Five

14 1 0
                                    

Sudah hampir sebulan lamanya Yoongi bekerja di restoran tersebut. Sejak Yoongi bekerja disana, restoran SeokJoong semakin hari, semakin ramai pelanggan. Dan salah satu faktornya tentulah disebabkan oleh kehadiran Yoongi di situ.

Wajah tampan milik Yoongi berjaya menarik ramai pelanggan untuk makan di sana. Dari yang sudah berumur hinggalah anak-anak yang masih sekolah. Semuanya tertarik untuk melihat wajah tampan Yoongi.

Dengan kemeja putih polos, celana hitam dan apron hitam yang terlilit dipinggannya menambahkan lagi ketampanannya. Pakaian pelayan itu terlihat sangat pas pada tubuhnya.

Yoongi memiliki kulit yang pucat. Wajahnya mulus tanpa cela. Bentuk kakinya sangat cantik untuk ukuran lelaki. Senyumannya semanis gula dan mata yang terlihat comel saat dirinya sedang tersenyum. Bahkan dirinya selalu disamakan dengan kucing, kerana keduanya terlihat comel dan manis dimata.

Semua yang ada pada diri Yoongi akan membuat ramai perempuan di luar sana merasa insecure dengan diri mereka. Melihat Yoongi dari jauh saja sudah dapat membuat gadis-gadis mahu berteriak histeria apalagi kalau dari dekat. Jadi tidak hairanlah jika waktu sekolah dulu Yoongi menjadi seorang yang terkenal dan ramai peminat. Apalagi Yoongi seorang yang murah senyum.

"Wahh... Memang tidak sia-sia aku mengambilmu menjadi pekerjaku. Menjadi pelayan memang tugas yang sesuai untuk orang tampan seperti mu ini. Aku bisa cepat kaya kalau begini terus," ujar SeokJoong sambil tertawa girang.

"Aku sampai tidak cukup tangan untuk menyiapkan makanan. Mana tidaknya, customer datang seperti air yang mengalir. Tidak ada hentinya. Badanku pegal semua," kata SeokJin pula sambil merenggangkan tubuhnya.

"Effect dari seorang Min Yoongi memang luar biasa," puji SeokJoong.

Yoongi hanya mampu tersenyum mendengar ucapan mereka berdua. Syukurlah jika dirinya dapat memberi manfaat pada restoran ini.


___________


Pintu besar berwarna putih itu Yoongi dekati. Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu tersebut agar tidak menciptakan bunyi yang kuat. Sekarang sudah jam 11 malam, dia tidak mahu menganggu tidur orang di rumah tersebut.

Yoongi melangkah masuk. Pintu kembali ditutup dengan berhati-hati. Dia juga tidak lupa untuk mengunci kembali pintu besar itu. Kakinya berjalan ingin masuk ke bilik. Sebelum masuk ke bilik, dia bercadang untuk ke bilik Yoshi dahulu. Walaupun dia tahu, Yoshi pasti sudah tidur. Tidur awal sudah menjadi kebiasaannya.

Hampir sebulan dia bekerja dan hampir sebulan juga dia tidak bertatap mata dengan Yoshi. Hal itu kerana, dia selalu pulang kerja jam 11 malam. Biasanya semua orang di rumah itu sudah tidur di jam begini. Manakala di waktu pagi, dia selalu bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan dan pergi sebelum orang lain bangun. Oleh kerana restoran SeokJoong beroperasi jam 9 pagi, jadi dia akan mampir ke apartment sahabatnya dulu sebelum berangkat kerja bersama SeokJin. Begitulah runtin baru hariannya.

Terkadang dia merasa sedikit serba salah kerana tidak memberitahu Yoshi bahwa dirinya sudah bekerja. Adiknya tentu saja sangat khawatir. Yoshi bahkan hari-hari menghantar pesan padanya. Menelefonnya. Dan hampir ingin bolos sekolah kerana ingin mencari Yoongi.

Eccedentesiast [ MYG ] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang