"Ressa memang kena pergi ke Korea tu? Bukan sebab penceraian ni kan? Mama rasa kat sini pun dah banyak job Ressa boleh dapat tak perlu pun pindah sana," pujuk Tengku Maria yang memang sudah menganggap Naressa Alia sebagai anak kandungnya.
"Maa, bukan sebab penceraian ni Ressa nak pindah sana. Ressa just nak dapatkan pengalaman baru. Don't worry mama, I'll call you selalu okay?" balas Naressa memujuk bekas mertuanya.
Tengku Aathiq menenangkan isterinya yang sudah menangis itu. "Ressa punya flight petang ni kan? Nanti siapa hantar Ressa?" tanya Tengku Aathiq prihatin terhadap bekas menantunya itu.
"Ian hantarkan Ressa ke airport nanti papa sebab mommy dengan daddy ada meeting penting," balas Tengku Julian sambil menatap datar ke arah bekas isterinya itu. "I think kita dah boleh gerak sekarang kot? Takut jammed pulak," sambung dia lagi.
"Jaga Ressa elok-elok Ian. Jangan bergaduh pulak bila dalam kereta berdua," pesan Tengku Aathiq ringkas kepada anaknya.
Tengku Julian dan Naressa Alia berpamitan kepada Tengku Aathiq dan Tengku Maria sebelum mereka melangkah masuk ke dalam kereta milik Tengku Julian itu.
"Fuh penat berlakon siaa. Ada gaya macam pelakon popular tak acting aku?" tanya Tengku Julian kepada bekas isterinya itu.
"Hek eleh kau acah je. By the way, pasni apa plan kau dengan si Qistheena tu? Kalau kau kahwin tak invite aku serius aku doakan time kau nikah nanti rambut kau beruban satu kepala," ugut Naressa Alia terhadap bekas suaminya itu.
"Alaa sayang jealous ke abang nak menikah lagi? Ada rasa menyesal tak bercerai dengan abang?" usik Tengku Julian sambil tertawa melihat reaksi Naressa yang jelas horror mendengar ayatnya.
"Nampak gaya kepekatan bodoh aku dah cair sikit sebab aku dah transfer kat kau. Geli siaa dah la aku lahir 7 bulan awal dari kau. Ada hati nak gelar diri abang," cemuh Naressa dengan riak muka yang acah nak muntah.
Kereta yang dipandu Tengku Julian itu akhirnya sudah menghampiri airport. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam itu seakan tidak terasa kerana suasana dipenuhi oleh Tengku Julian yang seronok mengusik Naressa Alia.
Naressa Alia hanya membiarkan bekas suaminya itu menarik bagasi miliknya. Dia menyuruh Tengku Julian check-in kan flightnya kerana dia ingin membeli Starbucks untuk kedua mereka membasahi tekak sementara menanti panggilan masuk ke dalam kapal terbang.
Dia terus memesan Asian Dolce Latte untuk Tengku Julian dan Vanilla Cold Brew untuk dirinya sendiri. Tidak perlu bertanya menu Starbucks kepada Tengku Julian maklumlah apa-apa pun mereka tetap sudah berkongsi kehidupan perkahwinan selama 2 tahun sudah tentu perkara kecil seperti minuman makanan kegemaran ini seakan sudah melekat dalam otaknya.
Naressa menghampiri Tengku Julian dengan membawa air di kedua-dua belah tangannya. Tengku Julian terus mengambil minuman tersebut dan beranjak sedikit untuk memberi ruang kepada Naressa untuk duduk.
"Aku ingat 3 bulan lepas ni nak melamar Qistheena, apa pendapat kau?" tanya Tengku Julian meminta pendapat Naressa Alia.
"Boleh je weh makin cepat korang halalkan hubungan, cepat sikit kau dapat timang anak pastu boleh aku tumpang uli pipi anak kau," balas Naressa dengan semangat membayangkan dia akan memegang pipi bayi yang lembut.
Selama perkahwinan mereka berlangsung sememangnya mereka tidak dianugerahkan cahaya mata kerana kedua-dua merancang untuk tidak mendapatkan anak sekiranya mereka masih tidak mampu mencintai sesama sendiri. Hal ini disebabkan mereka tahu penceraian akan menjadi sukar jika mereka berdua mempunyai anak maka mereka bersepakat untuk membuat perancangan keluarga.
"Ah kau buat lah sendiri anak, suka hati je nak uli pipi anak aku. Penat je aku berusaha dengan kerja keras," ucap Tengku Julian frontal telah menyebabkan tamparan yang kuat hinggap di lengannya.
"Dah lah, aku tak kenal kau. Memalukan betul cakap hal macamni dekat public kau ingat dekat rumah ke gila?" ujar Naressa sambil menekup muka menggunakan tangan.
