Pangg!!
"Aduh! Bodoh punya perempuan!" jerit Adam sambil mengusap pipinya yang merah itu.
"Itu makanan akulah bodoh!" jerit Hanis semula.
"Heh! Itu pun kau nak kedekut dengan aku ke? Aku ni jantan kau tahu tak?" kata Adam.
"So, what?" sinis Hanis.
"Cis! Tak guna punya makwe!" kata Adam dengan nada rajuk.
Dia meletakkan semula sekeping biskut chipsmore ke dalam bekas makanan Hanis. Kemudian, duduk berjauhan daripada kekasihnya. Nak merajuklah!
"Woi! Kalau ye pun nak gaduh tu, senyaplah sikit! Kalau pengawas tahu kita tak puasa ni, nahas kita tahu tak?" kata Batrisya.
Mahu sahaja dia menyekeh kepala pasangan kekasih ini. Dah lah susah nak curi-curi makan masa bulan puasa ni. Jangan disebabkan si 'mangkuk' berdua ni pula yang buat kantoi. Naya beb!
Krup! Krup! Krup!
Haikal selamba makan keropok ikan tanpa mempedulikan rakan-rakannya. Matanya juga fokus memandang sekeliling. Takut juga kalau tiba-tiba saja pengawas lalu di kawasan belakang bangunan sekolah ni.
"Amboi! Sedapnya kau makan seorang diri." kata Batrisya.
"Biar saja lah dia orang gaduh. Buang tenaga saja nak hentikan dia orang. Kita tengok sambil makan saja." kata Haikal lalu menyuap lagi keropok ikan ke dalam mulutnya.
Dia dah masak sangat dengan pasangan kekasih di hadapannya ini. Lantak kau oranglah nak buat maksiat ke apa ke. Janji jangan libatkan nama dia, sudah!
Batrisya akur. Ada betul juga kata Haikal. Dia sambung makan roti krim berperisa coklat.
"Eh, macam mana aku boleh couple dengan pondan ni eh? Tak kuasa aku nak pujuk kau!" perli Hanis.
"Sebab kau bodohlah, kau couple dengan aku." kata Adam dengan sinis. Sengaja mahu mencari gaduh.
"Amboi! Cantiknya bahasa tu. Dia bodohkan kita pula." kata Hanis. Dia dah mula naik angin.
"Kau ingat kau tu cantik sangat ke? Aku couple dengan kau pun sebab kau popular saja." kata Adam selamba.
"Eh, muka pecah rumah macam ni. Ada hati nak kutuk aku!" kata Hanis lalu ketawa jahat.
Batrisya dan Haikal juga ikut ketawa dengan lawak rakannya itu.
Adam dan Hanis memang pasangan kekasih yang kasar walaupun sudah menjalinkan hubungan cinta antara satu sama lain. Tak sama macam pasangan kekasih yang lain. Mereka lebih mesra dengan cara kutuk-mengutuk.
"Kau dah buat aku marah. Sebagai hukuman, aku nak kiss kau. Jangan bergerak!" kata Adam.
"Ah? Okay, maafkan aku." kata Hanis lalu menurut kata Adam. Dia duduk diam seperti patung.
Adam mendekati tubuh Hanis lalu memuncungkan mulutnya. Dia mahu mencium dahi kekasihnya.
"Hm... Dah mula dah." kata Batrisya lalu mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Haikal pula berpura-pura tidak nampak apa yang sedang berlaku. Dia sibuk mengunyah keropok ikan.
Wajah Hanis sudah kemerahan. Kedua-dua matanya sudah dipejam rapat. Malulah dia. Tapi dia amat sukakannya!
Tiba-tiba,
Sebelah kasut terbang tepat mengenai kepala Adam.
Adam tidak sempat untuk meneruskan niatnya. Dia mengaduh kesakitan sambil mengusap kepalanya.
YOU ARE READING
[DR4] Gadis Dakwah vs Geng Tak Puasa!
Teen FictionHIATUS [Karya by:@White_memory] [Genre: teen-fiction, non-fiction, action] Published: 2022 Siri: Dakwah Remaja 4 ⚠️cerita rekaan yang mempunyai pengajaran ilmu agama⚠️ ⚠️Do not plagiat. Saya takkan halalkan!⚠️ ⚠️💯Idea saya sendiri⚠️ *** Apa pula mi...