumpang sekaki.
"Menarikkk sangat Ressa weh, rasa nak muntah," balas Tengku Julian sarkastik sambil memutarkan bola matanya ke atas. Dia sedang menyemak statistik salah sebuah anak syarikat Starlight Holdings. Tengku Aathiq menyuruhnya belajar menguruskan syarikat bermula dengan anak syarikat yang kecil. Dia hanya menurut kerana sudah menjadi kewajipannya sebagai pewaris sulung Tengku Aathiq dan juga Tengku Maria.
"Weh, kau morning sickness ke OMG! Ceni lah kata member, pregnant pun tak bagitau aku," ujar Naressa Alia sambil menunjukkan memek muka sedih padahal dia rasa nak gelak guling-guling melihat Tengku Julian yang speechless selepas mendengar ayatnya.
"Kau kannnn, nak kata bodoh tak pun tapi harini pekat banyak eh kebodohan kau. Dah bosan hidup ke sampai halusinasi lelaki boleh mengandung?" sungguh Tengku Julian saat ini rasa nak telan hidup-hidup si Naressa yang nakal tapi dia sayang ni.
"Ian, jom kahwin nak? Tiba-tiba aku curiouslah pasal kehidupan orang yang berkahwin," kata Naressa Alia sambil menopang dagu melihat wajah Tengku Julian yang nampak handsome ditambah dengan karisma menyerlah ketika dia sedang berkerja.
"Naressa Alia binti Dato' Zulqarnain. Kau boleh tak jangan nak random sangat? Dah kenapa ajak aku kahwin, tahu single macam orang yang tengah baca cerita ni tapi jangan ceni sayang oii," balas Tengku Julian yang terus menghentikan pekerjaannya dan menumpukan fokus kepada sahabatnya itu.
Naressa Alia mencebik kan bibirnya tanda hendak merajuk dengan Tengku Julian yang menyatakan fakta bahawa dia single. Dia dah lah tak reti nak berkawan dengan lelaki hingga menjalinkan hubungan cinta. Setakat jadi kawan biasa tu okay lah.
"Okay fine. Kita kahwin if umur kita dah masuk 20 tahun tapi dua-dua still single. Haa amacam? Jangan lah merajuk gilaa, ingat comel ke macam rupa ayam aku nak bertelur dah muka kau tu," sambung Tengku Julian apabila melihat Naressa yang menunjukkan tanda-tanda hendak merajuk itu.
"Kau tipu! Ayam kau kan jantan macam mana dia nak bertelur," balas Naressa sedikit menjerit tak puas hati.
Tengku Julian rasa nak hempuk kuali dekat kepala si Naressa ni. Benda lain yang dia fokus, benda lain pulak si Naressa tu komen.
"Kau betul eh 20 tahun umur kita if time tu dua-dua single kau masuk meminang aku. Tapi kalau time tu salah sorang daripada kita dah ada kekasih, dia kena tolong lagi sorang cari partner jugak. Baru adil sama-sama senang, sama-sama susah," kata Naressa dengan senyuman manis miliknya.
Tengku Julian hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan syarat yang dibuat oleh Naressa. Lagipun mereka baru 18 tahun masih ada 2 tahun untuk mencari kekasih. Bukan sikit orang berkenan dengan dirinya atau pun Naressa. Kalau masih tiada calon pun dia tak keberatan untuk menikahi sahabatnya itu. Cinta boleh dipupuk nanti, bab sayang? Dia memang sangat sayangkan Naressa Alia sebagai sahabatnya dikala susah dan senang.
> 2 tahun kemudian <
"Iannnn, jom pergi makan," jerit Naressa Alia sambil membuka pintu CEO Starlight Holdings tanpa mengetuk terlebih dahulu.
Tengku Julian baru sahaja ingin menengking tuan badan yang tidak sopan membuka pintu biliknya tanpa mengetuk terlebih dahulu terus bertukar kepada senyuman manis miliknya apabila melihat figura di depan biliknya itu.
"Weh bila masa kau sampai sini? Selalu aku ajak datang sini sampai berbuih mulut pun belum tentu sampai," tanya Tengku Julian yang terus menghentikan segala pekerjaannya dan terus berjalan keluar menuju ke arah Naressa yang masih setia menunggunya.
"Alaa kau ni banyak bunyi la, jom la weh pergi makan aku lapar sangat ni. Kesian lemak aku nanti makin takde dah lemak sebab dia merajuk," biasalah kalau namanya Naressa Alia tak melalut tak sah.