Baru sahaja Tengku Julian hendak protes kerana dirinya yang ditampar oleh Naressa terpotong kerana panggilan masuk pesawat yang akan dinaiki oleh Naressa Alia sedang diumumkan. Kedua-dua mereka bangun serentak dan Tengku Julian membantu membawa bagasi milik Naressa hingga di depan pintu balai berlepas antarabangsa.
"Naressa Alia kau jaga diri elok-elok dekat tempat orang. Kalau ada masalah cepat-cepat call aku. Jangan nangis sorang-sorang masa kau stress, aku ada je dekat sini untuk jadi pendengar setia kau. Nanti dah sampai inform aku dulu tau takde lah aku risau tunggu berita dari kau. Pastu jangan risau aku akan masukkan nafkah macam biasa tiap-tiap bulan kalau tak cukup bagitahu je aku tambah. Malam-malam jangan keluar sorang bahaya tu dekat tempat orang. Aku akan cuba sempatkan masa aku untuk lawat kau dekat sana. Kalau period pain kau datang tu aku dah selit hot pack dengan ubat. Jangan mak-,"
"Woi kau ni dah kenapa? Tersampuk hantu rapper ke siot banyak gila pesanan macamlah takde whatsapp," potong Naressa Alia yang lelah dengar 1001 pesan dari seorang Tengku Julian yang protektif macam abangnya Nazriel Amin.
"Aku risau je, itu pun tak boleh," rajuk Tengku Julian sambil memuncungkan bibirnya. Naressa ni taktahu ke dia ada lagi 149 pesanan untuk disampaikan. Macam mana lah dia tak risau bekas isterinya itu akan merantau ke negara asing. Perangai cengeng dengan manja si Naressa tu dia je yang boleh hadap dari zaman sekolah lagi.
"Kalau aku sambung dengar pesanan kau tu, terlepas flight aku. Dah lah aku nak masuk dulu. Jaga diri baik-baik kalau tahu macam nak demam tu pergi balik rumah mama papa. Aku takde nak tolong suap ubat sambil usap kepala kau tu. Bye Tengku Julian sayang jangan rindu aku!" pesan Naressa ringkas dan dia melangkah masuk ke dalam balai berlepas itu setelah melambai tangan kepada bekas suaminya, Tengku Julian.
Tengku Julian mencebik bibir sambil melambai tangannya sehingga Naressa Alia hilang dari pandangan matanya. Dia pun melangkah pergi untuk kembali ke keretanya dan pulang ke rumah mama dan papanya.
Ketika dia melalui kawasan di mana para penumpang kapal terbang self check-in tiket penerbangan matanya tiba-tiba menangkap satu figura yang sedang terkial-kial menggunakan mesin self check-in tersebut. Entah apa yang merasukinya, dia terus menghampiri individu tersebut dan membantu menggunakan mesin itu.
"Terima kasih encik. Semoga encik dilimpahkan rezeki yang mewah," ucap wanita tersebut sambil matanya cuba melihat muka figura yang sudah membantunya itu.
"Hm, you're welcome," ucap Tengku Julian dengan suara baritone miliknya. Dia cuba sedaya upaya untuk melindungi wajahnya daripada dikesan oleh semua orang bagi mengelakkan apa-apa skandal berlaku melihatnya berada di airport sehari selepas penceraiannya dengan Naressa Alia.
Tengku Julian terus melangkah pergi tanpa menghiraukan wanita itu yang hendak bertanya lebih. Dia hanya menolong menggunakan mesin self check-in itu sahaja. Kalau lebih-lebih baik wanita tersebut pergi tanya dekat pekerja di airport itu.
" Ingat aku kerja airport ke? Aku pun satu buang tebiat ke pergi tolong stranger? Tak pernah-pernah aku nak buat baik dengan stranger. Naressa kau ada sumpah aku ke sebelum naik flight ni?" monolog Tengku Julian.
Dia terus berlalu pergi dari kawasan KLIA dan menuju ke kafe untuk berjumpa buah hati kesayangannya, Qistheena Dahlia.
...
Asal aku rasa cam pendek je eh chapter aku? 🥲 sorry gaisekk nanti saya cuba bikin panjang kali.

ANDA SEDANG MEMBACA
JULIAN'S & NAILY'S
Comédie"Aku ceraikan kau Naressa Alia binti Zulqarnain dengan talak satu," ucap Tengku Julian di dalam Mahkamah Syariah itu. "Ian, jom kahwin nak? Tiba-tiba aku curiouslah pasal kehidupan orang yang berkahwin," kata Naressa Alia. "Terima kasih encik. Semog...