BAB 2

43 11 7
                                    

    Adam, Haikal, Hanis dan Batrisya baru keluar daripada bilik disiplin. Masing-masing menahan sakit sebab kena rotan di tapak tangan di atas kesalahan buat maksiat dan ponteng kelas. Adam dapat extra kena tampar empat kali dekat muka sebab pervert. Berpinar biji mata woi! Hanis juga dapat habuan yang sama. Dapat extra kena tampar sekali dekat muka. Jangan ingat Cikgu Muaz tak berani nak tampar pelajar perempuan.

Merah kedua-dua belah pipi Adam sambil menahan air mata jatuh. Hanis pula sudah menangis teresak-esak. Walaupun hanya sekali kena tampar, tapi kudrat lelaki kan? Dia tak boleh tahan. Kulit wajahnya yang agak cerah itu membuatkan penukaran warna merah nampak dengan jelas.

Sudahlah sakit tangan kena rotan. Sakit pipi kena tampar pula tu. Siapa suruh dua-dua gatal nak buat maksiat tadi? Padan muka!

Mereka juga diberi amaran. Jika melakukan maksiat lagi, mereka akan terus dibawa ke balai polis serta ibu bapa mereka akan dipanggil bersama.

Tapi kata-kata Cikgu Muaz itu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Adam dan Hanis masih berdegil mahu meneruskan aktiviti maksiat mereka. Wah! Banyak betul dosa mereka pada bulan Ramadan ni.

Mereka berempat berjalan menuju ke padang. Memang tak lah mereka nak masuk ke kelas. Untuk apa? Belajar? Buat lawak ke? Kalau boleh, mereka mahu ponteng kelas sepanjang waktu persekolahan. Bosanlah belajar.

"Jadi, misi korang nak buat maksiat dekat mana lagi?" kata Haikal selamba. Sebelah keningnya dinaik-naikkan. Dia faham sangat dengan kedegilan pasangan kekasih ni macam mana. Selagi belum dapat bala daripada Allah, selagi tu berdegil nak buat maksiat.

"Fuh! Nasib baik Zack tak bagitahu dia orang yang kita tak puasa." kata Batrisya mengucap lega.

"Hm, aku tak rasa yang dia nampak kita tengah makan tadi. Dia cuma nampak yang dia orang ni bermaksiat saja." kata Haikal.

"Kenapa kau diam saja?" tanya Adam kepada Hanis. Pipinya masih diusap-usap.

"Aku rasa aku nak berhenti." kata Hanis perlahan. Hanya dapat didengari oleh Adam saja.

Adam terkedu.

Setibanya di padang, Adam terus menarik tangan Hanis menuju sebatang pokok besar yang ada di kawasan padang itu. Hanis hanya mengikut saja.

"Hm, drama nak mula lagilah tu." kata Haikal yang hanya memerhatikan rakan-rakannya. Dia dan Batrisya sudah masak dengan drama pasangan kekasih itu.

Batrisya hanya mempamerkan wajah bimbangnya. Apa lagi yang mereka gaduhkan tu?

Haikal baring di atas rumput sambil memandang langit. Sedapnya angin dekat padang ni.

"Kau nak berhenti? Berhenti apa?" kata Adam lalu melepaskan tangan Hanis. Dia betul-betul ingin tahu apa yang hendak disampaikan oleh kekasihnya itu.

Hanis menunduk. Rasa tak sampai nak jelaskan pula. Tapi Adam dah tanya macam tu. Terpaksalah juga dia cakap.

"Aku nak putuskan hubungan ni." kata Hanis sambil memandang wajah Adam.

"Kenapa?"

"...Sebab takut dengan ugutan orang tua tadi?"

Adam memang memanggil Cikgu Muaz dengan panggilan 'orang tua' bila tidak berhadapan dengan guru itu.

"Kau jangan risaulah. Aku akan pastikan orang tua tu dengan pengawas bodoh tu tak tahu tentang rancangan kita."

Pengawas bodoh pula adalah panggilan untuk Humaira.

Adam sememangnya akan menjadi baran jika ada manusia yang menghalang rancangan dia. Kau siapa weh? Hidup aku. Kubur masing-masing kan?

Ya, kubur memang masing-masing. Tapi takkanlah jenazah kau boleh berguling sendiri masuk kubur? Kena ada orang yang uruskan juga. Tetap menyusahkan orang juga.

[DR4] Gadis Dakwah vs Geng Tak Puasa!Where stories live. Discover now