Mereka menjadi tumpuan ramai terutama daripada staf Starlight Holdings kerana seorang pengacara yang sering muncul di kaca televisyen kini berjalan berganding bahu dengan CEO syarikat yang terkenal dengan wajah dinginnya. Kedua-dua mereka mengabaikan pandangan tersebut maklumlah dah biasa menjadi tumpuan orang ramai kan. Mereka terus menuju ke kereta milik Tengku Julian kerana Naressa tadi dihantar oleh managernya ke syarikat Starlight Holdings. Tengku Julian membawa sahabatnya itu makan tengah hari di sebuah restoran yang dulunya tempat mereka melepak setiap hujung minggu.
Naressa dan Tengku Julian mencari tempat duduk yang sedikit terlindung daripada pandangan ramai kerana mereka ketika ini tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Tengku Julian terus menitipkan order miliknya dan Naressa kepada waiter tersebut.
"Ian, aku nak cakap sikit ni," kata Naressa Alia memecahkan suasana nyaman mereka sementara menunggu makanan sampai.
"Yelaa, sekarang pun kau dah cakap," canda Tengku Julian. "Okay, okay let's be serious. What do you wanna talk, Naressa?" sambung Tengku Julian apabila melihat ekspresi muka Naressa Alia yang sedikit serius itu.
"Kau ingat tak janji kita 2 tahun lepas?" tanya Naressa perlahan sambil menatap mata helang milik Tengku Julian.
"Hm, ingat. Kau cakap akan pergi checkup anemia setiap minggu kalau aku sanggup jadi driver dan kuli kau en? Sabar kejap tunggu bulan depan aku kosongkan jadual aku," balas Tengku Julian bersahaja turut menatap mata coklat gelap milik Naressa Alia.
"Bukan yang tulaa Tengku Julian bin Tengku Aathiq oiii," sungguh Naressa tak sangka bahawa janji checkup tu jugak yang si Julian ni ingat. Dia pun dah lupa janji nak jumpa doktor untuk checkup anemia dia. Sudahlah dia benci dengan tempat yang namanya klinik atau hospital itu.
"Oh, bukan janji tu ke? Banyak sangat dah janji dicapati kita ni masalahnya," ucap Tengku Julian. Sungguh dia dah tak ingat janji yang mana satu Naressa ingin bahas.
"Janji yang kau akan masuk meminang aku if we both tak jumpa partner lagi," kata Naressa cukup perlahan khas untuk didengari oleh Tengku Julian sahaja.
Tengku Julian terkelu seketika mengingat janji yang pernah dia buat di hadapan Naressa Alia. "Okay, sekarang kau dah ada someone special ke?" tanya Tengku Julian sambil menatap lurus ke arah tuan badan yang berada di depannya sekarang. Naressa Alia hanya menggelengkan kepala perlahan sambil menundukkan wajahnya.
"It's fine then. Next month aku masuk meminang kau, hujung tahun ni kita menikah," balas Tengku Julian santai. Naressa menatap sahabatnya itu dengan riak tidak percaya bagaimana Tengku Julian sangat santai menetapkan segalanya.
"Kau seriouslah weh, kang someone spec-,"
"Aku takde kekasih Naressa Alia, dan untuk segala persoalan dalam kepala kau tu. Jujur aku cakap, aku takde rasa terpaksa untuk tunaikan janji aku dekat kau. Cinta tu mungkin aku tak boleh nak bagi lagi buat masa sekarang tapi untuk sayang tu yes aku sayangkan kau as sahabat aku. Kau ada tempat special dalam hati aku ni," potong Tengku Julian sebelum sempat Naressa Alia menyudahi ayatnya.
"Satu je syarat aku nak letak for the sake of our own happiness. If dalam perkahwinan kita nanti salah seorang daripada kita jatuh hati dekat orang lain, kita cerai." Sambung Tengku Julian lagi.
"Aku setuju but what if we fall in love with each other?" tanya Naressa.
"Then we'll make our own happy ending. Let's get older together forever," balas Tengku Julian sambil tersenyum.
That's how their life started.
...
Hehe guys, ni first story aku sorry banyak gila kekurangan. Aku akan cuba perbaiki lagi so sila la komen apa-apa ^^
YOU ARE READING
JULIAN'S & NAILY'S
Humor"Aku ceraikan kau Naressa Alia binti Zulqarnain dengan talak satu," ucap Tengku Julian di dalam Mahkamah Syariah itu. "Ian, jom kahwin nak? Tiba-tiba aku curiouslah pasal kehidupan orang yang berkahwin," kata Naressa Alia. "Terima kasih encik. Semog...